bahaya syirik ! awas !!

kali ni nak kongsi tentang SYIRIK yang baru sahaja aku baca di iluvislam, rupanya syirik ni ada yang jelas dan ada yang tak jelas.... biar aku tunjukkan petikan-petikan yang sangat bagus untuk dikongsi bersama buat panduan dan renungan...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
perbuatan syirik ini diibaratkan seperti semut hitam yang berjalan di atas batu yang hitam pada malam yang gelap gelita. Banyak dan ramainya manusia yang melakukan perbuatan syirik tetapi mereka tidak menyedarinya.

Firman Allah swt : "dan orang-orang yang kamu seru selain Allah tiada mempunyai apa-apa meskipun setipis kulit ari. Jika kamu meminta kepadanya mereka, mereka tiada mendengar seruanmu dan kalau mereka mendengar sekalipun mereka tidak dapat memperkenankan permintaanmu" - QS.Faathir : 13-14

"syirik jali adalah syirik yang jelas. Ia melibatkan perbuatan dan perkataan yang kita boleh nampak. Manakala syirik khafi pula adalah syirik yang berlaku di dalam hati. Kita boleh lihat kesan syirik jali secara langsung, misalnya apabila dia menyembah patung atau mempercayai tangkal....."

....syirik khafi umpama virus yang menular di dalam diri, sementara syirik jali pula sebagai penyakit....

....syirik juga boleh membawa manusia menjadi lebih mundur dan ke belakang. Ini kerana katanya, jika dilihat secara logik, amalan-amalan syirik merupakan perlakuan yang tidak menggunakan akal fikiran.
menurut penerangan para Arifin Billah, antara sembahan-sembahan hati yang paling lumrah bagi manusia ialah:
  1. penyembahan kepada nafsu/diri sendiri
  2. penyembahan kepada dunia dan perhiasannya
  3. penyembahan kepada pangkat dan kekayaan
  4. penyembahan kepada kedudukan dan jawatan
  5. penyembahan kepada wanita
  6. tawakal kepada kekuatan diri atau kekuatan makhluk
  7. tawakal kepada kehebatan sains dan teknologi dan lain-lain.
menurut tafsiran ulama-ulama tasawuf, syirik khafi walaupun tidak membatalkan iman namun memberi kesan kepada amal dan boleh merosakkan keimanan jika dibiarkan berlaku dan menjadi pakaian umat sehari-hari.

sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"syirik yang dilakukan umatku lebih tersembunyi daripada semut halus yang merayap di atas batu yang besar."- (Riwayat Al Hakim)
"sesungguhnya yang paling aku khuatirkan atas kamu sekalian adalah syirik kecil (syirik khafi), riya'. Pada hari kiamat, ketika memberi balasan manusia atas perbuatannya, Allah berfirman, "pergilah kalian kepada orang-orang yang kalian tujukan amalanmu kepada mereka di dunia. Lihatlah, apakah engkau dapati balasan di sisi mereka?" (Imam Ahmad, hadits shahih)

jangan terlampau yakin bila kita tidak pernah menyembahkan tuhan selain Allah, kita bebas dari melakukan syirik. Ketahuilah bahawa perjuangan melawan sifat-sifat jahat dalam hati terutamanya syirik khafi adalah jihad sepanjang hidup. Jangan terhenti dari jihad ini kerana sejarah telah membuktikan manusia-manusia alim juga boleh tewas dengan rayuan iblis dan syaitan. Sehingga hati dan iman menjadi binasa.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
petikan di atas di ambil daripada iluvislam bil:47    edisi 28 januari-3 febuari 2011
atau jika ingin baca yang selanjutnya sila ke sini =>> Syirik Khafi (Syirik Tersembunyi) Batalkan Amal, Rosakkan Iman ,

Ulasan