mama... Dia nyawaku...

ni baru nampak tadi.. serius ya.. baru tadi.. nasib baik masih sempat lagi... penghargaan buat ibu tersayang... contest yang begitu bermakna buat insan yang bergelar anak..  

MAMA... Nyawaku

sebelum saya bercerita pada yang nak join masih sempat lagi sila ke link ini => http://sudirman1809.blogspot.com atau terus ke sini => mama <=
baik... mama.. macam nak nangis pula, belum mula cerita lagi.. begitu banyak kisahnya tak tahu dimana hendak bermula. Mama melalui negitu banyak rintangan dan penderitaan dalam hidupnya, syukur mama seorang wanita yang amat cekal dan tabah hadapi semuanya. Segalanya bermula tika keretakan rumah tangga nenek ketika dahulu terjadi, mama bersama adik beradiknya tinggal bersama arwah datuk berpindah randah dari satu tempat ke tempat yang lain. sehingga mama terpaksa berhenti sekolah kerana desakan kewangan selama setahun. Setelah nenek mempunya suami baru, barulah mama dapat bersekolah namun kata caci hinggap seolah tak mengerti kepayahan mereka. setelah ibu berkahwin dengan baba, penderitaan itu masih mengekori seakan tak mahu melepakan mama begitu mudah. Syukur arwah datuk ketika itu menjadi penguat semangat mama tika dia hampir jatuh ke bumi. Setelah datuk telah tiada sinar harapan mama hilang selamanya. Perkahwinan mama dan baba juga hampir dilanda badai, syukur sehingga kini masih kekal. Abang sulung mempunyai penyakit yang tidak ada yang menduga ia akan muncul. kami sekeluarga terasa bahangnya, berubat disana sini. masalah kewangan janganlah dicerita, ia seperti api yang membakar setiap hari, hati ini merintih tika melihat air mata mama mengallir. Apa di hati ketika itu? " apakah aku sebegini tidak berguna? mama menderita dan aku hanya mampu melihat!" walaupun mama menangis dibelakang kami namun merah matanya dan sedih raut wajahnya sungguh jelas. 

kenapa aku sayangkan mama? kerana mama menyebelahi aku tidak kira apa kesalahanku. ketika sekolah rendah aku dihambat dengan getah (getah yang disambung menjadi permainan ) aku lari kedapur untuk emnangis mama memujuk 'jangan bawa lagi' kerana itu kali pertama aku dipukul baba. setelah aku semester 4 di polikk aku dipukul dengan tali pinggang, mama menangis kerana tidak sanggup melihat aku dipukul. kenapa aku dipukul? kerana kedegilanku untuk bercinta meskipun dilarang. hampir saja aku diberhentikan dari poli tapi mama tegas mengatakan 'aku harus tamat belajar'. mama memegang azam untuk membeli rumah kerana ingin memberikan kehidupan yang selesa untuk arwah datuk namun tidak kesampaian kerana datuk pergi sebelum sempat hajat mama tercapai. Kini azam aku adalah untuk menunaikan keinginan mama walau harus membayarnya dengan darah sekalipun. ya bunyinya agak melampau tapi itu azam aku. mama pernah berkata "mama tak pernah harap anak mama jadi kaya, hartawan atau jutawan. Cukuplah bagi mama kalau anak mama soleh dan solehah" ya, itu janji aku pada diriku! 


mama adalah insan yang paling memahami ku, aku banyak belajar darinya, nasihatnya aku pegang sentiasa, moga suatu masa aku sehebat mama.. aku tak pernah mengungkapkan kata-kata sayang pada mama, hanya mengungkapkannnya dengan tindakan.. aku harus menyatakannya suatu masa nanti.. aku lupa untuk menyatakan bahawa mama hebat kerana dengan masalah yang bertimbun dibenaknya dia masih mempu menceriakan suasana dan seolah dia sentiasa bahagia. Dia juga pekerja yang terbaik kerana telah banyak memperoleh anugerah cemerlang sehingga mendapat penganugerahan dari istana.(istana di sabah ya tapi lupa dah apa sebab mama sendiri tak peduli benda tu)

sekian.. utusan kasih sayang dari saya untuk anda semua..

Ulasan

~mY LiFe~ berkata…
so sad... rase nk mleleh da air mata ni... :(
elieynz berkata…
masa buat ni pun memang nangis.. huhu
syafiq ariffin berkata…
ibu byk berkorban utk kita semua kn,
so, if kita dpt kerja yg elok nnti jgn la kita
sia2kan mereka. kita seharusnya kenang jasa2 mereka..semoga berjaa ya utk kontes ni..
elieynz berkata…
ya... tak akan dipersiakan...
sudirman berkata…
sedihlah entri nie...wah.wah...dah baca n dah masukkan dalam list..
elieynz berkata…
terima kasih ya saudara sudirman.. heheh
Tanpa Nama berkata…
Salam...semoga awak kuat semangat untuk mencapai azam awk.Amin.=)
elieynz berkata…
novelgurl: terima kasih ya.. amin..