Haid.. Apa yg perlu anda tahu?

Assalamualaikum... Kali ni nak kongsi pasal darah haid.. Bagi yg belum kahwin tak fikir banyaklah.. Tapi bila dah kahwin, amat perlu untuk catat atau tanda bila haid datang dan bila ia berhenti...
Penting sebab untuk mendapatkan zuriat atau merancang keluarga...
Darah haid boleh keluar dengan warna dan ciri yang berbeza kerana "Kalau tak cukup zat besi, darah pucat dan cair akan sentiasa banyak mengalir. Kalau cukup zat besi tapi tak minum cukup air, darah yg mengalir berwarna gelap dan pekat sikit, sukar mengalir, berketul atau bergentel, berupa macam tali panjang. Kalau cukup zat besi (bibir tak pucat), cukup minum air, tapi malas pi kencing, dan darah dibiarkan lama dlm rahim, darah tak mengalir keluar, maka darah akan bertukar menjadi lebih pejal (clotted blood) dan keluar bergentel atau pelbagai rupa"...
Aku baru dapat tau yang hamil pun boleh keluar haid.. Dan ada dipanggil istihadah?(sila betulkan kalau salah, ya).
Bagi mereka yang waktu kitaran haidnya sekata, tak perlu bimbang. Bagi mereka yang kitaran haidnya tak sekata, sukar untuk mengetahui masa suburnya sebab dari apa yg saya baca adalah 14hari dari tempoh haid seterusnya bukan haid sebelum...
Perubahan berat bdn, emosi(tekanan), boleh mempengaruhi kitaran haid...

Ini sekadar informasi..

Kesimpulannya, jagalah kesihatan, berat badan dan emosi anda.. Bukan sahaja mampu mempengaruhi hidup anda tetapi juga kitaran haid dan rasanya mereka disekeliling anda juga.

powered by Funnel

Ulasan