Bahasa jiwa bangsa

macam skema ja bunyi nya.. hehe taklah..
sekali sekala menjunjung bahasa Malaysia diperingkat yang tinggi tak ada salahnya, kan?
aku cari 'bahasa malaysia' di enjin pencarian yahoo, aku terjumpa laman web ni...
Aku ada soalan, adakah kamu memperbaiki bahasa malaysia kamu?
kalau jawapan kamu tidak, kenapa? Sibuk? Tidak berminat? atau kamu akan kata "apa kau peduli? atau apa kau kisah? kau bagus sangatkah?
hurm... tak apalah, kamu tanyalah diri kamu sendiri nilai bahasa malaysia pada diri kamu..
Sedang saya lihat laman web itu, saya jumpa 'Lets Sing' dan antara lagunya ialah 'Jentayu'
ini antara bait lirik itu, dan lagu ini merupakan antara lagu yang aku gemari sehingga kini:
Di paruhmu kemilauan sinar
Sadness glistens on your beak

Menyepuhi sejuta rasa
Coated with a million feelings

Kemuliaan di hatimu
The nobility of your heart

Bening budi terdampar di jagat raya
Your sparkling goodness driven on the vast shore of the world


Di sayap taufan kau jelajahi
The flanks of storm you explore

Awan gemawan membawa rindu
Through the clouds you bring news of ( the one she ) misses

Kasihmu menentangi kezaliman ketidakadilan
Your love fights against cruelty and injustice

Chorus:

Jentayu patah sayap bertongkat paruh
Jentayu wings broken, use beak as a walking stick

Jentayu patah paruh bertongkat siku
Jentayu beak broken, use elbow as a walking stick

Jentayu patah siku bertongkat dagu
Jentayu elbow broken, use chin as a walking stick

Jentayu patah dagu bertongkat kuku
Jentayu chin broken, use claws as walking stick

Pinjamkanlah hatimu untuk semua
Lend to all your heart

( End of Chorus )

Pinjamkanlah syahdumu
Lend to all your elegance


antara lagu lain yang terdapat dilaman web itu ialah lagu seniman P. Ramlee - getaran jiwa, 
apa tujuan aku beritahu ni semua? saja nak kongsi informasi...
sebelum kita lupa perkataan bahasa malaysia, sebelum bahasa inggeris meragut nilai bahasa kita, sebelum anak muda akan datang tidak tahu apa itu 'bahasa'...
banyak betul bahasa rojak, aku akui kadang-kadang aku terpaksa guna sebab kalau bercakap atau bersms dengan orang bukan melayu, tambah lagi dia tak fasih bahasa malaysia sedang aku tak fasih sangat bahasa inggeris jadinya,


siapalah aku nak tegur penggunaan bahasa masing-masing, tapi aku sekadar nak mengingatkan semua juga termasuk diri aku sendiri bahawa kita kini berada dibumi Malaysia, bahasa jiwa bangsa, rosak bahasa rosaklah bangsa, andai masih bersisa lagi dihati kamu 'bahasa malaysia' semarakkanlah keindahan bahasa itu dengan perkataan yang elok, kalau bahasa malaysia diguna untuk maki hamun, baik tinggal dihutan dengan binatang,...


Allah tak bagi kita mulut, lidah dan suara untuk mencarut.. Apa bagusnya mencarut ni? senaraikan 10 kebaikan? bukankah apabila kamu mencarut telah menunjukkan 'PERIBADI' kamu? Tegurlah dengan perkataan yang elok, susah sangatkah? Bahasa Malaysia aku tidak setaraf dengan sasterawan negara tapi aku tau perbezaan bercakap dengan mencarut! Untuk apa kamu banggakan 'maki hamun' tu? haiwan lagi berzikir apa lagi kamu sebagai manusia! Sebelum Allah TARIK NIKMAT BERCAKAP , lebih baik kamu hargai nikmat itu dengan perkataan yang elok.. BERJUTA perkataan dimuka bumi ni, 'yang tu juga lah yang kamu pilih.. 

nukilan ini sekadar renungan buat kita semua,

Ulasan