Mengenai Saya

Foto saya

Hanya seorang wanita yang biasa, dengan kerja yang biasa, belum ada bakat yang luar biasa dengan minat yang biasa. Jadi, biasa-biasakanlah diri menjenguk blog biasa ini.
sila-silalah 'suka' dengan blog facebook saya: https://www.facebook.com/elieynzBlog
sebahagian daripada wsb mania community (we are sabahan blogger mania) http://wearesabahanbloggermania.blogspot.com/
jemputlah ke laman twitter saya:https://twitter.com/elieynzlin
harap anda-anda tak sesat dalam blog saya, silalah datang lagi ya. Jangan lupa komen yang membina.

Khamis, 10 Februari 2011

Contest SHORT STORY of 20 WORDS

assalamualaikum... cak.. hehe..
malas nak cerita panjang, aku terus sampaikan maksudlah ya..
Cik Aiza sudah tag aku untuk satu contest dia, jadi dengan berbesar hati aku join..
syarat-syarat yang lengkap boleh pergi terus ke blog Cik Aiza => sini

" Once you're tagged or volunteer to join this contest.. You need to write a SHORT STORY about 20 words that given.. At last, you need choose 2 people to be tagged.. Hopefully the person who be tagged must give some cooperation.. And it’s really mean to who are tagging.. If I tag you, it's because I want to know more about your talent in writing SHORT STORY.. And the words are: 

Love 
Money 
Car 
Island 
Cake 
Mom 
Dad 
Special 
Ring 
House 
Cook 
Eat 
Woman
Road 
Moon 
Stars 
Sun 
Wind 
Death 
Smile

You can use that 20 words random list and also can write it either in English or Malay.. Good luck"


sudah faham syaratnya ? 20 perkataan tu letak dalam cerita pendek anda...pada mulanya aku ingatkan buat 20 cerita pendek tapi rupanya 1 cerita pendek ,20 perkataan yang diberikan ada dalam tu.. fuh, punyalah aku ni lambat faham.. haha.. baiklah, ini kisahnya..jeng-jeng-jeng..
...........................................................................................................................................................
PERCUTIAN
          Kini aku sedang menanti buah yang tidak gugur, atau lebih tepat lagi bulan jatuh ke riba. Padanlah dengan gelaran yang mereka berikan kepadaku iaitu 'Cik Menung' sehinggakan gelaran itu menjadi panggilan namaku oleh rakan-rakanku sendiri. Panggilan itu sudah tidak asing lagi bagiku. Malah ibu juga memanggilku Cik Menung sekiranya panggilannya tidakku sahut. Pada asalnya tidak kugemari panggilan itu, oleh kerana sudah kerap kali panggilan itu diguna maka aku membiarkannya sahaja. Berbalik kepada cerita asal tadi, aku sebenarnya menanti putera idaman meminang. Ya, menanti dengan hanya duduk dan berdiam diri. 
          "mana bapa kau ni Zira? Dari tadi tak nampak. Ada kau nampak?," soal ibu kepadaku. 
          "Entah," jawabku dengan ringkas kerana ibu sering bertanyakan soalan yang sama setiap pagi walhal bapa kalau bukan berada di kedai runcitnya pasti membuang waktu di kedai kopi.
          "Ibu, minta duit. Adik nak beli gula-gula," begitu jugalah halnya dengan adikku yang hampir setiap hari kekedai membeli gula-gula. 
          "jangan balik lambat, ibu masak nasi ayam untuk makan tengah hari," adik hanya mengangguk dan turun mencari basikal yang diletakkan kebiasaannya ditepi tangga rumah. Aku juga merasa bosan dirumah, lebih baik aku pergi kerumah Syura. Dalam perjalanan, aku terserempak dengan Adika dijalan. Dia menaiki kereta bapanya bersama rakannya Zaki. Mereka ingin bertemu dengan Siva, ada aktiviti yang ingin dibincangkan. Aku meneruskan perjalanan. Setibanya dirumah Syura, kelihatan dia sedang bercerita dengan Rina.
          "Assalamualaikum, buat apa tu?,"
          "waalaikumussalam, tak ada apa-apa. Cerita biasa ja. Dengarnya Adika dan Zaki nak ajak Siva ke Pulau Siang. Kami nak ikut sekali, kau nak?," Rina bercerita dengan bersemangat sekali. 
          "Aku baru terserempak dengan diorang tadi. Nak ke Pulau rupanya. Aku tak nak tinggal, mesti nak ikut juga. Apa yang istimewanya pulau tu? Ada kek terbang?," Syura mencubit pahaku kerana mengarut.
           "manalah aku tahu, diorang kata kalau nak tahu ikut ja. Nanti diorang beritahu bayaran dan apa yang perlu dibawa. Aku mesej korang nanti," Rina segera bergegas balik kerumah kerana terlupa pesanan barang yang harus dibelinya.
          "Sukalah tu. Nanti kau dapat berjumpa siap bermalam lagi dengan cinta kau tu, aku tumpang gembira ja," Syura senyum sinis memandangku.
          "Amboi, bukan main lagi kau nak menyakat aku. Dengar si Rina tu hebohlah nanti," 
          "Eleh, buat apa kau nak risau kalau heboh? Manalah tau nanti jadi pula hubungan tu. Tinggal sarung cincin ja nanti," aku sudah kematian akal oleh Syura. Dia sahajalah yang mengetahui bahawa aku menyukai Adika. Berjam lamanya aku dan Syura bercerita, dia menghantar aku pulang kerana ingin pergi kekedai runcit yang berada disebelah rumahku.
          "teriknya matahari ni, tambah  gelaplah kulit aku," Syura mengeluh. Aku terus kerumah sementara Syura terus kekedai runcit. Pada waktu malam hari yang sama, Syura menelefonku memberitahu bahawa Aktiviti kami untuk ke Pulau Siang akan dibuat pada minggu hadapan. Dia juga menyatakan sekali bayaran yang harus dibuat dan juga barang yang harus dibawa. Berdebar hati menanti tibanya hari aku bakal bertemu dengan si dia. 
          Hari berganti hari. Tiba akhirnya hari dimana kami akan ke Pulau Siang, bagaimana agaknya keadaan dipulau itu. Kami menaiki sebuah bot kepunyaan pakcik Siva ditemani ayahnya. Kami membina 3 khemah sahaja dan oleh kerana kepenatan, pengembaraan hanya akan bermula pada esok hari. Rina dan Syura sudah pun terlena, aku yang kesejukan tidak dapat tidur dan duduk dihadapan unggun api sambil memandang bintang. Tanpa aku sedari Adika membaluti tubuhku yang kedinginan dengan jaket miliknya. Aku tersentak dan melihat dia senyum memandangku.
          "Sejuk angin malam di pulau ni, kenapa tak pakai baju yang tebal sedikit?,"Adika duduk dihadapanku dan kami dipisahkan oleh unggun api.
          "Mana Siva dan Zaki? Sudah tidur?," Tanpa menjawab pertanyaannya aku menyoalnya pula. Dia sekadar mengangguk kecil. Matanya tak lepas dari memandangku. Faham-fahamlah, aku ini perempuan dan boleh juga dikatakan wanita. Kalau sudah si dia memandang, malulah dibuatnya. Dengan disaksikan bintang, perasaan kami semakin berbunga. Dia melayanku dengan baik, sentiasa prihatin dengan perkara yang berlaku disekelilingku. Dia menjaga dengan penuh hati-hati. Rina dan Syura tak henti-henti menyakat, habis pipi mereka aku cubit kerana geram. Syukur, sepanjang kami berada di pulau itu tidak ada perkara yang buruk berlaku dan kami pulang dengan selamat. 
.......................................................................................................................................................
kisah ini aku tutup disini.. harap anda terhibur.. 

bagi yang berminat join jugalah ya... 

7 ulasan:

Fane Davis berkata...

wah!!semua word ada dalam cerpen neh...hebat lah cerita.good luck k..

samizul.net berkata...

Psiko juga a contest ni, ehe. Cerita pendek, yang wajib ada 20 perkataan tu.. d(^^,)

Cerita Percutian tu macam kisah benar ja, ngeh3.. x)

Cik Z@i Pen@nG berkata...

mcm nk join tp jenuhla nak boh smua word tu...

elieynz berkata...

Fane : Terima kasih..

samizul : wah.. rekaan semata ya... hehe

cik Z@i : join ja.. letak ja mana-mana yang penting jadi cerita pendek..

AizA Si LovEmoNEy berkata...

good luck yer elieynz....

aQi + GenGkey berkata...

waaa...
cane ley fikirkan nk msukkn sume keyword tu dlm 1 citer yerk..
ish3..
btw..smoger berjaye..:D

elieynz berkata...

aiza: terima kasih ya...

aQi: hehe.. kebetulan ja idea datang berbondong2.. hehe terima kasih ya..