Mengenai Saya

Foto saya

Hanya seorang wanita yang biasa, dengan kerja yang biasa, belum ada bakat yang luar biasa dengan minat yang biasa. Jadi, biasa-biasakanlah diri menjenguk blog biasa ini.
sila-silalah 'suka' dengan blog facebook saya: https://www.facebook.com/elieynzBlog
sebahagian daripada wsb mania community (we are sabahan blogger mania) http://wearesabahanbloggermania.blogspot.com/
jemputlah ke laman twitter saya:https://twitter.com/elieynzlin
harap anda-anda tak sesat dalam blog saya, silalah datang lagi ya. Jangan lupa komen yang membina.

Sabtu, 8 Oktober 2011

kau , aku, cinta (penamat)

 cerita cinta :: kau, aku, cinta bahagian 6 (penamat)

''kenangan bersimpul mati''

Aku masih lagi teringat tika aku dan mira leka bermain sehingga senja kerana mira begitu keras hati ingin belajar berdandan. Habis barang dandanan ibunya di bawa ke pondok permainan kami. Mengamuk ibunya kerana barang dandanannya hilang semuanya, kerana takut dimarahi Mira mereka cerita dan apabila ibunya bertanya padaku, aku mengiyakan sahaja. Tidakku sangka bermula dari itu Mira sering mereka cerita bagi mengelak dari dimarahi. Sehingga kami dewasa aku sering menutup kesalahannya.

Sabtu, 13 Ogos 2011

.... cuma cinta yang kabur...

credit to galleryhip.com

pada cinta yang luhur,
bersemi umpama cendawan lepas hujan,
tumbuh dan terus tumbuh,
hadir cinta tika hati suci,
tiada noda hitam sudah pasti,
masih dalam keinginan mengejar cita juga cinta,
tika dulu cinta ketika menuntut ilmu tiada salahnya,
namun kini umpama menanam duri dalam daging,
penyesalan yang tiada sudahnya kerana kesalahan yang menderitakan,
tika lafaz akad beralun merdu mengungkapkan kata,
bersatulah dua jiwa dalam satu majlis,
halal sebuah perhubungan yang sekian lama terjalin,

namun indahnya hanya seketika,
disangka panas hingga kepetang namun hujan menjemput ditengah hari,
lahir kedunia benih cinta, walau hadirnya tak dipinta..
hidup serba sederhana, 
panasnya hubungan umpama panasnya lahar di gunung berapi,
membakar hingga melecut hati nurani,
dia dulunya suci dan sempurna di mata hati,
kini menjadi liar dan bebas sesuka hati,
tiada lagi zikrullah meniti dibibir,
hanya air mata sumpahan menjadi bimbingan,

hingga kini,
cinta yang dulunya indah hanya tinggal kenangan,
pandangan mata yang tidak lagi berpanahan cinta,
sudah menjadi tajam dan membunuh,
lafaz kata yang dulunya manis berbunga,
kini hanya menjadi cemuhan dan kutukan yang bernanah.
hidup umpama wayang cerita,
bermain setiap hari memenuhi derita,
walau bukan fizikal tubuh yang menjadi padah,
namun rohani terasa seperti dibelah seribu sembilu.
cukuplah.
aku bukan boneka materialmu!!

namun takdir bukan milik kita,
qada' dan qadar-Nya seperti mainan belaka,
seperti baru semalam kau bernafas lega,
ketika ini kau bersemadi aman di bumi-Nya,
penyesalan tidak tertanggung,
lagu Pelangi senja meniti di bibirku,
umpama lagu itu hanya buatku,
Tika sendu bersenada dengan tangisan,
aku titipkan doa,
agar hidupmu disana tidak dihimpit dosa,
tenanglah engkau bersama kenangan,
aku menanti saat kita ketemu lagi.

Selasa, 9 Ogos 2011

.....comeback stage.....

assalamualaikum.....

lama betul rasanya aku tak buka blog.. nasib baik tak bersawang.. hehe..
amacam tajuk di atas?? ok?? haha.. macam mau buat persembahan ja kan? saja ja tu.. hihi

dalam pada aku tak buka blog ni.. sempat la cuba2 mencari kerja.. yalah, dah asyik soalan ''tak cari kerja lain?'' yang keluar,... macam bunyi kena paksa ja jadinya..

aku bukannya macam redha tak tentu pasal, konon tak mau berusaha tapi aku dah selesa.. ada perkataan lagi bagus ka lagi dari tu?? 
bah.. topik bikin panas ni...

Isnin, 21 Mac 2011

restoran terbaek punya..

baru juga aku post pasal anugerah yang dibuat di 1borneo sabah..
ni pulak pasal satu restoran yang bagus wa kata kat lu.. hehehe...
kami pergi restoran ni pada waktu malam memandangkan restoran ni buka sebelah malam.. mungkin jam6pm / 7pm macam tu bukalah sudah...
tempatnya terletak di putatan.. kamurang tau jalan masuk klinik kesihatan putatan? hehe.. jalan tu lah masuknya.. nama restoran ni TERATAI TOM YAM, kalau kamu jalan dari putatan ke kota kinabalu, kamu boleh nampak signboard nama kedai ni besar lagi... sebelah kiri, pastu ada signboard ni.

anugerah juara carta lagu artis sabah 2011 musim ke-4

nampak tu tajuk? hehe.. anugerah tu diadakan di 1borneo sabah... memandangkan aku sampai lambat jadi sempat juga la tengok dua peserta... tapi sempat juga aku rakam beberapa persembahan juga pemenang anugerah juara lagu tersebut...
lihat ja lah dibawah ni... JOM!!!!!

Ahad, 20 Mac 2011

follower ke-200 ku.. !!

pejam celik pejam celik...
tup tup...
gendang-gendang...
pengikutku sudah mencecah 200 o0rang...

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhh... tahniah buat diriku sendiri.. hahaha...
maaf... nak minta puji sekejap ya... hahahahahahahaha
si cantik manis itu adalah tak lain tak bukan....
...................

Sabtu, 19 Mac 2011

kata-kata cinta dulu

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA...
hahaha.. macam mau buat ucapan pula.. sebenarnya kan aku ....
sudahlah.. nda pandai habis mengarut ni... 

ingat lagi entri sebelum ni yang 
KATA-KATA HIKMAH
kalau ingat syukurlah nak, kalau tak ingat bah suka hatilah..
hari tu aku ambil dari buku sikap positive jadi kali ni mau ambil dari buku lain lagi...
kita kongsi bersama ya...

Jumaat, 18 Mac 2011

PENGUMUMAN!!... PENGUMUMAN!!!...

TUAN-TUAN, DAN PUAN-PUAN...
DENGARKAN INI...


HAHAHAHAHA.... pengumuman biasa ja.. 
terkejut ka? gempak?kira-kira tahap gaban ka terkejutnya tu? hehe.. gurau ja.. 

Rabu, 16 Mac 2011

Jom Join Bloglist Taufiq Tiramisu


syarat untuk join ni biar saya copy & paste ja.. mudah sikit.. 
"CARA UNTUK JOIN
1. Buat satu entri bertajuk : Jom Join Bloglist Taufiq Tiramisu dan letak banner kat atas tu . 

2. Komen sikit pasal blog ni. Nak komen jahat pun takpe. Aku tak marah .

3. Link kan entri ni pada entri korang tu. Dan post permanent link entri yang korang buat tu kat bahagian comment post ni. Dan Siap!!

Tarikh tutup : 31 Mac 2011 (mungkin dilanjutkan atas permintaan) 
Aku harap semua reader dan pengunjung blog ni join segmen ni. Silent reader pun kena join jugak!! Hehehehe :D

Siapa TOP REFERER FA? Giveaway

Siapa TOP REFERER FA? Giveaway


benda ni mudah ja kalau nak ikut serta, cuma copy&paste banner tu, letak kat sidebar dan juga dalam entri. Bagi detail sikit pasal giveaway ni, bagitau jugalah dapat tau dari siapa, pastu tag minimum 4 orang... giveaway ni dibuka sehingga 31 mei 2011... 
kalau nak tau dengan lebih lanjut sila tekan sini =>> top referer atau kat sini : http://hanya-yang-cool-belaka.blogspot.com/2011/03/siapa-top-referer-fa-giveaway.html

Selasa, 15 Mac 2011

kau, aku, cinta (5)

 cerita cinta :: kau, aku, cinta bahagian 5

"apa yang aku patut buat sekarang? Takkan aku nak terus-terusan tak endahkan Mira? Walau apa yang dia buat sekalipun, dia sahabat aku. Tapi,...," aku duduk membatu dihadapan longgokan stok.
"aku tak nak jadi batu api tapi sudah berulang kali dia tak dengar nasihat kau!  Sudah berulang kali kau beri dia peluang! Sudah berulang kali juga kau maafkan dia dan kau buat seolah-olah benda tu tak berlaku. Sampai bila kau nak buat macam tu? Aku tau kau sayang Mira macam ahli keluarga kau sendiri tapi dia macam tak belajar apa-apa dari kesilapan dia. Bagi dia masa untuk fikirkan kesalahan dia, kalau dia tak mau berubah juga aku tak tau apa nak cakap lagi. Kau ikut ja lah kata hati kau," Aku mengangguk tanpa bersuara. Benar kata-kata Rina, sepupu ku ini sentiasa tahu apa yang hendak diperkatakan. 
 perutku berbunyi! urgh, dari

DEFINISI CINTA

assalamualaikum semua dan selamat sejahtera...
sihat? APA??? SAKIT?? JENG.. JENG.. JENG... hahahaha
makanlah ubat ya..
fuyoooo... lama tak update blog... 
baiklah, malas nak mengarut panjang-panjang...
korang nampak banner kat atas tu? ya!! itu contest namanya!! hehe... 
syaratnya sangat mudah, ringkas dan erm... senang.. ya... apa-apa hal pun klik kat sini =>> definisi cinta


Selasa, 1 Mac 2011

pagi.... pagi.... pagi...

assalamualaikum semua rakyat malaysia atau mungkin bukan malaysia tapi trip ja.. hehe...
lama betul tahap gaban sudah aku tak update blog ni..
ya... kisah "kau, aku, cinta ''' pun dah lama aku tak sambung...
pendek cerita aku sibuk sikit...
tambah-tambah lagi mood mau berblog ni macam hilang sekejap...
jadi skang baru muncul balik.. jadi aku mengarut sudah... haha
macam2 bah aku buat.. aktiviti aku penuh ni dalam jadual hidup.. kih kih kih..
5 mac ni sampai 7 mac ni aku pegi kl mau mengembara bah ni.. niat terpendam kan? hehe.. tidaklah.. jalan-jalan ja.. kena sponsor tiket.. jadi kita angkut barang haha...
ya.. adik aku sekarang yang berumur 9 tahun tu sibuk berfacebook sudah dia.. main game tak pandai habis..
aku yang penat tengok..

Khamis, 24 Februari 2011

kembali ke suatu masa

yuhuuuuu...
ops.. assalamualaikum semua..
selamat sejahtera..
waaaaaaaaaaaaaaahhh.. lama tu aku tak update blog.. bukan apa ... malas ja.... anggap ja lah aku pergi bertapa.. hahahaha...
kali ni ngam buka blog ada pula encik spongebob kita ni tag aku dalam ni punya erm... aku pun tak tau nak panggil apa... kalau nak tahu dengan selanjutnya.. tekan sini => spongebobkitty

kalau nak cerita pasal masa memnag tak akan habis sebab masa bergerak dan berputar setiap detik... 
beliau ada nyatakan soalan yang perlukan jawapan.. ini dia ya..

* kalau diberi peluang untuk putar balik masa? apa aku nak buat?
semestinya seronok kalau dapat putar balik masa.. yalah.. dapat betulkan mana yang bengkok tu..
tapi aku tak nak ubah apa-apa... cuma nak perhatikan seseorang ja sebab aku tak ada ingatan dikepala otak ni pasal dia..

*putar balik ke masa bila?
macam yang aku bagitau kat atas aku nak perhatikan seseorang dan orang tu adalah arwah datuk aku iaitu bapa kepada ibu aku...
dia pergi pada aku sangat kecil rasanya dalam sekitar umur 3 tahun... manalah aku ingat... aku nak putar balik kemasa arwah masih hidup...

*nak tinggal atau patah balik ke masa kini?
semestinya aku akan pilih untuk kembali kemasa kini sebab yang lama telah berlalu.. jadikan ia memori yang berharga.. untuk apa aku kekal pada masa tu sedangkan pastinya datuk aku nak aku jalani kehidupan yang telah aku lalui...

*apa aku nak buat dimasa lalu pilihanku?
aku cuma nak perhatikan kehidupan arwah tu ja... nak kenali dia dengan mata dan hati ... sebab selama ni aku cuma dengar...
menurut ibu arwah adalah seorang yang mesra alamlah katakan.. rajin kemasjid/surau... rajin berkebun... rajin bersukan... rajin bermasyarakat..
walaupun kehidupan serba kekurangan, kerja potong getrah ja masa tu... arwah tak pernah mengeluh... dia sentiasa bersyukur dengan kurnian-Nya..
walaupun telah bercerai dengan nenek.. dia tak pernah menyalahkan takdir tapi terus berdiri meneruskan kehidupan tanpa cinta hatinya...
arwah jugalah yang banyak menasihati ibu ... ketika angin kuat, dengan keadaan rumah yang mudah bergoyang namun kukuh sehingga kini, arwah melaungkan azan untuk menenangkan semua...
aku cuma ingin melihatnya... dan setelah itu aku ingin pulang ke masa asal untuk aku simpan memori itu kekal kupahat dihati...
kerana dia insan yang aku sayangi walau memorinya kabur dan kelam..

sekian... coretan dari aku...
aku tag... mohd ehsan aleasara

Jumaat, 11 Februari 2011

CONTEST PERCUTIAN TERHEBAT KU!

Assalamualaikum.. hehe.. contest lagi..  hehe..
 pada sesiapa yang berminat nak join, sila-silalah ya klik sini => Nieja
...................................................................................................................................

percutian terhebat?? wah-wah.. yang paling aku suka adalaha masa aku masih sekolah rendah lagi. Satu keluarga pergi bercuti termasuklah aku, abang, mak, bapa, makcik, sepupu, pakcik, dan nenek. Kami menginap di Sri Intan, Kundasang. Semalam ja... awal pagi tu dah gerak, habis makanan diangkut sekali dengan gas sekali tu... sebab tempat yang kami menginap tu macam rumah, jadi senanglah nak masak.

faham-fahamlah kalau dah gambar atas gambar ni beginilah jadinya. Aku yang mana? hehe.. yang paling tinggi antara semua tu.. Yang tiga tu sepupu aku, adik-beradik tu.. kami memang rapat sebab membesar bersama-sama.. sekarang tiga-tiga tu dah lagi besar dari aku sekarang ni,,  aku tetap juga kecik.. hurm.. nasiblah..
Memang percutian ni biasa ja tapi aku rasa HEEEBBBAAATTTT sebab hampir satu keluarga pergi bercuti bersama.. Sekarang nak jalan sekali dengan abang dan bapa pun payah apa lagi satu keluarga besar macam ni.. tapi kami satu keluarga besar sekali dengan nenek saudara dan sepupu mak aku akan ada gathering raya ketiga nanti insyaallah.. ramai tu.. tak sabar nak pergi ni.. tapi tu cerita dikemudian hari.. hehe..
berbalik kepada percutianku, kami pergi poring hot spring tempat mandi air panas.. sebelum balik... best sebab masa tu kali pertama ke tempat tu..
ya, lepas tu kami baliklah ... hehe.. tu ja... bah.. aku mau tag. ... 
MiZzzzBabynieylalalalaaaa Aiza yaya xcyber  okay.. tugas selesai disini...

Khamis, 10 Februari 2011

Contest SHORT STORY of 20 WORDS

assalamualaikum... cak.. hehe..
malas nak cerita panjang, aku terus sampaikan maksudlah ya..
Cik Aiza sudah tag aku untuk satu contest dia, jadi dengan berbesar hati aku join..
syarat-syarat yang lengkap boleh pergi terus ke blog Cik Aiza => sini

" Once you're tagged or volunteer to join this contest.. You need to write a SHORT STORY about 20 words that given.. At last, you need choose 2 people to be tagged.. Hopefully the person who be tagged must give some cooperation.. And it’s really mean to who are tagging.. If I tag you, it's because I want to know more about your talent in writing SHORT STORY.. And the words are: 

Love 
Money 
Car 
Island 
Cake 
Mom 
Dad 
Special 
Ring 
House 
Cook 
Eat 
Woman
Road 
Moon 
Stars 
Sun 
Wind 
Death 
Smile

You can use that 20 words random list and also can write it either in English or Malay.. Good luck"


sudah faham syaratnya ? 20 perkataan tu letak dalam cerita pendek anda...pada mulanya aku ingatkan buat 20 cerita pendek tapi rupanya 1 cerita pendek ,20 perkataan yang diberikan ada dalam tu.. fuh, punyalah aku ni lambat faham.. haha.. baiklah, ini kisahnya..jeng-jeng-jeng..
...........................................................................................................................................................
PERCUTIAN
          Kini aku sedang menanti buah yang tidak gugur, atau lebih tepat lagi bulan jatuh ke riba. Padanlah dengan gelaran yang mereka berikan kepadaku iaitu 'Cik Menung' sehinggakan gelaran itu menjadi panggilan namaku oleh rakan-rakanku sendiri. Panggilan itu sudah tidak asing lagi bagiku. Malah ibu juga memanggilku Cik Menung sekiranya panggilannya tidakku sahut. Pada asalnya tidak kugemari panggilan itu, oleh kerana sudah kerap kali panggilan itu diguna maka aku membiarkannya sahaja. Berbalik kepada cerita asal tadi, aku sebenarnya menanti putera idaman meminang. Ya, menanti dengan hanya duduk dan berdiam diri. 
          "mana bapa kau ni Zira? Dari tadi tak nampak. Ada kau nampak?," soal ibu kepadaku. 
          "Entah," jawabku dengan ringkas kerana ibu sering bertanyakan soalan yang sama setiap pagi walhal bapa kalau bukan berada di kedai runcitnya pasti membuang waktu di kedai kopi.
          "Ibu, minta duit. Adik nak beli gula-gula," begitu jugalah halnya dengan adikku yang hampir setiap hari kekedai membeli gula-gula. 
          "jangan balik lambat, ibu masak nasi ayam untuk makan tengah hari," adik hanya mengangguk dan turun mencari basikal yang diletakkan kebiasaannya ditepi tangga rumah. Aku juga merasa bosan dirumah, lebih baik aku pergi kerumah Syura. Dalam perjalanan, aku terserempak dengan Adika dijalan. Dia menaiki kereta bapanya bersama rakannya Zaki. Mereka ingin bertemu dengan Siva, ada aktiviti yang ingin dibincangkan. Aku meneruskan perjalanan. Setibanya dirumah Syura, kelihatan dia sedang bercerita dengan Rina.
          "Assalamualaikum, buat apa tu?,"
          "waalaikumussalam, tak ada apa-apa. Cerita biasa ja. Dengarnya Adika dan Zaki nak ajak Siva ke Pulau Siang. Kami nak ikut sekali, kau nak?," Rina bercerita dengan bersemangat sekali. 
          "Aku baru terserempak dengan diorang tadi. Nak ke Pulau rupanya. Aku tak nak tinggal, mesti nak ikut juga. Apa yang istimewanya pulau tu? Ada kek terbang?," Syura mencubit pahaku kerana mengarut.
           "manalah aku tahu, diorang kata kalau nak tahu ikut ja. Nanti diorang beritahu bayaran dan apa yang perlu dibawa. Aku mesej korang nanti," Rina segera bergegas balik kerumah kerana terlupa pesanan barang yang harus dibelinya.
          "Sukalah tu. Nanti kau dapat berjumpa siap bermalam lagi dengan cinta kau tu, aku tumpang gembira ja," Syura senyum sinis memandangku.
          "Amboi, bukan main lagi kau nak menyakat aku. Dengar si Rina tu hebohlah nanti," 
          "Eleh, buat apa kau nak risau kalau heboh? Manalah tau nanti jadi pula hubungan tu. Tinggal sarung cincin ja nanti," aku sudah kematian akal oleh Syura. Dia sahajalah yang mengetahui bahawa aku menyukai Adika. Berjam lamanya aku dan Syura bercerita, dia menghantar aku pulang kerana ingin pergi kekedai runcit yang berada disebelah rumahku.
          "teriknya matahari ni, tambah  gelaplah kulit aku," Syura mengeluh. Aku terus kerumah sementara Syura terus kekedai runcit. Pada waktu malam hari yang sama, Syura menelefonku memberitahu bahawa Aktiviti kami untuk ke Pulau Siang akan dibuat pada minggu hadapan. Dia juga menyatakan sekali bayaran yang harus dibuat dan juga barang yang harus dibawa. Berdebar hati menanti tibanya hari aku bakal bertemu dengan si dia. 
          Hari berganti hari. Tiba akhirnya hari dimana kami akan ke Pulau Siang, bagaimana agaknya keadaan dipulau itu. Kami menaiki sebuah bot kepunyaan pakcik Siva ditemani ayahnya. Kami membina 3 khemah sahaja dan oleh kerana kepenatan, pengembaraan hanya akan bermula pada esok hari. Rina dan Syura sudah pun terlena, aku yang kesejukan tidak dapat tidur dan duduk dihadapan unggun api sambil memandang bintang. Tanpa aku sedari Adika membaluti tubuhku yang kedinginan dengan jaket miliknya. Aku tersentak dan melihat dia senyum memandangku.
          "Sejuk angin malam di pulau ni, kenapa tak pakai baju yang tebal sedikit?,"Adika duduk dihadapanku dan kami dipisahkan oleh unggun api.
          "Mana Siva dan Zaki? Sudah tidur?," Tanpa menjawab pertanyaannya aku menyoalnya pula. Dia sekadar mengangguk kecil. Matanya tak lepas dari memandangku. Faham-fahamlah, aku ini perempuan dan boleh juga dikatakan wanita. Kalau sudah si dia memandang, malulah dibuatnya. Dengan disaksikan bintang, perasaan kami semakin berbunga. Dia melayanku dengan baik, sentiasa prihatin dengan perkara yang berlaku disekelilingku. Dia menjaga dengan penuh hati-hati. Rina dan Syura tak henti-henti menyakat, habis pipi mereka aku cubit kerana geram. Syukur, sepanjang kami berada di pulau itu tidak ada perkara yang buruk berlaku dan kami pulang dengan selamat. 
.......................................................................................................................................................
kisah ini aku tutup disini.. harap anda terhibur.. 

bagi yang berminat join jugalah ya... 

Sabtu, 29 Januari 2011

hati


kau dengarkah panggilanku?
kau sedarkah kehadiranku?
ku sangka kau jauh
setelah didera seksa
aku sangka kau sudah tiada
bernilaikah maafku?
kenapa?
tiada ku rasa hadirmu?
apakah aku yang buta?
salah memandang?
apakah aku yang pekak?
salah mendengar?
aku akur salahku
aku hindarimu tika dulu

kau, aku, cinta (4)

cerita cinta : kau, aku, cinta bahagian 4

"senyum sampai ketelinga nampak, dah solat ka belum ni? Senyum sorang-sorang. Jangan kau terkena penyakit angau sudahlah," Salmi mengejek dan aku pantas mencubit lengannya.
"sudah solat tadi. Angau apanya? Jangan nak menuduh pula," Aku cuba untuk menafikan persoalan yang mana aku sendiri belum jelas.
"dating di mana tadi?,"
"tak adalah, dia bawa aku beramal bersama anak yatim,"
"skema memang macam tu, tapi budak nakal dulu tu. Aku pernah akan-akan nak tetak dia dengan parang akibat kenakalannya tu," Nakal? aku yang sedari tadi acuh tak acuh menjawab soalan Salmi menjadi berminat untuk mendengar dengan lebih lanjut.
"Nakal sangatkah?,"

"kenapa? berminat nak tahu? Tanyalah empunya diri," Salmi mencubit pipi dan berlari ke bilik. Pada pandanganku bukan setakat sepupunya itu nakal, Salmi juga nakal. Takkanlah nak tanya pasal kenakalannya, mungkin dia tidak selesa. TOK TOK TOK. Bunyi ketukan pintu begitu kuat, siapa agaknya? Sebaik sahaja aku membuka pintu, Mira meluru masuk tanpa mengucapkan salam dengan wajahnya yang masam mencuka. Nak marah aku lagi kah ni?
"Assalamualaikum. Duduklah dulu,"
"tak payah ! Aku nak tanya, kau tau apa-apa pasal Doni? Berita terbaru?," Nama tu juga yang keluar dari mulutmu sahabatku.

bahaya syirik ! awas !!

kali ni nak kongsi tentang SYIRIK yang baru sahaja aku baca di iluvislam, rupanya syirik ni ada yang jelas dan ada yang tak jelas.... biar aku tunjukkan petikan-petikan yang sangat bagus untuk dikongsi bersama buat panduan dan renungan...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
perbuatan syirik ini diibaratkan seperti semut hitam yang berjalan di atas batu yang hitam pada malam yang gelap gelita. Banyak dan ramainya manusia yang melakukan perbuatan syirik tetapi mereka tidak menyedarinya.

Firman Allah swt : "dan orang-orang yang kamu seru selain Allah tiada mempunyai apa-apa meskipun setipis kulit ari. Jika kamu meminta kepadanya mereka, mereka tiada mendengar seruanmu dan kalau mereka mendengar sekalipun mereka tidak dapat memperkenankan permintaanmu" - QS.Faathir : 13-14

"syirik jali adalah syirik yang jelas. Ia melibatkan perbuatan dan perkataan yang kita boleh nampak. Manakala syirik khafi pula adalah syirik yang berlaku di dalam hati. Kita boleh lihat kesan syirik jali secara langsung, misalnya apabila dia menyembah patung atau mempercayai tangkal....."

....syirik khafi umpama virus yang menular di dalam diri, sementara syirik jali pula sebagai penyakit....

....syirik juga boleh membawa manusia menjadi lebih mundur dan ke belakang. Ini kerana katanya, jika dilihat secara logik, amalan-amalan syirik merupakan perlakuan yang tidak menggunakan akal fikiran.
menurut penerangan para Arifin Billah, antara sembahan-sembahan hati yang paling lumrah bagi manusia ialah:

Khamis, 27 Januari 2011

tinggalkan Link anda..

nak nangis jap boleh tak? huaaaaaaa.... 
huhuhu... pada yang tak tau dan sekali lah pada yang tahu.. mungkin pada blog yang aku baru ja follow kamu tak akan nampak gambar dengan nama.. Jangan tanya aku sebab aku pun bingung ni sampai sekarang..
Ada yang kata ni kecik punya hal tapi bila aku ni jenis pembingung jadi tetap juga nak bingung ni...
jadi untuk atasi masalah tu aku dah letak link kat bawah header dan diatas video tu...
jadi senang lah kiranya aku nak pergi blog korang sebab bila aku tengok senarai follower aku macam ada yang dapat nasib yang sama dengan aku ni tapi ada nama lah.. 
Jadi pada yang dah follow aku tu bolehlah ya tinggalkan link korang...
sebab yang tak ada tunjuk gambar tu aku tak tau blog korang..
maaf ya diatas kesulitan ni..
maaf juga kalau ni menyusahkan korang...

Rabu, 26 Januari 2011

kau, aku, cinta (3)

cerita cinta : kau, aku, cinta bahagian 3

"sudah-sudahlah tu Lina, kau nak fikir sampai bila? Sampai makanan kau tu berulat? Makanlah dulu, kemudian ja fikir tu," Salmi mengetuk meja untuk menyedarkan aku dari angan.
"Yalah. Oh ya, kau ada bagi nombor aku pada Johan?,"
"Ada. Kenapa? Dia ada telefon kau?," Salmi merapatkan wajahnya yang ceria apabila aku bertanyakan soal Johan.
"Dia sms ja. Kau yang gembira lebih-lebih ni kenapa?,"Aku cuba untuk tidak mengendahkan muka nakalnya itu.
"Manalah tau, bunga-bunga cinta," aku seraya mencubit pipinya.
"Jangan nak buat cerita pula, Baru ja kenal takkan dah ada bunga-bunga cinta?,"

KISAH WANITA :: 05 ;; Dia Nyawaku (Akhir)

Ini adalah episod terakhir bagi kisah wanita : dia nyawaku. rasanya macam tak ada yang minat nak baca ja, ah, lantak koranglah. Aku akan terus berkarya walau apa yang berlaku sekalipun.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Abang?,"
"ya,"
"kenapa abang sedih ja ni? Abang tak gembira jumpa kami semua?,"
"taklah. Abang ada benda nak bagitahu Kalsom. Penting sangat,"
"Apa dia?,"
"Abang pulang ni sebab...," Terlalu sukar untuk dirinya meluahkan segala.
"Sebab apa lagi kalau bukan rindukan kami?,"
"sebab abang dah ada..," Berdebar Makcik Kalsom mendengar kata-kata suaminya.
"Ada apa? Ada isteri baru? Itu yang abang nak bagitahu? Isteri baru?,"
"Tapi abang tak bermaksud nak menduakan Kalsom. Abang tak ada pilihan,"
"Apa maksud abang tak ada pilihan? Jadi untuk apa abang kembali? Nak tambah parut dihati Kalsom? Tak puas lagi abang seksa Kalsom selama ni? Sampai hati abang buat Kalsom macam ni. Abang tau macam mana susahnya Kalsom nak menyara anak-anak kita? Abang senang-lenang dengan perempuan lain?," Kemarahan Makcik kalsom tidak tertanggung lagi. Air matanya mengalir. Sakit dihatinya bukan kepalang.
"Tapi kamiu dah cerai, sebab abang ada aids," Bagaikan halilintar menyambar tubuhnya, Makcik kalsom memandang suaminya tanpa sebarang kata.

Selasa, 25 Januari 2011

kau, aku cinta (2)

cerita cinta : kau, aku, cinta bahagian 2

Kini sudah hampir seminggu Mira tidak menegurku. Aku sentiasa mencari jalan agar Mira mengeluarkan bicara namun usahaku ibarat mencurah air ke daun keladi, sia-sia. Lebih teruk lagi, Mira tidak memandangku langsung. 
Aku sekadar menegur untuk kebaikannya, namun dia hanya mengendahkan nafsunya sahaja. Aku berdiri diberanda memandang kehadapan, namun fikiranku melayang mengenangkan Mira. Tanpa aku menyedari ada tangan yang melingkari pinggangku, aku terdiam membatu terkesima diperlakukan sebegitu rupa. Aku menolak tangan itu sekuat yang aku mampu, aku lihat ianya Doni! 

"Apa kau mahu? Bersikap sebegitu kurang ajar," Dia hanya senyum sinis seolah-olah dia tidak melakukan salah.
"Kau suka? Aku suka. Sinilah," pandangan matanya menakutkan, aku melarikan diri keruang tamu namun dihalang dengan pantas.
"Kau nak lari kemana?," Belum sempat dia hendak mengucup pipiku, ketukan  dipintu berbunyi. Dia leka seketika lantas aku mengambil peluang itu berlari ke arah pintu dan membukanya dengan cepat kerana seluruh badanku kini sedang menggigil. Ketika pintu itu berjaya aku buka, Salmi dan Johan dimuka pintu senyum kepadaku namun senyuman mereka bertukar rupa kerana terlihat aku seperti ketakutan. Aku segera memeluk Salmi dan berbisik kepadanya.
"Bawa aku keluar dari rumah durjana ini,"

cinta

angan padamu ku akur,
jasad bertabur tidakkan hancur,
kau ku sisipkan ditepi,
tak inginku paling walau sekilas,
khianatmu mencuriga dan meluka,

hati mencuriga nilai,
tertiarap nyawa dilangitmu,
mana kuasa perintah,
tidak bersambungkah lidah pada suara,
sunyi tika mata memandang dunia,
hendak ditudingkan pada siapa,
mereka berpaling dari semua,
umpama Lahirnya tiada timbang,
dosa pahala ada ibarat tiada

kau , aku, cinta

cerita cinta: kau, aku, cinta

Kali ini, aku tetap dengan pendirianku, akan aku tegakkan walau dicaci sekalipun. 

"Mira, aku nak cakap sikit," aku berdiri sedang Mira duduk disofa memandangku sekilas.
"Apa dia?," Mira sibuk membelek majalah.
"pasal Doni, aku...," belum sempat aku menghabiskan ayatku, Mira sudah berdiri mencekak pinggangnya
"Aku tau, kau nak halau Doni kan? Apa salahnya dia tinggal sini? dia susahkan kau? kami bayar berapa pun yang kau nak," begitu lantang suara Mira, aku menggeleng kecil.
"Ini bukan soal susah, bukan soal duit, tapi soal halal haram,"Mira berpaling
"kamu tak boleh bersekedudukan macam ni, aku tak boleh biarkan. kau juga yang susah nanti," Mira segera berlalu tanpa menoleh sekalipun. Aku sudah menduga, dia tak akan mendengar kata. 

Hani pernah berkata kepadaku, 
"kau dah tegur, diorang tak dengar juga jadi tanggungjawab kau dah lepas'" begitu mudah mereka meletakan nilai tanggungjawabku. 
Takkan aku nak biarkan, ini bukan setakat cakap orang, tapi soal agama yang tak boleh dipandang ringan. Macam mana lagi dia tak mendengar kata kalau keluarganya pun tidak menghalang, aku hanya mampu mengeluh kecil. jam sudah menunjukkan pukul 10.00 pagi, aku harus keperpustakaan untuk berjumpa dengan        Salmi. Hendak memberitahu aku sesuatu.Sebaik sahaja aku tiba diperpustakaan, kelihatan Salmi sudah menanti kehadiranku.

"Assalamualaikum, apa khabar? Lama tunggu?," 
"Waalaikumussalam. Aku sihat. Baru juga sampai. Aku dengan sepupu, entah kemana sudah dia pergi,"
"Apa hajat kau hendak berjumpa dengan aku? Hal pentingkah?,"
"Hal kecil. Aku sebenarnya baru diperkenalkan dengan seorang lelaki oleh seorang kenalan,"
"lantas?,"
"Aku nak kahwin dengan dia,"
"Apa? Kau baru sahaja kenal, kau dah nak kahwin? Kau bergurakah ni?,"
"Aku tidak bergurau, lelaki tu akan hantar pinangan dalam waktu terdekat, aku nak kau ada sama pada waktu tu, boleh?," Niat suci takkan aku nak halang.
"Baiklah. Insyaallah aku akan berada disana. Tapi aku nak tanya, kau yakin dengan keputusan kau? Tidak terburu-uru kah?,"
"Lelaki tu adalah anak kepada kawan bapa aku, keluarga aku yang nak sangat perkahwinan kami disegerakan, takkan aku nak tolak," kalau sudah keluarga yang pilih, mana mungkin pilihan itu silap. 

Sedang asyik kami bercerita, seorang lelaki duduk bersebelahan dengan salmi. Salmi memperkenalkan lelaki itu adalah sepupunya yang bernama Johan. Kami sekadar berbalas senyuman. Salmi ketandas sebentar meninggalkan aku dan Johan sendirian. Aku merasa sangat kekok.

"Nama kamu lina?,"
"ya,"
"umur 25?,"
"ya,"
"Sudah lama kenal Salmi?,"
"ya,"
"kekok ka?,"
"ya," 
aku terkejut lantas memandangnya. Kami tersenyum kerana merasa lucu. Aku kembali menundukkan kepalaku kerana segan hendak memandang matanya. Aku semakin kekok kerana dia merenungku tanpa berkata apa-apa. Tidak senang duduk jadinya sehingga perbuatanku menjadi tak keruan.

sampai sini cerita cinta ni, akan disambung... harap anda suka.. 


Bahasa jiwa bangsa

macam skema ja bunyi nya.. hehe taklah..
sekali sekala menjunjung bahasa Malaysia diperingkat yang tinggi tak ada salahnya, kan?
aku cari 'bahasa malaysia' di enjin pencarian yahoo, aku terjumpa laman web ni...
Aku ada soalan, adakah kamu memperbaiki bahasa malaysia kamu?
kalau jawapan kamu tidak, kenapa? Sibuk? Tidak berminat? atau kamu akan kata "apa kau peduli? atau apa kau kisah? kau bagus sangatkah?
hurm... tak apalah, kamu tanyalah diri kamu sendiri nilai bahasa malaysia pada diri kamu..
Sedang saya lihat laman web itu, saya jumpa 'Lets Sing' dan antara lagunya ialah 'Jentayu'
ini antara bait lirik itu, dan lagu ini merupakan antara lagu yang aku gemari sehingga kini:
Di paruhmu kemilauan sinar
Sadness glistens on your beak

Menyepuhi sejuta rasa
Coated with a million feelings

Kemuliaan di hatimu
The nobility of your heart

Bening budi terdampar di jagat raya
Your sparkling goodness driven on the vast shore of the world

tips nak kurus???

hehe.. selamat sejahtera semua.. assalamualaikum.. sihat? bagus-bagus...
ni lah ni pasal kurus ni... da seseorang ni dan seseorang yang lain asyik sibuk nak kurus...
bagus sangatka tahan lapar semua, sampai gastrik... tup-tup masuk wad sebab kurang garam la, kurang gula la..

jadi, tak adalah gunanya 'kurus' tu.. betul tak? ya..
kenapalah nak guna cara yang sebegitu menderitakan? ni antara yang saya jumpa di internet ya.. => mymesra , info sihat , dan yang ni paling bagus sebab ni adalah petua diet Rasulullah S.A.W =>petua memang ramai fikir tak makan malam tu bagus. hah, baca petua tu.. katanya kalau tak makan malam akan dimakan usia dan kolesterol berganda...

nampak tak? kat bawah ni pula dapat dari majalah:

Isnin, 24 Januari 2011

singa menari

ya aku nampak tu singa menari.. hahah... tidaklah.. gurau kering ja.. hehe..
tarian singa bah tu.. semalam lagi aku mau post tapi blog ni macam merajuk ja dengan aku..
jadi aku sayang-sayang dulu blog ni baru lah ok..
rasanya.. hehe

aku makan-makan dengan rakan sekerja dan bos serta keluarga diorang...
makan percuma bah tu, siapa mau tolak.. tinggal ngap ja.. hahha

AKU , BEN ASHAARI dan ELEE MARDIANA - mari beramal

assalamualaikum... saya terpanggil untuk buat entri ni sebab nak sokong usaha saudari 'elee' yang menyumbangkan royaltinya untuk beramal...
SHAH ALAM: Mangsa renjatan kabel elektrik yang melecur hampir 35 peratus tubuhnya kini serba salah mahu membenarkan kedua-kedua tangannya dipotong atau membiarkannya terus kehitaman akibat dijangkiti kuman.Muhammad Hairuman Miskon, 22, pelajar kolej swasta di Kuala Selangor terkena renjatan ketika mengambil upah mengait kelapa sawit di Jalan Masjid Baru, Tanjung Karang pada 26 November tahun lalu.(petikan daripada berita harian online)

Sabtu, 22 Januari 2011

dari wanita untuk wanita

anda tahu apa2 tentang hari wanita sedunia?
jadi tugas aku adalah untuk memberitahu pada yang tak tahu dengan itu semua kita tahu. hahaha...
baiklah, aku berhenti mengarut.. kalau kamu mau tau dengan lebih lanjut layari laman web ini : http://www.internationalwomensday.com/semua yang kamu mau tau ada disana, bermula dengan bila har wanita sedunia ni di wujudkan, tema yang dipilih, negara yang mengadakan hari wanita sedunia nya , aktiviti yang boleh diikuti.
dan yang paling terbaru pada yang memang bijak pandai dalamm bahasa inggeris bolehlah turut serta dalam penulisan artikel yang bertajuk :  100 Women, 100 Artworks  => sini , dan juga 100 Women, 100 Stories => sini . kamu boleh tengoklah syarat yang diberi. jangan ikut suka ja ya. antara syaratnya adalah 'inspirasi' hehe.. jadikan cerita kamu tu sumber inspirasi kepada wanita yang lain. Pastikan kamu hantar karya kamu tu sebelum 8 Mac. Sebelum aku lupa aku ada buat page khas untuk benda ni => sini
setiap negara yang terlibat ada mengadakan aktiviti dan pada tarikh yang berlainan.. Aku pula tak sabar mau baca dan lihat hasil karya wanita lain. Paling penting karya yang kamu hantar adalah karya kamu sendiri, dan ianya tidak pernah diterbitkan atau dihantar untuk diterbit.

Jumaat, 21 Januari 2011

ITU FITNAH!!!!

FITNAH? YA, APA YANG KAMU TAU TENTANG FITNAH?
inilah manusia, hanya kerana yang bercakap tu orang yang lebih tua jadi setiap apa yang dia cakap tu betul? jadi yang aku ni cakap tak betul?
sakitnya hati.. bila kena macam ni..
aku puas dah masa sekolah dulu.. begitulah aku rajin mau pergi aktiviti kokurikulum puteri islam punya, kena larang pastu dicakap pula "anak kawan tu tidak pergi pun" jadi apa aku kisah? aku ni mau selamat, sebab kalau tak pergi kena catit markah. Bila rajin bersukan disekolah dicakap lagi "kawan tu cakap kokurikulum tak penting" 
apa kau tak penting? itu yang penting sekarang!... 
tengok tu! sikit-sikit kawan cakap, sikit-sikit orang cakap! 
diorang tu apa tuhan ka sentiasa cakap benda yang betul?
bikin panas eh..
ni lagi semalam sepupu aku difitnah.. fitnah apa? ianya terlalu peribadi, harap korang faham...
aku hanya akan percaya sesuatu perkara jika aku nampak depan mata dan orang tu sendiri yang beritahu.. kalaupun dia tipu aku yakin suatu masa Allah akan bagi tunjuk juga..
diorang tau ka dosa memfitnah tu umpama membunuh?
firman Allah:
An-Nur : 19
"Orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang keji itu tersiar dikalangan orang-orang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan akhirat. Allah mengetahuinya, sedang kamu tidak mengetahui."

Al-Baqarah : 191
"Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan"

An-Nur : 23-24Mereka yang memfitnah perempuan suci, celakalah di dunia dan akhirat; bagi mereka hukuman yang dahsyat dihari pengadilan; lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi diatas perbuatan mereka.

Al-Buruj : 10Orang yang memfitnah orang mukmim, kemudian tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar

Al-Isra'a : 36
"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta bertanggung jawabnya tentangnya."

hadis rasulullah s.a.w:
Dari Imam Ghazali
"Mengumpat itu dosanya sama dengan berzina 30 kali."

Dari R. Muslim
"Seseorang yang menutup cela seseorang yang lain didunia, akan ditutupi celanya oleh Allah pada hari kiamat."

saya ambil firman Allah dan hadis diatas dari HASHIM YAACOB 

sila lah ke blog beliau ya... jadi, hindarilah kita semua dari fitnah / mengumpat! 

Khamis, 20 Januari 2011

pengikut ke-100

akhirnya setelah sekian lama menanti pengikut saya sudah mencecah 100.. kepada semua pengikut saya saya ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua.. insyaallah saya juga nak buat 'pertandingan' tapi tidak sekarang sebagai tanda penghargaan saya.. tapi buat masa ini saya beri penghargaan saya kepada sanusi azhar 
wah, besar tu.. hehe.. kepada azhar, awak boleh letak gambar ni ditepi blog awak, dan awak boleh juga kalau tak mau letak. tak ada paksaan... terima kasih ya azhar sebab sudi ikuti blog saya yang tak seberapa ni..

mungkin kamu semua tak tahu tapi saya buat blog ni dari tahun 2008.. hehe jangan terkejut tapi memandangkan ilmu dan idea saya pada ketika itu agak terhad jadi blog ni tergendala selama setahun lebih.. dan saya pegang azam untuk memperbanyakkan idea.. hendak seribu daya tak hendak seribu dalih kan? akhirnya saya kembali ke blog ni ... saya cari, jelajah di web akhirnya dapat jadikan blog saya macam sekarang. yaa masih tidak seberapa berbanding yang lain tapi syukur .. ia atas usaha tanpa meniru mana pihak... setakat belajar cara sahaja ya... tu pun saya cuba belajar sendiri..

kepada semua pengikut saya.. saya amat menghargai pilihan kamu semua untuk mengikuti blog saya.. terima kasih...

sekian nukilan kasih sayang dari saya...

mama... Dia nyawaku...

ni baru nampak tadi.. serius ya.. baru tadi.. nasib baik masih sempat lagi... penghargaan buat ibu tersayang... contest yang begitu bermakna buat insan yang bergelar anak..  

MAMA... Nyawaku

sebelum saya bercerita pada yang nak join masih sempat lagi sila ke link ini => http://sudirman1809.blogspot.com atau terus ke sini => mama <=
baik... mama.. macam nak nangis pula, belum mula cerita lagi.. begitu banyak kisahnya tak tahu dimana hendak bermula. Mama melalui negitu banyak rintangan dan penderitaan dalam hidupnya, syukur mama seorang wanita yang amat cekal dan tabah hadapi semuanya. Segalanya bermula tika keretakan rumah tangga nenek ketika dahulu terjadi, mama bersama adik beradiknya tinggal bersama arwah datuk berpindah randah dari satu tempat ke tempat yang lain. sehingga mama terpaksa berhenti sekolah kerana desakan kewangan selama setahun. Setelah nenek mempunya suami baru, barulah mama dapat bersekolah namun kata caci hinggap seolah tak mengerti kepayahan mereka. setelah ibu berkahwin dengan baba, penderitaan itu masih mengekori seakan tak mahu melepakan mama begitu mudah. Syukur arwah datuk ketika itu menjadi penguat semangat mama tika dia hampir jatuh ke bumi. Setelah datuk telah tiada sinar harapan mama hilang selamanya. Perkahwinan mama dan baba juga hampir dilanda badai, syukur sehingga kini masih kekal. Abang sulung mempunyai penyakit yang tidak ada yang menduga ia akan muncul. kami sekeluarga terasa bahangnya, berubat disana sini. masalah kewangan janganlah dicerita, ia seperti api yang membakar setiap hari, hati ini merintih tika melihat air mata mama mengallir. Apa di hati ketika itu? " apakah aku sebegini tidak berguna? mama menderita dan aku hanya mampu melihat!" walaupun mama menangis dibelakang kami namun merah matanya dan sedih raut wajahnya sungguh jelas. 

kenapa aku sayangkan mama? kerana mama menyebelahi aku tidak kira apa kesalahanku. ketika sekolah rendah aku dihambat dengan getah (getah yang disambung menjadi permainan ) aku lari kedapur untuk emnangis mama memujuk 'jangan bawa lagi' kerana itu kali pertama aku dipukul baba. setelah aku semester 4 di polikk aku dipukul dengan tali pinggang, mama menangis kerana tidak sanggup melihat aku dipukul. kenapa aku dipukul? kerana kedegilanku untuk bercinta meskipun dilarang. hampir saja aku diberhentikan dari poli tapi mama tegas mengatakan 'aku harus tamat belajar'. mama memegang azam untuk membeli rumah kerana ingin memberikan kehidupan yang selesa untuk arwah datuk namun tidak kesampaian kerana datuk pergi sebelum sempat hajat mama tercapai. Kini azam aku adalah untuk menunaikan keinginan mama walau harus membayarnya dengan darah sekalipun. ya bunyinya agak melampau tapi itu azam aku. mama pernah berkata "mama tak pernah harap anak mama jadi kaya, hartawan atau jutawan. Cukuplah bagi mama kalau anak mama soleh dan solehah" ya, itu janji aku pada diriku! 


mama adalah insan yang paling memahami ku, aku banyak belajar darinya, nasihatnya aku pegang sentiasa, moga suatu masa aku sehebat mama.. aku tak pernah mengungkapkan kata-kata sayang pada mama, hanya mengungkapkannnya dengan tindakan.. aku harus menyatakannya suatu masa nanti.. aku lupa untuk menyatakan bahawa mama hebat kerana dengan masalah yang bertimbun dibenaknya dia masih mempu menceriakan suasana dan seolah dia sentiasa bahagia. Dia juga pekerja yang terbaik kerana telah banyak memperoleh anugerah cemerlang sehingga mendapat penganugerahan dari istana.(istana di sabah ya tapi lupa dah apa sebab mama sendiri tak peduli benda tu)

sekian.. utusan kasih sayang dari saya untuk anda semua..

new blogger in the house...

assalamualaikum... apa khabar kamu? sihatka? bah baguslah tu.. follower saya dah semakin ramai.. terima kasih kepada yang sudi follow tu.. mesti korang tertanya-tanya gambar sapa tu.. hehhe... dia ni rakan facebook saya dan dia baru lagi dalam dunia blog ni.. so apa kata korang jenguk blog dia ya? klik => sini

bagi dia sokongan seperti mana anda sokong saya dan blogger yang lain ya... seikhlasnya.. tak paksa2 ni.. saya ada entri hot nak post pas ni tp kejap lah.. mood saya belum brapa okay lagi.. karang punah entri tu.. so? apa? hah? apa dia?..
eh... gi lah blog dia.. comel loteh tu.. jangan wat tak reti.. haha.. gurau ja...

semoga anda bahagia sentiasa... sekian dari saya..