Mengenai Saya

Foto saya

Hanya seorang wanita yang biasa, dengan kerja yang biasa, belum ada bakat yang luar biasa dengan minat yang biasa. Jadi, biasa-biasakanlah diri menjenguk blog biasa ini.
sila-silalah 'suka' dengan blog facebook saya: https://www.facebook.com/elieynzBlog
sebahagian daripada wsb mania community (we are sabahan blogger mania) http://wearesabahanbloggermania.blogspot.com/
jemputlah ke laman twitter saya:https://twitter.com/elieynzlin
harap anda-anda tak sesat dalam blog saya, silalah datang lagi ya. Jangan lupa komen yang membina.

Rabu, 26 Januari 2011

kau, aku, cinta (3)

cerita cinta : kau, aku, cinta bahagian 3

"sudah-sudahlah tu Lina, kau nak fikir sampai bila? Sampai makanan kau tu berulat? Makanlah dulu, kemudian ja fikir tu," Salmi mengetuk meja untuk menyedarkan aku dari angan.
"Yalah. Oh ya, kau ada bagi nombor aku pada Johan?,"
"Ada. Kenapa? Dia ada telefon kau?," Salmi merapatkan wajahnya yang ceria apabila aku bertanyakan soal Johan.
"Dia sms ja. Kau yang gembira lebih-lebih ni kenapa?,"Aku cuba untuk tidak mengendahkan muka nakalnya itu.
"Manalah tau, bunga-bunga cinta," aku seraya mencubit pipinya.
"Jangan nak buat cerita pula, Baru ja kenal takkan dah ada bunga-bunga cinta?,"


"Aik, namanya juga cinta. Kau manalah tau,"
"Jodoh Allah sudah tentukan,"
"Sebab tu, manalah tau," Salmi tetap hendak menangkan kata-katanya.
"Lantak kau lah," Setelah kami selesai bersarapan, Salmi mengajak aku menemaninya ke Butik Jenny untuk menempah baju. 
"nasib baik aku ni kerja sendiri, kalau aku kerja makan gaji alamat teruk aku kena marah bos sebab suka hati ja tak kerja," aku mengeluh kepada Salmi.
"Sebab tu aku ajak kau,"
"kau tak kerja?,"
"Cuti,"

"berapa lama?,"
"Seminggu, Cuba kau tengok ni cantik tak?," aku memerhatikan baju itu dan mengangguk kerana rekaannya yang menarik. 
"kau kata nak tempah baju, yang ni untuk apa?,"
"Saja nak tengok sebab lawa. Saya ambil yang ni ya?," Salmi memberi baju itu kepada jurujual. Hatiku sedikit resah kerana Johan hendak membawa aku berjalan-jalan. 'Kalau aku ajak Salmi, Johan tak kisahkah? Habis tu takkan berdua ja?' belum sempat aku hendak menanyakan Salmi persoalan yang membuntukan fikiran, telefonku berdering. Johan berada ditalian.

"Assalamualaikum,"
"Waalaikumussalam, Lina di mana sekarang? Saya datang ambil," amboi lelaki ni, tak tanya aku sibuk ka tidak, terus nak ajak jalan? 
"Aku sekarang di Butik Jenny dengan Salmi...,"
"Saya datang sekarang," eh? Aku tak sempat nak beritahu di mana, dia dah potong cakap aku? Peliklah lelaki ni. Aku menoleh dan terlihat Salmi sudah senyum mengejek.
"Pergilah, aku tak nak jadi nyamuk," 

Macam mana ni? Takkan aku dengan dia sahaja? Bukankan wanita tak boleh berdua-duaan dengan lelaki yang tidak halal untuknya? Dalam pada aku masih berfikir, kaki ini terus melangkah menuju ke luar bangunan dan menghantar mesej kepada Johan abhawa aku menantinya diluar. 
'Kenapa aku tak beritahu Johan yang aku tak mau kami berdua sahaja? Macam mana ni?,' 
Memang lumrah pada diriku suka memikirkan semua hal dan sering kelihatan seolah-olah aku berkhayal.

"LINA!," 
aku terkejut kerana ada yang memanggil namaku dengan kuat, aku menoleh kekanan ada sebah bas mini yang penuh dengan anak-anak muda. Aku mendekati bas itu perlahan-lahan, kelihatan Johan melambai kearahku dan menyuruhku masuk kedalam bas. Aku masuk tanpa sedikit pun syak wasangka. Setelah beberapa ketika duduk di dalam bas barulah aku merasa sedikit risau kerana tanpa usul periksa aku masuk kedalam bas dan dikelilingi orang yang tidak aku kenali malah...
"Lina, kita dah sampai," aku terkejut lagi buat kali kedua. Hampeh rasanya. Tapi aku dimana? soalku didalam hati. Aku keluar dan berdiri dihadapan bangunan seumpama dewan binaannya.
"kita dimana ni? Buat apa disini?,"
"Ni dewan sekolah, masuk dulu baru Lina tahu," Baru kini aku perasan Johan tidak pernah ber'kau' , 'awak' dengan aku. Dia sentiasa senyum. 'Eh? Apa aku melalut ni?' sanggah aku didalam hati.

Sebaik sahaja aku masuk kedengaran suara kanak-kanak disana-sini, aku membaca banner yang diletakkan dibahagian dinding pentas. 'BERAMAL BERSAMA ANAK YATIM SURIA' Baru aku sedar bahawa syak wasangka aku beberapa minit itu tidak berasas. Tanpa aku duga 'bunga-bunga cinta' yang Salmi katakan pagi tadi tumbuh sedikit demi sedikit. Rupa-rupanya Johan rajin menjayakan aktiviti serupa begini. Kanak-kanak disitu benar-benar menghiburkan hati dengan telatah mereka yang nakal. Dalam pada aku ketawa dan senyum, aku teringat zaman kanak-kanak sewaktu aku sering bermain bersama Mira. 

Dia merupakan jiranku sewaktu ketika dahulu sebelum ibu bapanya berpindah ketempat yang lebih selesa namun kami sering berhubung dan berjumpa sekali sekala. Kami serasi dalam pelbagai aspek sehinggalah kami menuntut di institusi yang sama tapi berlainan jurusan. Aku mengambil jurusan Perniagaan, Mira mengambil jurusan kesetiausahaan kami seolah-olah mempunyai jurang pendapat dan penampilan.Kami tidak lagi serasi seperti dahulu, perubahannya yang mendadak itu tidak aku endahkan kerana aku menerimanya sebagai sahabatku dalam apa keadaan sekalipun. Kami semakin jauh apabila Mira sering keluar malam, segala nasihatku ditolak mentah-mentah. Aku begitu merindui sahabatku yang kini tidak lagi aku kenali. 

'Siapa Mira kini? Kenapa kau berubah sebegitu rupa sahabatku? Tiada lagikah nilai persahabatan kita dalam sudut hatimu? Bukankah pernah kau katakan dahulu aku tulang belakangmu? Kini aku seperti sampah dalam hidupmu.'
Tanpa aku sedar air mataku mengalir dipipi, sekali lagi aku seperti orang berkhayal. Aku kesat air mata dengan tisu. Aku pandang kehadapan, Johan sedang jalan menghampiriku dengan sebuah pinggan berisi makanan dan sebotol air mineral. Pandangannya sayu, mungkin dia terlihat aku besedih tadi. 
"Saya bawa Lina kesini sebab nak gembirakan Lina, bukan nak buat Lina menangis,"
"maaf, saya tak sangka juga saya akan menangis,"
"lalu, kenapa sicomel ini menangis? Nak lari-lari macam kanak-kanak disini?," aku ketawa kelucuan. Pernah aku katakan dahulu 'senyuman mampu mengubat kelukaan' ia sangat benar. Aku makan sambil ditemani Johan yang tidak habis-habis dengan lawaknya. Aktiviti amal itu berlangsung sehingga jam 5.00pm. Penat juga melayan kerenah kanak-kanak ni. Johan menghantar aku dan yang lain pulang menaiki bas mini. Aku menghantarnya pulang dengan sebuah senyuman dan sms "terima kasih sebab menceriakan hariku," dan Johan membalas "Sama-sama, tidak senang hati ini melihat wajah itu bersedih". Benarlah kata orang apabila ia datang, tidak akan ada isyarat kecemasan. Namun apabila ia pergi, ia pergi bersama hujan kesedihan. 

akan disambung lagi... senyumlah selalu...

4 ulasan:

A'IM berkata...

lagu:: bercinta biar puas

elieynz berkata...

aim: bercinta biar puas?

Tanpa Nama berkata...

best cerita ndak sbar tunggu sambungnnya.. lan

elieynz berkata...

hehe.. akan disambung.. sabar ya... hehe