kau, aku, cinta (4)

cerita cinta : kau, aku, cinta bahagian 4

"senyum sampai ketelinga nampak, dah solat ka belum ni? Senyum sorang-sorang. Jangan kau terkena penyakit angau sudahlah," Salmi mengejek dan aku pantas mencubit lengannya.
"sudah solat tadi. Angau apanya? Jangan nak menuduh pula," Aku cuba untuk menafikan persoalan yang mana aku sendiri belum jelas.
"dating di mana tadi?,"
"tak adalah, dia bawa aku beramal bersama anak yatim,"
"skema memang macam tu, tapi budak nakal dulu tu. Aku pernah akan-akan nak tetak dia dengan parang akibat kenakalannya tu," Nakal? aku yang sedari tadi acuh tak acuh menjawab soalan Salmi menjadi berminat untuk mendengar dengan lebih lanjut.
"Nakal sangatkah?,"

"kenapa? berminat nak tahu? Tanyalah empunya diri," Salmi mencubit pipi dan berlari ke bilik. Pada pandanganku bukan setakat sepupunya itu nakal, Salmi juga nakal. Takkanlah nak tanya pasal kenakalannya, mungkin dia tidak selesa. TOK TOK TOK. Bunyi ketukan pintu begitu kuat, siapa agaknya? Sebaik sahaja aku membuka pintu, Mira meluru masuk tanpa mengucapkan salam dengan wajahnya yang masam mencuka. Nak marah aku lagi kah ni?
"Assalamualaikum. Duduklah dulu,"
"tak payah ! Aku nak tanya, kau tau apa-apa pasal Doni? Berita terbaru?," Nama tu juga yang keluar dari mulutmu sahabatku.

"Tak,"
"kau tau dia dimana sekarang ni?,"
"Tak,"
"Dia ada hubungi kau?,"
"Tak ada," Mira duduk sambil menggerak-gerakkan kakinya tanda dia keresahan.
"Dia hilangkah?," soalku sekadar meneka.
"Bukan soal dia hilang tapi soal dia ada perempuan lain. Aku baru dapat tau," Aku mengeluh kecil.
"kau ada bukti ka? Yang penyampai tu pun ada bukti?," Soalku untuk menyedarkan Mira agar tidak mempercayai sesuatu perkara itu membuta tuli.
"kawan aku bagi tengok gambar ditelefon, Doni berpelukan dengan perempuan tu. Bila aku tanya, dia terus keluar dari rumah tu tuduh yang aku tak percaya dia," Mira menangis teresak-esak. Aku kasihan juga marah kerana beberapa hari yang lalu dia begitu mempercayai lelaki itu. Kini dia sudah nampak belangnya. Namun aku tidak boleh mengungkit perkara yang lepas walaupun ianya masih baru lagi. Ia hanya akan kelihatan seolah aku berdendam. Belum sempat aku mengeluarkan bicara, Salmi yang entah bila muncul memerli Mira.

"Ini lah balasannya sebab tak percayakan si Lina ni dulu, sekarang kau tengok apa hasilnya. Buat apa kau junjung lelaki tu? kau tinggalkan ja lebih elok. Sah-sah dia main kayu tiga," Salmi lantang mengeluarkan suaranya. Mira tertunduk bisu.
"Mira, sekarang ni dah lewat malam. Lebih elok kau tidur dan tenangkan fikiran kau. Tak elok kau buat sebarang keputusan dengan hati kau yang sedang kacau, khuatir nanti kau akan melakukan sesuatu tindakan yang akan kau sesalkan nanti," Aku cuba untuk memujuknya supaya dia tidak bertindak diluar kawalan.
"Maafkan aku Lina. Aku bodoh,"

"aku tak nak dengar semua tu, aku maafkan kau. Pergi tidur," Mira berdiri dan menuju ke bilik ditemani Salmi. Tidak lama selepas itu Salmi menhampiri aku.
"Mudahnya kau maafkan dia, kalau dia buat lagi?,"
"kau ni... tak habis-habis... Dia kawan baik aku, aku kenal dengan sikapnya yang suka terburu-buru dalam banyak perkara. Memang aku sakit hati, dengan mudah dia sakitkan hati aku dan dengan mudah dia datang balik. Tapi apa gunanya aku simpan semua tu? hanya akan membuat aku menderita, berdendam, lalu sampai bila aku nak marah. Biasalah, namanya manusia tak lari dari salah membuat pertimbangan. Aku malas nak banyak bicara, memaafkan tu lebih baik daripada bermusuh sesama islam," Salmi mengangguk kerana terpaksa akur dengan kata-kataku. Memang aku akan dipersalahkan kerana begitu mudah memaafkan, tapi aku hanya manusia biasa, kuasa menghukum tidak terletak ditanganku. Siapalah aku untuk menghukum hamba-Nya? Pada malam itu aku memaksa diriku untuk tidur, hanya selepas dua jam barulah aku berjaya melelapkan mata.

Pada waktu pagi keesokan harinya sewaktu bersarapan, mata Mira nampaknya bengkak. Pasti dia menangis semalaman.
"Kau nak nangis sampai berapa tahun? Nak seksa diri kau sampai bila? Berbaloikah? Dia hargai? Kalau dia hargai kau, dia tak akan berpelukan dengan perempuan lain dan lari untuk mengelakkan diri. Buat apa kau lemahkan diri kau sendiri? Untuk lelaki macam tu?," Salmi memberi soalan demi soalan untuk menyedarkan Mira. Aku sedia faham, Salmi sememangnya berani mengeluarkan pendapatnya. Itu aku kagumi sedari dulu, dia tidak gentar dengan kritikan. Mira tidak mampu memandang Salmi yang terus merenungnya. Aku memberi isyarat kepada Salmi agar berhenti merenung Mira.
"Doni telefon semalam, dia minta maaf. Dia nak aku balik, dia dirumah sekarang," Mira bersuara tanpa mengangkat mukanya.

"kau masih nak balik? Kau biar betul. Lina? Kau tak nak cakap apa-apa?," Salmi memandangku tepat ke anak mataku. Lidahku kini kelu dengan keputusan Mira untuk kembali ke pangkuan Doni sikeparat itu. Ingin berterusan melakukan maksiat dirumahku, dengan mudah menerimanya kembali.
"Lina?," Salmi memanggil namaku agar aku bersuara.
"Pergilah, suka hati kau datang, jadi suka hatilah kalau kau nak pergi. Aku malas nak halang, sebab apa aku cakap kau sudah tak mau dengar lagi. Kalau kau rasa percintaan kau yang penuh dosa tu lebih bermakna dari aku sebagai sahabat kau selama ini yang kau kenal lebih dahulu daripada anjing tu, pergi. Jangan kau datang balik jumpa aku kalau dia ulangi sikap keparat dia tu," Dengan hati yang membuak-buak aku lontarkan segala isi hatiku yang begitu meluap-luap pada ketika itu dan meninggakan mereka berdua di ruang makan ke bilik tidur. Aku hempas bilik tidur dan mengunci diri. Aku tahu aku salah kerana mengeluarkan kata-kata sebegitu tapi sakit di hati sudah tidak tertanggung lagi. Maafkan aku Ya Allah, hambamu ini lemah dengan api kemarahan.

selang beberapa jam Salmi mengetuk pintu bilik dan memanggil namaku. Nak memujuklah agaknya tu.
"kau masih marah dengan Mira? Dia dah balik tadi, macam nak pengsan dia bila dengar kau cakap macam tu. Dia balik sambil nangis tu, kau tak kesiankah?," aku buka pintu bilik dengan segera apabila terdengar 'pengsan'
"Dia macam mana? baik-baik ja kah?," Aku sangat risau, akibat kelancangan mulutku aku sanggup membuat sahabatku sebegitu.
"Aku faham, kau marah, sakit hati, dah tak boleh simpan lagi, jadi kau cakap ja semua tu. Mesti kau terpengaruh dengan keceluparan aku ni kan? Maaflah,"Aku menggeleng.
"Aku dah cukup lama bersabar dengan sikap dia, bukan salah kau,"
"Aku nak jumpa bakal suami aku, masih ada urusan yang perlu diselesaikan. Jadi kau macam mana?,"
"Dua hari aku tak jenguk kedai aku tu, dah bersawang agaknya,"
"Aku yakin kedai kau terjaga punya. Bukan orang lain yang jaga kedai kau, kan sepupu kau juga. Apa namanya rakan kongsi? Kalau ada apa-apa hal, kau telefon aku segera ya? Aku pergi dulu. Assalamualaikum,"
"Waalaikumussalam,"Kini aku berteka-teki dengan diriku sendiri sambil bersiap untuk ke kedai. Patutkah aku telefon Mira? Atau biar sahaja keadaan reda barulah aku cari dia? Buntu, sangat buntu.

"Ingatkan kau dah tak nak datang lagi kesini?," Sepupuku yang namanya Rina ini sangat suka menyindir. Sebaik sahaja aku sampai di kedai, mulutnya mudah sahaja memberi sindiran.
"Ada urusanlah. Bukan aku tinggalkan terus. Aku datang juga. Kedai macam mana?,"
"Macam biasa, pasang surutnya tak pandai habis," Aku senyum dah membelek buku invois.

sehingga bersambung di lain kali...

Ulasan