Mengenai Saya

Foto saya

Hanya seorang wanita yang biasa, dengan kerja yang biasa, belum ada bakat yang luar biasa dengan minat yang biasa. Jadi, biasa-biasakanlah diri menjenguk blog biasa ini.
sila-silalah 'suka' dengan blog facebook saya: https://www.facebook.com/elieynzBlog
sebahagian daripada wsb mania community (we are sabahan blogger mania) http://wearesabahanbloggermania.blogspot.com/
jemputlah ke laman twitter saya:https://twitter.com/elieynzlin
harap anda-anda tak sesat dalam blog saya, silalah datang lagi ya. Jangan lupa komen yang membina.

Selasa, 25 Januari 2011

tips nak kurus???

hehe.. selamat sejahtera semua.. assalamualaikum.. sihat? bagus-bagus...
ni lah ni pasal kurus ni... da seseorang ni dan seseorang yang lain asyik sibuk nak kurus...
bagus sangatka tahan lapar semua, sampai gastrik... tup-tup masuk wad sebab kurang garam la, kurang gula la..

jadi, tak adalah gunanya 'kurus' tu.. betul tak? ya..
kenapalah nak guna cara yang sebegitu menderitakan? ni antara yang saya jumpa di internet ya.. => mymesra , info sihat , dan yang ni paling bagus sebab ni adalah petua diet Rasulullah S.A.W =>petua memang ramai fikir tak makan malam tu bagus. hah, baca petua tu.. katanya kalau tak makan malam akan dimakan usia dan kolesterol berganda...

nampak tak? kat bawah ni pula dapat dari majalah:



  1. Jangan Berlapar : "tubuh akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan.Ini menyebabkan kadar metabolisme tubuh menjadi rendah.Walaupun kamu tahan lapar, pada kebiasaan kamu akan makan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan telah kembalike paras normal, tetapi metabolisme tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama."
  2. Ambil Sarapan Pagi: "menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula dalam darah."
  3. Makan perlahan-lahan
  4. pengambilan snek atau makanan ringan: "jika terasa nak makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi @ kunyah gula-gula getah. Rasa berangin didalam mulut akan membantutkan selera kamu"
  5. Ambil makanan yang berempah: "Penambahan lada hitam meningkatkan pembakaran lemak"
  6. pilih lebih banyak bijirin dan kekacang dalam makanan
  7. pilih buah dan sayur
  8. pilih piring rata  bukan cekung
  9. elak minuman bergas
  10. pilih minuman pembakar lemak...


Rasulullah s.a.w. bersabda :
“ Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah daripada mukmin yang lemah”( Muslim dan Ibnu Majah)


petikan ini dipetik dari Berita harian Online;
Daripada Aisyah, “Bala yang pertama sekali berlaku kepada umat ini sesudah kepergian Nabi SAW ialah kekenyangan perut, sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan bermaharajalela syahwatnya.” (Hadis riwayat Bukhari ).
yang ini pula adalah cara makan dan minum Rasulullah s.a.w => cara rasulullah s.a.w katanya Rasulullah akan mengunyah 40 kali. Ada banyak lagi laman web yang memberitahu tentang cara Rasulullah.. tinggal rajinkan jari-jemari anda itu sahaja ya..
sekian nukilan kasih sayang dari aku...

4 ulasan:

iwan_dextrous berkata...

hihih..kurus pun law x sihat buat ap...

elieynz berkata...

iwan: wah.. paling awal komen.. hehe.. ya buat apa kan?

kira kekuri berkata...

wooww bolehh pkaii nihh..heheheh

elieynz berkata...

kira kekuri: pakai ja.. hehe..