Mengenai Saya

Foto saya

Hanya seorang wanita yang biasa, dengan kerja yang biasa, belum ada bakat yang luar biasa dengan minat yang biasa. Jadi, biasa-biasakanlah diri menjenguk blog biasa ini.
sila-silalah 'suka' dengan blog facebook saya: https://www.facebook.com/elieynzBlog
sebahagian daripada wsb mania community (we are sabahan blogger mania) http://wearesabahanbloggermania.blogspot.com/
jemputlah ke laman twitter saya:https://twitter.com/elieynzlin
harap anda-anda tak sesat dalam blog saya, silalah datang lagi ya. Jangan lupa komen yang membina.

Ahad, 19 Mac 2017

Puisi : Sedalam-dalamnya Lautan

credit to pinterest
Sedalam lautan,
terhumban dan terbang,
terjatuh dan tersandung,
terus dan terus dalam,
tangan tak diikat,
kaki tak dibendung,
tubuh tetap mengikut arus,
apakah terlalu berat?,
terlebih makan?,
atau terlalu menyerah?,
kerana setelah sekian ia berlaku,
masih jatuh ke dalam dasar,
berjurang dan gelita,
namun masih berserah,
Huh, aku masih bernafas.


Dah lama tak berkarya atau post apa-apa dekat blog. Kali ni idea datang dan rajin ja jari-jemari ni nak menaip. Biasa post dekat facebook ja. Idea puisi ni berdasarkan gambar anime tu.    


Jina berdiri lagi ditebing sambil memandang ke bawah. Pemandangannya cuma rumah, pokok dan kereta. Manusia hanya ibarat patung baginya. Jina mengeluh lagi entah keberapa kali hari ini. Namun keluhannya berat dan lemah. Selemah-lemah semangatnya untuk hidup. Dia ibarat ditolak kedinding dengan keras tanpa dapat melarikan diri. Lengan dan kakinya bermandikan lebam. Jina kini menyentuh lebam yang terbaru hasil karya ibunya setelah bergaduh dengan ayahnya tadi. Ya, mereka bergaduh lagi, selama bertahun-tahun tanpa jemu. Hari ini mereka bergaduh kerana ibu meminta duit dari ayah meski sudah diberi minggu lepas. Kononnya ingin membeli barang dapur namun kami tetap juga makan nasi kosong dan telur pada keesokan harinya. Kali ini alasannya duit tercicir minggu lepas dan ingin 'cuba' membeli barang dapur. Mudah-mudah mereka tidak makan pasir esok hari. 

Dia kembali kerumah dan terlihat ibunya terduduk diruang tamu sambil menangis teresak-esak. Dia memandangku yang masih berdiri dimuka pintu.
"Kau dari mana ni sial? Masak! Aku nak keluar," Ibunya berteriak sambil berlalu kebiliknya. Sial? Itulah perkataan paling sopan yang didengarinya minggu ini. Pada malam itu mata Jina tidak mempu terlelap dan hanya memandang siling yang gelap. 
"Kau dari mana ni?," Kedengaran suara ayahnya diruang tamu. Jina seraya bangun dan duduk diatas katil. Ingin mendengar perbualan ayahnya, mungkin bergaduh lagi.
"Aku jumpa kawan. Kau apa peduli?" Suara ibunya membalas dan terdengar bunyi benda jatuh dan kedengaran suara ibu mengaduh kesakitan.
"Sakitlah!," 
"Tau pula sakit? Habis sakit hati aku ni macam mana? Kau keluar dengan jantan mana pula ni?," Suara ayah semakin keras dan tinggi.
"Aku punya sukalah, bukannya kau tak pernah keluar dengan perempuan lain," Ibunya membalas dengan nada yang tinggi. Kedengaran suara tamparan yang kuat dan ibu menangis.
"Aku keluar dengan perempuan lain tu sebab kerja. Untuk cari duit buat perangai celaka macam kau ni. Aku penat kerja cari duit, kau balik penat layan lelaki lain. CELAKA BETUL!," Ayah seperti sudah hilang sabar dan terdengar suara abang seperti hendak memujuk ayah. Jina tidak berani hendak keluar dari bilik. Dia hanya mampu mendengar pergaduhan mereka yang semakin teruk saban hari. 
"Malam ni kau tidur diluar, esok pagi aku hantar kau pulang rumah mak kau. Kau layanlah jantan sial tu puas-puas nanti," Bunyi pintu dihempas sangat kuat. Setelah itu Jina memaksa matanya untuk tutup dan tidak pasti sama ada dia tidur atau hanya memejamkan mata. 

Jina bangun awal pagi untuk bersiap ketempat kerjanya iaitu di kedai runcit berdekatan rumahnya. Terlihat kakaknya berada didapur sedang menyiapkan sarapan. Tidak ada sesiapa yang berada dimeja makan. 
"Sarapanlah dik, kakak nak bersiap ni. Lewat pula nanti," Kakaknya kerja sebagai kerani dibandar. Setiap hari menaiki motorsikal ke tempat kerja.
"Yang lain?," Soal Jina sambil memandang kakaknya dengan sayu.
"Abang temankan ayah bawa ibu balik ke rumah nenek. Dah jangan fikir lagi. Benda dah jadi, jangan lupa kemaskan diri tu. Kusut masai, selekeh akak tengok," Sebelum beransur pergi kebilik, kakak Jina sempat mengusap rambut Jina dengan lembut. Jina makan sendirian dimeja makan sambil menangis. 

Cerita berdasarkan gambar anime dan berhubung kuat dengan puisi.. uhuks..

Selasa, 31 Mei 2016

Cerita


Gambar itu bernada
Bingkai itu berlagu
Rentaknya berbeza
Alunannya semegah pandangan
Angin membawa drama
Wayang beriramakan telenovela
Lemah di dalam langkah
Skrip tak senada
Mungkin dia terlupa
Siapa dimana
Kenapa berapa
Masa terus berlalu
Seperti membawa tin kosong
Hanya kaki tahu langkahnya

Kenangan

credit to imgarcade.com

Dia datang
Dia pergi
Hadir dan berlalu
Detik yang dihitung kosong
Tidak berpunca
Tidak bersebab
Seperti dasar yang sangat dalam
Seperti curam yang amat dasyat
Keluhan tak berpenghujung
Sedu sedan harmoni
Bersama kenangan
Setiap sentuhan bercerita
Tak kau kenal lagi
Sejarah dan masa depan
Tika seluruh alam maya
Bergerak, bernafas
Langkah terhenti
Menanti harapan
Menanti penamat
Yang cuma singgahan

Selasa, 9 September 2014