Mengenai Saya

Foto saya

Hanya seorang wanita yang biasa, dengan kerja yang biasa, belum ada bakat yang luar biasa dengan minat yang biasa. Jadi, biasa-biasakanlah diri menjenguk blog biasa ini.
sila-silalah 'suka' dengan blog facebook saya: https://www.facebook.com/elieynzBlog
sebahagian daripada wsb mania community (we are sabahan blogger mania) http://wearesabahanbloggermania.blogspot.com/
jemputlah ke laman twitter saya:https://twitter.com/elieynzlin
harap anda-anda tak sesat dalam blog saya, silalah datang lagi ya. Jangan lupa komen yang membina.

Khamis, 24 Februari 2011

kembali ke suatu masa

yuhuuuuu...
ops.. assalamualaikum semua..
selamat sejahtera..
waaaaaaaaaaaaaaahhh.. lama tu aku tak update blog.. bukan apa ... malas ja.... anggap ja lah aku pergi bertapa.. hahahaha...
kali ni ngam buka blog ada pula encik spongebob kita ni tag aku dalam ni punya erm... aku pun tak tau nak panggil apa... kalau nak tahu dengan selanjutnya.. tekan sini => spongebobkitty

kalau nak cerita pasal masa memnag tak akan habis sebab masa bergerak dan berputar setiap detik... 
beliau ada nyatakan soalan yang perlukan jawapan.. ini dia ya..

* kalau diberi peluang untuk putar balik masa? apa aku nak buat?
semestinya seronok kalau dapat putar balik masa.. yalah.. dapat betulkan mana yang bengkok tu..
tapi aku tak nak ubah apa-apa... cuma nak perhatikan seseorang ja sebab aku tak ada ingatan dikepala otak ni pasal dia..

*putar balik ke masa bila?
macam yang aku bagitau kat atas aku nak perhatikan seseorang dan orang tu adalah arwah datuk aku iaitu bapa kepada ibu aku...
dia pergi pada aku sangat kecil rasanya dalam sekitar umur 3 tahun... manalah aku ingat... aku nak putar balik kemasa arwah masih hidup...

*nak tinggal atau patah balik ke masa kini?
semestinya aku akan pilih untuk kembali kemasa kini sebab yang lama telah berlalu.. jadikan ia memori yang berharga.. untuk apa aku kekal pada masa tu sedangkan pastinya datuk aku nak aku jalani kehidupan yang telah aku lalui...

*apa aku nak buat dimasa lalu pilihanku?
aku cuma nak perhatikan kehidupan arwah tu ja... nak kenali dia dengan mata dan hati ... sebab selama ni aku cuma dengar...
menurut ibu arwah adalah seorang yang mesra alamlah katakan.. rajin kemasjid/surau... rajin berkebun... rajin bersukan... rajin bermasyarakat..
walaupun kehidupan serba kekurangan, kerja potong getrah ja masa tu... arwah tak pernah mengeluh... dia sentiasa bersyukur dengan kurnian-Nya..
walaupun telah bercerai dengan nenek.. dia tak pernah menyalahkan takdir tapi terus berdiri meneruskan kehidupan tanpa cinta hatinya...
arwah jugalah yang banyak menasihati ibu ... ketika angin kuat, dengan keadaan rumah yang mudah bergoyang namun kukuh sehingga kini, arwah melaungkan azan untuk menenangkan semua...
aku cuma ingin melihatnya... dan setelah itu aku ingin pulang ke masa asal untuk aku simpan memori itu kekal kupahat dihati...
kerana dia insan yang aku sayangi walau memorinya kabur dan kelam..

sekian... coretan dari aku...
aku tag... mohd ehsan aleasara

10 ulasan:

chii berkata...

kenangan terindah chii ngan arwah atok chii plak..dia yg ajar chii mcm mana nak bawa moto..time tu umo chii 15 thn..

al-fatihah buat atok chii n eliynz...

elieynz berkata...

CHII: TERIMA KASIH SEBAB SUDI BERKONGSI CERITA PASAL ATOK AWAK DISINI... BAGUSNYA AWAK DAH diajar bawa motor...

||aLeaSaRa|| berkata...

ngape sedih sgt n3 ni...nti kite join ye..tq tag utk join segmen ni ye...

deCrewz berkata...

Jangan terlalu byk memikirkan kisah sedih kelak kita akan sentiasa murung.. :)

Firdaus Kasim berkata...

awk, sy dah letak banner awk.. kita tukar2 k



http://firdauskasim.blogspot.com/p/share-banner_26.html

Popular post bulan ini : Cara-Cara Blogwalking yg Betul

.fadzmie.met. berkata...

arwah datuk saya pun sudah meninggal masa saya kicik2 dulu. masa tu saya tengah buat homework tadika saya, sebelah arwah, atas katil dia. tp bila saya panggil dia, dia x menyahut suda. rupa-rupanya dia suda pergi, senyap mcm tu seja. tp ndapa, arwah akan sentiasa dlm ingatan. that's why kita jgn lupa doakan dorang yg sudah tiada. :)

cempakakuning berkata...

As salam.

Sis nak ajak join ga ni.
letak cempaka kuning sbagai referral ye.tq

http://cempakakuningku.blogspot.com/2011/02/jemari-asmara-2nd-giveaway.html

elieynz berkata...

ALEASARA: okay.. join ja.. hehe

deCrewz: kebetulan ja byk cerita sedih.. tapi saya tetap happy.. cerita sedih tak ada kaitan nak menjadikan saya murung tau...

firdaus: thanks... nanti saya ambik banner awak pula ya...

fadzmie: terima kasih sebab kongsi cerita.. ya.. doakan mereka..

cempaka: terima kasih sebab beritahu pasal ga ni.. insyaallah sya join ya..

LeO berkata...

luahan seorang cucu kepada atoknya.. sungguh .. membuatku terasa sebak.. apa2 pun aku paham perasaan elieynz. sbb atok dan nenekku tlh pergi ke rahmahtullah sebelum aku dilahirkan lagi.. aku ndak pernah di gendong.. ndak pernah d belai.. ndak pernah diayun.. ndak pernah dimandikan.. segala2nya.. sekali sekala bila tgk seorang nenek atau atok yang bermain2 dgn cucunya aku pun rasa sebak sambil tersenyum.. sebab walau aku ndak pernah rasa, sekurang2nya aku tau bagaimana cara seorang atok dan nenek mencurahkan kasih sayang kepada cucu2nya.. salam perkenalan dari aku.. maaf be aku2 kau2.. harap ndak menyinggung.. bukan ndak beradab.. walau luaran sekeras batu tapi didalam selembut agar2.. keep in touch.. ^^

elieynz berkata...

leo: tak apa bah beraku-kau tu.. faham juga ni.. hehe... ya... salam perkenalan dari aku juga ya...