Mengenai Saya

Foto saya

Hanya seorang wanita yang biasa, dengan kerja yang biasa, belum ada bakat yang luar biasa dengan minat yang biasa. Jadi, biasa-biasakanlah diri menjenguk blog biasa ini.
sila-silalah 'suka' dengan blog facebook saya: https://www.facebook.com/elieynzBlog
sebahagian daripada wsb mania community (we are sabahan blogger mania) http://wearesabahanbloggermania.blogspot.com/
jemputlah ke laman twitter saya:https://twitter.com/elieynzlin
harap anda-anda tak sesat dalam blog saya, silalah datang lagi ya. Jangan lupa komen yang membina.

Sabtu, 29 Januari 2011

hati


kau dengarkah panggilanku?
kau sedarkah kehadiranku?
ku sangka kau jauh
setelah didera seksa
aku sangka kau sudah tiada
bernilaikah maafku?
kenapa?
tiada ku rasa hadirmu?
apakah aku yang buta?
salah memandang?
apakah aku yang pekak?
salah mendengar?
aku akur salahku
aku hindarimu tika dulu

kau, aku, cinta (4)

cerita cinta : kau, aku, cinta bahagian 4

"senyum sampai ketelinga nampak, dah solat ka belum ni? Senyum sorang-sorang. Jangan kau terkena penyakit angau sudahlah," Salmi mengejek dan aku pantas mencubit lengannya.
"sudah solat tadi. Angau apanya? Jangan nak menuduh pula," Aku cuba untuk menafikan persoalan yang mana aku sendiri belum jelas.
"dating di mana tadi?,"
"tak adalah, dia bawa aku beramal bersama anak yatim,"
"skema memang macam tu, tapi budak nakal dulu tu. Aku pernah akan-akan nak tetak dia dengan parang akibat kenakalannya tu," Nakal? aku yang sedari tadi acuh tak acuh menjawab soalan Salmi menjadi berminat untuk mendengar dengan lebih lanjut.
"Nakal sangatkah?,"

"kenapa? berminat nak tahu? Tanyalah empunya diri," Salmi mencubit pipi dan berlari ke bilik. Pada pandanganku bukan setakat sepupunya itu nakal, Salmi juga nakal. Takkanlah nak tanya pasal kenakalannya, mungkin dia tidak selesa. TOK TOK TOK. Bunyi ketukan pintu begitu kuat, siapa agaknya? Sebaik sahaja aku membuka pintu, Mira meluru masuk tanpa mengucapkan salam dengan wajahnya yang masam mencuka. Nak marah aku lagi kah ni?
"Assalamualaikum. Duduklah dulu,"
"tak payah ! Aku nak tanya, kau tau apa-apa pasal Doni? Berita terbaru?," Nama tu juga yang keluar dari mulutmu sahabatku.

bahaya syirik ! awas !!

kali ni nak kongsi tentang SYIRIK yang baru sahaja aku baca di iluvislam, rupanya syirik ni ada yang jelas dan ada yang tak jelas.... biar aku tunjukkan petikan-petikan yang sangat bagus untuk dikongsi bersama buat panduan dan renungan...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
perbuatan syirik ini diibaratkan seperti semut hitam yang berjalan di atas batu yang hitam pada malam yang gelap gelita. Banyak dan ramainya manusia yang melakukan perbuatan syirik tetapi mereka tidak menyedarinya.

Firman Allah swt : "dan orang-orang yang kamu seru selain Allah tiada mempunyai apa-apa meskipun setipis kulit ari. Jika kamu meminta kepadanya mereka, mereka tiada mendengar seruanmu dan kalau mereka mendengar sekalipun mereka tidak dapat memperkenankan permintaanmu" - QS.Faathir : 13-14

"syirik jali adalah syirik yang jelas. Ia melibatkan perbuatan dan perkataan yang kita boleh nampak. Manakala syirik khafi pula adalah syirik yang berlaku di dalam hati. Kita boleh lihat kesan syirik jali secara langsung, misalnya apabila dia menyembah patung atau mempercayai tangkal....."

....syirik khafi umpama virus yang menular di dalam diri, sementara syirik jali pula sebagai penyakit....

....syirik juga boleh membawa manusia menjadi lebih mundur dan ke belakang. Ini kerana katanya, jika dilihat secara logik, amalan-amalan syirik merupakan perlakuan yang tidak menggunakan akal fikiran.
menurut penerangan para Arifin Billah, antara sembahan-sembahan hati yang paling lumrah bagi manusia ialah:

Khamis, 27 Januari 2011

tinggalkan Link anda..

nak nangis jap boleh tak? huaaaaaaa.... 
huhuhu... pada yang tak tau dan sekali lah pada yang tahu.. mungkin pada blog yang aku baru ja follow kamu tak akan nampak gambar dengan nama.. Jangan tanya aku sebab aku pun bingung ni sampai sekarang..
Ada yang kata ni kecik punya hal tapi bila aku ni jenis pembingung jadi tetap juga nak bingung ni...
jadi untuk atasi masalah tu aku dah letak link kat bawah header dan diatas video tu...
jadi senang lah kiranya aku nak pergi blog korang sebab bila aku tengok senarai follower aku macam ada yang dapat nasib yang sama dengan aku ni tapi ada nama lah.. 
Jadi pada yang dah follow aku tu bolehlah ya tinggalkan link korang...
sebab yang tak ada tunjuk gambar tu aku tak tau blog korang..
maaf ya diatas kesulitan ni..
maaf juga kalau ni menyusahkan korang...

Rabu, 26 Januari 2011

kau, aku, cinta (3)

cerita cinta : kau, aku, cinta bahagian 3

"sudah-sudahlah tu Lina, kau nak fikir sampai bila? Sampai makanan kau tu berulat? Makanlah dulu, kemudian ja fikir tu," Salmi mengetuk meja untuk menyedarkan aku dari angan.
"Yalah. Oh ya, kau ada bagi nombor aku pada Johan?,"
"Ada. Kenapa? Dia ada telefon kau?," Salmi merapatkan wajahnya yang ceria apabila aku bertanyakan soal Johan.
"Dia sms ja. Kau yang gembira lebih-lebih ni kenapa?,"Aku cuba untuk tidak mengendahkan muka nakalnya itu.
"Manalah tau, bunga-bunga cinta," aku seraya mencubit pipinya.
"Jangan nak buat cerita pula, Baru ja kenal takkan dah ada bunga-bunga cinta?,"

KISAH WANITA :: 05 ;; Dia Nyawaku (Akhir)

Ini adalah episod terakhir bagi kisah wanita : dia nyawaku. rasanya macam tak ada yang minat nak baca ja, ah, lantak koranglah. Aku akan terus berkarya walau apa yang berlaku sekalipun.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Abang?,"
"ya,"
"kenapa abang sedih ja ni? Abang tak gembira jumpa kami semua?,"
"taklah. Abang ada benda nak bagitahu Kalsom. Penting sangat,"
"Apa dia?,"
"Abang pulang ni sebab...," Terlalu sukar untuk dirinya meluahkan segala.
"Sebab apa lagi kalau bukan rindukan kami?,"
"sebab abang dah ada..," Berdebar Makcik Kalsom mendengar kata-kata suaminya.
"Ada apa? Ada isteri baru? Itu yang abang nak bagitahu? Isteri baru?,"
"Tapi abang tak bermaksud nak menduakan Kalsom. Abang tak ada pilihan,"
"Apa maksud abang tak ada pilihan? Jadi untuk apa abang kembali? Nak tambah parut dihati Kalsom? Tak puas lagi abang seksa Kalsom selama ni? Sampai hati abang buat Kalsom macam ni. Abang tau macam mana susahnya Kalsom nak menyara anak-anak kita? Abang senang-lenang dengan perempuan lain?," Kemarahan Makcik kalsom tidak tertanggung lagi. Air matanya mengalir. Sakit dihatinya bukan kepalang.
"Tapi kamiu dah cerai, sebab abang ada aids," Bagaikan halilintar menyambar tubuhnya, Makcik kalsom memandang suaminya tanpa sebarang kata.

Selasa, 25 Januari 2011

kau, aku cinta (2)

cerita cinta : kau, aku, cinta bahagian 2

Kini sudah hampir seminggu Mira tidak menegurku. Aku sentiasa mencari jalan agar Mira mengeluarkan bicara namun usahaku ibarat mencurah air ke daun keladi, sia-sia. Lebih teruk lagi, Mira tidak memandangku langsung. 
Aku sekadar menegur untuk kebaikannya, namun dia hanya mengendahkan nafsunya sahaja. Aku berdiri diberanda memandang kehadapan, namun fikiranku melayang mengenangkan Mira. Tanpa aku menyedari ada tangan yang melingkari pinggangku, aku terdiam membatu terkesima diperlakukan sebegitu rupa. Aku menolak tangan itu sekuat yang aku mampu, aku lihat ianya Doni! 

"Apa kau mahu? Bersikap sebegitu kurang ajar," Dia hanya senyum sinis seolah-olah dia tidak melakukan salah.
"Kau suka? Aku suka. Sinilah," pandangan matanya menakutkan, aku melarikan diri keruang tamu namun dihalang dengan pantas.
"Kau nak lari kemana?," Belum sempat dia hendak mengucup pipiku, ketukan  dipintu berbunyi. Dia leka seketika lantas aku mengambil peluang itu berlari ke arah pintu dan membukanya dengan cepat kerana seluruh badanku kini sedang menggigil. Ketika pintu itu berjaya aku buka, Salmi dan Johan dimuka pintu senyum kepadaku namun senyuman mereka bertukar rupa kerana terlihat aku seperti ketakutan. Aku segera memeluk Salmi dan berbisik kepadanya.
"Bawa aku keluar dari rumah durjana ini,"

cinta

angan padamu ku akur,
jasad bertabur tidakkan hancur,
kau ku sisipkan ditepi,
tak inginku paling walau sekilas,
khianatmu mencuriga dan meluka,

hati mencuriga nilai,
tertiarap nyawa dilangitmu,
mana kuasa perintah,
tidak bersambungkah lidah pada suara,
sunyi tika mata memandang dunia,
hendak ditudingkan pada siapa,
mereka berpaling dari semua,
umpama Lahirnya tiada timbang,
dosa pahala ada ibarat tiada

kau , aku, cinta

cerita cinta: kau, aku, cinta

Kali ini, aku tetap dengan pendirianku, akan aku tegakkan walau dicaci sekalipun. 

"Mira, aku nak cakap sikit," aku berdiri sedang Mira duduk disofa memandangku sekilas.
"Apa dia?," Mira sibuk membelek majalah.
"pasal Doni, aku...," belum sempat aku menghabiskan ayatku, Mira sudah berdiri mencekak pinggangnya
"Aku tau, kau nak halau Doni kan? Apa salahnya dia tinggal sini? dia susahkan kau? kami bayar berapa pun yang kau nak," begitu lantang suara Mira, aku menggeleng kecil.
"Ini bukan soal susah, bukan soal duit, tapi soal halal haram,"Mira berpaling
"kamu tak boleh bersekedudukan macam ni, aku tak boleh biarkan. kau juga yang susah nanti," Mira segera berlalu tanpa menoleh sekalipun. Aku sudah menduga, dia tak akan mendengar kata. 

Hani pernah berkata kepadaku, 
"kau dah tegur, diorang tak dengar juga jadi tanggungjawab kau dah lepas'" begitu mudah mereka meletakan nilai tanggungjawabku. 
Takkan aku nak biarkan, ini bukan setakat cakap orang, tapi soal agama yang tak boleh dipandang ringan. Macam mana lagi dia tak mendengar kata kalau keluarganya pun tidak menghalang, aku hanya mampu mengeluh kecil. jam sudah menunjukkan pukul 10.00 pagi, aku harus keperpustakaan untuk berjumpa dengan        Salmi. Hendak memberitahu aku sesuatu.Sebaik sahaja aku tiba diperpustakaan, kelihatan Salmi sudah menanti kehadiranku.

"Assalamualaikum, apa khabar? Lama tunggu?," 
"Waalaikumussalam. Aku sihat. Baru juga sampai. Aku dengan sepupu, entah kemana sudah dia pergi,"
"Apa hajat kau hendak berjumpa dengan aku? Hal pentingkah?,"
"Hal kecil. Aku sebenarnya baru diperkenalkan dengan seorang lelaki oleh seorang kenalan,"
"lantas?,"
"Aku nak kahwin dengan dia,"
"Apa? Kau baru sahaja kenal, kau dah nak kahwin? Kau bergurakah ni?,"
"Aku tidak bergurau, lelaki tu akan hantar pinangan dalam waktu terdekat, aku nak kau ada sama pada waktu tu, boleh?," Niat suci takkan aku nak halang.
"Baiklah. Insyaallah aku akan berada disana. Tapi aku nak tanya, kau yakin dengan keputusan kau? Tidak terburu-uru kah?,"
"Lelaki tu adalah anak kepada kawan bapa aku, keluarga aku yang nak sangat perkahwinan kami disegerakan, takkan aku nak tolak," kalau sudah keluarga yang pilih, mana mungkin pilihan itu silap. 

Sedang asyik kami bercerita, seorang lelaki duduk bersebelahan dengan salmi. Salmi memperkenalkan lelaki itu adalah sepupunya yang bernama Johan. Kami sekadar berbalas senyuman. Salmi ketandas sebentar meninggalkan aku dan Johan sendirian. Aku merasa sangat kekok.

"Nama kamu lina?,"
"ya,"
"umur 25?,"
"ya,"
"Sudah lama kenal Salmi?,"
"ya,"
"kekok ka?,"
"ya," 
aku terkejut lantas memandangnya. Kami tersenyum kerana merasa lucu. Aku kembali menundukkan kepalaku kerana segan hendak memandang matanya. Aku semakin kekok kerana dia merenungku tanpa berkata apa-apa. Tidak senang duduk jadinya sehingga perbuatanku menjadi tak keruan.

sampai sini cerita cinta ni, akan disambung... harap anda suka.. 


Bahasa jiwa bangsa

macam skema ja bunyi nya.. hehe taklah..
sekali sekala menjunjung bahasa Malaysia diperingkat yang tinggi tak ada salahnya, kan?
aku cari 'bahasa malaysia' di enjin pencarian yahoo, aku terjumpa laman web ni...
Aku ada soalan, adakah kamu memperbaiki bahasa malaysia kamu?
kalau jawapan kamu tidak, kenapa? Sibuk? Tidak berminat? atau kamu akan kata "apa kau peduli? atau apa kau kisah? kau bagus sangatkah?
hurm... tak apalah, kamu tanyalah diri kamu sendiri nilai bahasa malaysia pada diri kamu..
Sedang saya lihat laman web itu, saya jumpa 'Lets Sing' dan antara lagunya ialah 'Jentayu'
ini antara bait lirik itu, dan lagu ini merupakan antara lagu yang aku gemari sehingga kini:
Di paruhmu kemilauan sinar
Sadness glistens on your beak

Menyepuhi sejuta rasa
Coated with a million feelings

Kemuliaan di hatimu
The nobility of your heart

Bening budi terdampar di jagat raya
Your sparkling goodness driven on the vast shore of the world

tips nak kurus???

hehe.. selamat sejahtera semua.. assalamualaikum.. sihat? bagus-bagus...
ni lah ni pasal kurus ni... da seseorang ni dan seseorang yang lain asyik sibuk nak kurus...
bagus sangatka tahan lapar semua, sampai gastrik... tup-tup masuk wad sebab kurang garam la, kurang gula la..

jadi, tak adalah gunanya 'kurus' tu.. betul tak? ya..
kenapalah nak guna cara yang sebegitu menderitakan? ni antara yang saya jumpa di internet ya.. => mymesra , info sihat , dan yang ni paling bagus sebab ni adalah petua diet Rasulullah S.A.W =>petua memang ramai fikir tak makan malam tu bagus. hah, baca petua tu.. katanya kalau tak makan malam akan dimakan usia dan kolesterol berganda...

nampak tak? kat bawah ni pula dapat dari majalah:

Isnin, 24 Januari 2011

singa menari

ya aku nampak tu singa menari.. hahah... tidaklah.. gurau kering ja.. hehe..
tarian singa bah tu.. semalam lagi aku mau post tapi blog ni macam merajuk ja dengan aku..
jadi aku sayang-sayang dulu blog ni baru lah ok..
rasanya.. hehe

aku makan-makan dengan rakan sekerja dan bos serta keluarga diorang...
makan percuma bah tu, siapa mau tolak.. tinggal ngap ja.. hahha

AKU , BEN ASHAARI dan ELEE MARDIANA - mari beramal

assalamualaikum... saya terpanggil untuk buat entri ni sebab nak sokong usaha saudari 'elee' yang menyumbangkan royaltinya untuk beramal...
SHAH ALAM: Mangsa renjatan kabel elektrik yang melecur hampir 35 peratus tubuhnya kini serba salah mahu membenarkan kedua-kedua tangannya dipotong atau membiarkannya terus kehitaman akibat dijangkiti kuman.Muhammad Hairuman Miskon, 22, pelajar kolej swasta di Kuala Selangor terkena renjatan ketika mengambil upah mengait kelapa sawit di Jalan Masjid Baru, Tanjung Karang pada 26 November tahun lalu.(petikan daripada berita harian online)

Sabtu, 22 Januari 2011

dari wanita untuk wanita

anda tahu apa2 tentang hari wanita sedunia?
jadi tugas aku adalah untuk memberitahu pada yang tak tahu dengan itu semua kita tahu. hahaha...
baiklah, aku berhenti mengarut.. kalau kamu mau tau dengan lebih lanjut layari laman web ini : http://www.internationalwomensday.com/semua yang kamu mau tau ada disana, bermula dengan bila har wanita sedunia ni di wujudkan, tema yang dipilih, negara yang mengadakan hari wanita sedunia nya , aktiviti yang boleh diikuti.
dan yang paling terbaru pada yang memang bijak pandai dalamm bahasa inggeris bolehlah turut serta dalam penulisan artikel yang bertajuk :  100 Women, 100 Artworks  => sini , dan juga 100 Women, 100 Stories => sini . kamu boleh tengoklah syarat yang diberi. jangan ikut suka ja ya. antara syaratnya adalah 'inspirasi' hehe.. jadikan cerita kamu tu sumber inspirasi kepada wanita yang lain. Pastikan kamu hantar karya kamu tu sebelum 8 Mac. Sebelum aku lupa aku ada buat page khas untuk benda ni => sini
setiap negara yang terlibat ada mengadakan aktiviti dan pada tarikh yang berlainan.. Aku pula tak sabar mau baca dan lihat hasil karya wanita lain. Paling penting karya yang kamu hantar adalah karya kamu sendiri, dan ianya tidak pernah diterbitkan atau dihantar untuk diterbit.

Jumaat, 21 Januari 2011

ITU FITNAH!!!!

FITNAH? YA, APA YANG KAMU TAU TENTANG FITNAH?
inilah manusia, hanya kerana yang bercakap tu orang yang lebih tua jadi setiap apa yang dia cakap tu betul? jadi yang aku ni cakap tak betul?
sakitnya hati.. bila kena macam ni..
aku puas dah masa sekolah dulu.. begitulah aku rajin mau pergi aktiviti kokurikulum puteri islam punya, kena larang pastu dicakap pula "anak kawan tu tidak pergi pun" jadi apa aku kisah? aku ni mau selamat, sebab kalau tak pergi kena catit markah. Bila rajin bersukan disekolah dicakap lagi "kawan tu cakap kokurikulum tak penting" 
apa kau tak penting? itu yang penting sekarang!... 
tengok tu! sikit-sikit kawan cakap, sikit-sikit orang cakap! 
diorang tu apa tuhan ka sentiasa cakap benda yang betul?
bikin panas eh..
ni lagi semalam sepupu aku difitnah.. fitnah apa? ianya terlalu peribadi, harap korang faham...
aku hanya akan percaya sesuatu perkara jika aku nampak depan mata dan orang tu sendiri yang beritahu.. kalaupun dia tipu aku yakin suatu masa Allah akan bagi tunjuk juga..
diorang tau ka dosa memfitnah tu umpama membunuh?
firman Allah:
An-Nur : 19
"Orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang keji itu tersiar dikalangan orang-orang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan akhirat. Allah mengetahuinya, sedang kamu tidak mengetahui."

Al-Baqarah : 191
"Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan"

An-Nur : 23-24Mereka yang memfitnah perempuan suci, celakalah di dunia dan akhirat; bagi mereka hukuman yang dahsyat dihari pengadilan; lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi diatas perbuatan mereka.

Al-Buruj : 10Orang yang memfitnah orang mukmim, kemudian tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar

Al-Isra'a : 36
"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta bertanggung jawabnya tentangnya."

hadis rasulullah s.a.w:
Dari Imam Ghazali
"Mengumpat itu dosanya sama dengan berzina 30 kali."

Dari R. Muslim
"Seseorang yang menutup cela seseorang yang lain didunia, akan ditutupi celanya oleh Allah pada hari kiamat."

saya ambil firman Allah dan hadis diatas dari HASHIM YAACOB 

sila lah ke blog beliau ya... jadi, hindarilah kita semua dari fitnah / mengumpat! 

Khamis, 20 Januari 2011

pengikut ke-100

akhirnya setelah sekian lama menanti pengikut saya sudah mencecah 100.. kepada semua pengikut saya saya ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua.. insyaallah saya juga nak buat 'pertandingan' tapi tidak sekarang sebagai tanda penghargaan saya.. tapi buat masa ini saya beri penghargaan saya kepada sanusi azhar 
wah, besar tu.. hehe.. kepada azhar, awak boleh letak gambar ni ditepi blog awak, dan awak boleh juga kalau tak mau letak. tak ada paksaan... terima kasih ya azhar sebab sudi ikuti blog saya yang tak seberapa ni..

mungkin kamu semua tak tahu tapi saya buat blog ni dari tahun 2008.. hehe jangan terkejut tapi memandangkan ilmu dan idea saya pada ketika itu agak terhad jadi blog ni tergendala selama setahun lebih.. dan saya pegang azam untuk memperbanyakkan idea.. hendak seribu daya tak hendak seribu dalih kan? akhirnya saya kembali ke blog ni ... saya cari, jelajah di web akhirnya dapat jadikan blog saya macam sekarang. yaa masih tidak seberapa berbanding yang lain tapi syukur .. ia atas usaha tanpa meniru mana pihak... setakat belajar cara sahaja ya... tu pun saya cuba belajar sendiri..

kepada semua pengikut saya.. saya amat menghargai pilihan kamu semua untuk mengikuti blog saya.. terima kasih...

sekian nukilan kasih sayang dari saya...

mama... Dia nyawaku...

ni baru nampak tadi.. serius ya.. baru tadi.. nasib baik masih sempat lagi... penghargaan buat ibu tersayang... contest yang begitu bermakna buat insan yang bergelar anak..  

MAMA... Nyawaku

sebelum saya bercerita pada yang nak join masih sempat lagi sila ke link ini => http://sudirman1809.blogspot.com atau terus ke sini => mama <=
baik... mama.. macam nak nangis pula, belum mula cerita lagi.. begitu banyak kisahnya tak tahu dimana hendak bermula. Mama melalui negitu banyak rintangan dan penderitaan dalam hidupnya, syukur mama seorang wanita yang amat cekal dan tabah hadapi semuanya. Segalanya bermula tika keretakan rumah tangga nenek ketika dahulu terjadi, mama bersama adik beradiknya tinggal bersama arwah datuk berpindah randah dari satu tempat ke tempat yang lain. sehingga mama terpaksa berhenti sekolah kerana desakan kewangan selama setahun. Setelah nenek mempunya suami baru, barulah mama dapat bersekolah namun kata caci hinggap seolah tak mengerti kepayahan mereka. setelah ibu berkahwin dengan baba, penderitaan itu masih mengekori seakan tak mahu melepakan mama begitu mudah. Syukur arwah datuk ketika itu menjadi penguat semangat mama tika dia hampir jatuh ke bumi. Setelah datuk telah tiada sinar harapan mama hilang selamanya. Perkahwinan mama dan baba juga hampir dilanda badai, syukur sehingga kini masih kekal. Abang sulung mempunyai penyakit yang tidak ada yang menduga ia akan muncul. kami sekeluarga terasa bahangnya, berubat disana sini. masalah kewangan janganlah dicerita, ia seperti api yang membakar setiap hari, hati ini merintih tika melihat air mata mama mengallir. Apa di hati ketika itu? " apakah aku sebegini tidak berguna? mama menderita dan aku hanya mampu melihat!" walaupun mama menangis dibelakang kami namun merah matanya dan sedih raut wajahnya sungguh jelas. 

kenapa aku sayangkan mama? kerana mama menyebelahi aku tidak kira apa kesalahanku. ketika sekolah rendah aku dihambat dengan getah (getah yang disambung menjadi permainan ) aku lari kedapur untuk emnangis mama memujuk 'jangan bawa lagi' kerana itu kali pertama aku dipukul baba. setelah aku semester 4 di polikk aku dipukul dengan tali pinggang, mama menangis kerana tidak sanggup melihat aku dipukul. kenapa aku dipukul? kerana kedegilanku untuk bercinta meskipun dilarang. hampir saja aku diberhentikan dari poli tapi mama tegas mengatakan 'aku harus tamat belajar'. mama memegang azam untuk membeli rumah kerana ingin memberikan kehidupan yang selesa untuk arwah datuk namun tidak kesampaian kerana datuk pergi sebelum sempat hajat mama tercapai. Kini azam aku adalah untuk menunaikan keinginan mama walau harus membayarnya dengan darah sekalipun. ya bunyinya agak melampau tapi itu azam aku. mama pernah berkata "mama tak pernah harap anak mama jadi kaya, hartawan atau jutawan. Cukuplah bagi mama kalau anak mama soleh dan solehah" ya, itu janji aku pada diriku! 


mama adalah insan yang paling memahami ku, aku banyak belajar darinya, nasihatnya aku pegang sentiasa, moga suatu masa aku sehebat mama.. aku tak pernah mengungkapkan kata-kata sayang pada mama, hanya mengungkapkannnya dengan tindakan.. aku harus menyatakannya suatu masa nanti.. aku lupa untuk menyatakan bahawa mama hebat kerana dengan masalah yang bertimbun dibenaknya dia masih mempu menceriakan suasana dan seolah dia sentiasa bahagia. Dia juga pekerja yang terbaik kerana telah banyak memperoleh anugerah cemerlang sehingga mendapat penganugerahan dari istana.(istana di sabah ya tapi lupa dah apa sebab mama sendiri tak peduli benda tu)

sekian.. utusan kasih sayang dari saya untuk anda semua..

new blogger in the house...

assalamualaikum... apa khabar kamu? sihatka? bah baguslah tu.. follower saya dah semakin ramai.. terima kasih kepada yang sudi follow tu.. mesti korang tertanya-tanya gambar sapa tu.. hehhe... dia ni rakan facebook saya dan dia baru lagi dalam dunia blog ni.. so apa kata korang jenguk blog dia ya? klik => sini

bagi dia sokongan seperti mana anda sokong saya dan blogger yang lain ya... seikhlasnya.. tak paksa2 ni.. saya ada entri hot nak post pas ni tp kejap lah.. mood saya belum brapa okay lagi.. karang punah entri tu.. so? apa? hah? apa dia?..
eh... gi lah blog dia.. comel loteh tu.. jangan wat tak reti.. haha.. gurau ja...

semoga anda bahagia sentiasa... sekian dari saya.. 

Rabu, 19 Januari 2011

JOM GEGAR BLOG

 segmen Ben Ashaari kali ni sangat-sangat mudah...
pada yang berminat..
join  => disini <=
jangan lambat ya.. sampai malam esok sahaja.. alright.. tu ja.. hehe kan dah gitau 'senang'...
sekian... 

support 1malaysia.com

ni adalah akaun saya di 1malaysia
ni aku baru dapat tahu tentang satu site 1malaysia.com didakwa kononnya dibina oleh dua manusia bertuah...
ni apa yang disangkal
oleh Alberto Rahman, katanya "1malaysia.com is not build by those guy like what they said on the newspaper. Is build with this system. Only need 1 hour to build it. They even use no self created theme, they just use default theme. Compete with FB? OMG."


macam mana nak join? senang dan percuma...
pergi ja ke http://1malaysia.com/
segalanya mudah dan ringkas...
tak payah nak search kawan  nama entah apa... tak faham maksud saya? mungkin lebih baik kamu tengok buktinya sendiri.. saya dah join, anda bila lagi? http://1malaysia.com/profile/elieynz/ <= ni profile aku.. aku masih baru lagi ni.. baru beberapa minit ya... lupa gtau.. disana juga ada blog... 

BERAPA JUMLAH KAMBING??

CONTEST :: BERAPA JUMLAH KAMBING

contest kali ni saya di tag oleh saudari 'bunga'
terima kasih sebab beritahu saya...

jawapan:
  1. 16 ekor
  2. 17 ekor
bagi yang berminat nak join sepayung tu boleh pergi ke : http://bulanpurnama89.blogspot.com/ atau jika hendak terus ke contest tersebut klik di sini

dengan ini saya tag:
adalah dimaklumkan bahawasanya aku ni pada ketika ini sangat mengantuk dan men-tag sesiapa saja.. hehe...

Selasa, 18 Januari 2011

Apa Di Dalam Backpack Anda??

APA DI DALAM BACKPACK ANDA??
segmen ni saya jumpa bila kebetulan ben Ashaari post di blog beliau... hehe.. jadi alkisahnya saya join ja sebab bukan susah pun... 
gambar di atas adalah gambar barang yang memang selalu saya bawa walaupun ke tempat kerja... iaitu:
handphone 
buku
buku nota kecik + pen 
dompet
cermin(faham-fahamlah ya kalau perempuan)
  1. yang tak bestnya keluarga selalu tegur "besarnya cermin"... aik? okaylah tu.. habis tu takkan besar tapak tangan ja.. payahlah nak tengok cermin.. haha.. tapi kelebihan cermin kesayanganku ini adalah macam mana pun diorang kutuk sebab besar diorang guna juga... hehe..
  2. handphone tu tak payahlah nak cerita sebab keperluan.. saya ada dua handphone sebab satu celcom satu digi.. kenapa pakai sampai dua? aik.. aku punya duit aku punya sukalah.. hahaha.. jangan marah ... bukan.. nombor celcom tu bos saya selalu hubungi dan dia pakai celcom.. kira jimat.. ok? digi tu sebab akauntan dan kawan ramai pakai ni jd guna ja..
  3. dompet? lagi mau tanya ka? untuk duittttt... ic ... kad bank...lesen memandu..
  4. buku: buku tu tak kisah apa tajuk tapi memang ke tempat kerja pun saya bawa buku cerita, bila kerja tak banyak, malas nak online, baca buku lah.. 
  5. buku nota kecik tu untuk tulis macam2 data dalam tu.. sulit pun ada juga.. wahahaha...
inilah dia barang yang memang saya bawa kemana sahaja ibarat kerumah orang kahwin pun saya bawa juga.. bunyi macam melampau ja.. hehe.. ni kes 'manalah tau kan', kadang-kadang siap dengan payung, botol air,makanan sekali... fuh.. macam budak sekolah pula..... tu belum masuk barang make-up lagi... tapi saya ikut mood juga make-up ni.. kira tak selalulah.. jadi tak masuk dalam carta.. out! out!
baiklah pada mana yang berkenan dengan segmen ni ... join disini ya => apa di dalam backpack anda?? 

nota ikhlas tahap gaban; maaf ya gambar tu buruk... hehe.. asal korang nampak dah cukup.. ta ta ti ti tu tu... 

Isnin, 17 Januari 2011

:: Aku ini wanita ::

'''aku ini wanita'''


ni kali pertama aku ikut segmen Ben Ashaari ni... memandangkan segmennya adalah berkenaan "aku ini wanita" pada 'wanita' yang berminat nak join, tekan ja ni => http://www.benashaari.com/2011/01/segmen-aku-ini-wanita.html ....

aku bukan ibu, bukan isteri dan ketika ini bukan teman wanita sesiapa.. 
aku pernah bercinta, pernah menyintai dan dicintai...
pernah mengecewakan dan dikecewakan... dari yang bernama lelaki...
aku tak salahkan lelaki 100%.. aku pun keras kepala juga... haha
tapi luahan hati ni lebih kepada penyesalan lah sikit-sikit... 
kenapa? sebab bila aku dah putuskan untuk berubah.. bekas teman lelaki ni tak faham.. dia kata dia faham, tapi nak tu nak ni.. lembap ka apa lelaki tu aku tak taulah.. 
beza umur kami 13 tahun... hehe.. tapi dia nampak awet muda.. 
aku fikir bila da berusia macam tu, aku anggap dia matang... 
aku anggap dia boleh memahami kehendak aku yang tak mahu tunduk kepada nafsu...
tapi aku silap.. rupanya itulah yang dia pandang pada aku.. nafsu semata..
semakin lama dia semakin jauh sebab aku asyik tolak ja..
padan dengan muka dia.. apa ingat aku ni tester ka? nak cuba ja.. wah... marah nampak!.. memanglah... alkisahnya putus ja lah.. setahun jugalah aku membujang sehingga kini lah..
tapi aku gembira lepaskan dia.. macam beban kalah-kalah gunung kinabalu ni rasanya manusia bertuah tu.. tapi syukurlah.. aku menang... menang apa? faham-fahamlah..
sekarang aku tak kisah dengan yang namanya cinta.. tipulah kalau aku tak cemburu..
tapi daripada dosa bertimbun, pahala setakat tu ja buat apa...
kenapa ya? mana-mana lelaki yang baru kenal mesti nak ajak tengok wayang? bila aku kata nak bawa mak sekali, terkejut pula... salahkah aku nak jalan dengan kau bawa mak?
ada dalam undang2 malaysia yang larang?... dalam kitab, hadis, ada?
nampak sangat lah nak berdua ja.. nak buat maksiat lah tu.. mengada-ngada.. jadi baik tak payah jumpa.. aku tak nak 'berdua' sahaja.. kata konon tempat terbuka.. ya pokok persoalannya 'BERDUA' faham tak bahasa malaysia ni? nak guna bahasa apa supaya faham? buku lima?... macam mana tak bosan dengan lelaki.. aku wanita yang ada 99 nafsu boleh kawal tapi korang yang cuma ada satu nafsu ja payah betul nak kawal.. tak fikir ka? 
aku tahu.. ada yang baik.. tapi berpunya dah.. kalau ada pun.. aku dah tak nak fikir cinta sekarang.. kawan ja lah.. ada jodoh.. masuk ja meminang.. mak aku kata 'ya'.. hah.. jadilah.. macam tu ja.. kalau sebelum dah habis buku kehidupan aku yang kau tau.. dah habis belek dah perangai baik buruk aku, bila dah kahwin tak ada lah misterinya lagi.. sebab dah tau semua.. jadi... biarlah rahsia.. haha ...sekian coretanku.. 

Dia bukan milikmu...

lihatlah dunia terbentang luas... indah bukan?
kenapa perlu meraung, menangis sampai teresak-esak hanya kerana lelaki? kamu tak rasa menyesal ka? Dia hargai ka tangisan kamu yang macam nnak penuh satu baldi tu? Aku? ya, aku rasa sangat menyesal. Sebab apabila berkahirnya satu hubunga, hubungan yang lebih baik pasti muncul.. berdoa dan biarkan ia datang...

tapi tetap juga nak nangiskan?... penat kadang-kadang asyik nangis ja... bukan apa, sampai bila nak nangis?..
Dia bukan milikmu! Dia milik Allah.. kalau Allah tak jodohkan kau dengan dia maknanya ada yang jauh lebih baik lagi menanti... mungkin kini berada dihadapan mata...
bukankah nikmat Allah itu luas.. nikmati hidup sebaiknya dengan syarat tidak lupa pada ajaran islam larangan dan suruhan.. 

kalau dia dah pergi.. tarik nafas dalam-dalam.. pandang kehadapan... senyum.. susah ke senyum? tak payah bayar apa pun... keluarga masih ada, kawan ada... yang pastinya Allah sentiasa ada untuk mendengar keluhan kamu.. Dia akan mendengar tanpa jemu.. jadi kamu pun janganlah jemu untuk mengadu padanya.. Dia sahaja yang berkuasa memberi dan mengambilnya kembali.. Nikmati ujian dan dugaan itu dengan penuh syukur bahawa kita masih dipilih untuk diuji... mengajar untuk kita bersabar dan bersyukur.. reda dengan apa yang berlaku... ada wangian dan bunga yang menanti di masa hadapan.. 
Dia tidak akan memungkiri janji-Nya.. kita hidup bukan untuk hari ini sahaja tapi untuk masa hadapan.. 

AKU GIVE UP!!

jangan salah anggap.. bukan putus asa pasal hidup.. tapi pasal cinta..
yalah, bila dah pernah kecewa ni.. rasa macam penat nak terus cari...
takut jumpa yang lebih kurang spesis kurang ajar...
tak buang masa ka namanya?
taklah.. aku bukan sempurna juga.. tapi...
bila diri tak dihargai apa lagi maruah diri tak dihormati...
masih perlukah hubungan tu? tak menyakitkan hati ka?
apa lagi kalau buka tv, berita semua 'cerrraaaiiii' lagi.. 
Dari Maqil bin Yasar r.a berkata: "seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginya," (hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)
tetiba keluar hadis.. untuk renungan bersama ja..
kali-kali jumpa lelaki yang ajak buat maksiat..
jadi tu yg malas nak mencari..
penat weh..
ya, ada yang baik, soleh semua ni tapi..
kebanyakan dah berpunya tak lama lagi nak kahwin.. atau dah kahwin pun..
jadi, cari lagi... ada kawan nasihat cinta yang datang sendiri tu lebih baik..
ya.. cinta kilat tu.. tiba-tiba ja menyambar...
tapi ada satu lelaki ni.. dia biasa tapi dalam antara yang aku kenal.. 
hati aku akan berbalik memikirkan dia..
aku tak cari yang sempurna atau baik sangat melampau...
tak... aku cari yang hati aku berkenan.. kira...
dia berjaya menambat hati ... seolah ada sesuatu yang istimewa..
dia sabar, sanggup tunggu, tak mau cari lain lagi, 
sanggup buat apa saja untuk aku, .... apa lagi yang aku nak?
entah kenapa hati berkata 'tunggu lagi... beri masa pada aku untuk menerima dia...'
aku tak nak terburu-buru...
biar la ini pencarian yang terakhir..
lau kena cari juga lagi..
terima ja lah takdirnya... mungkin ada yang lebih baik... 
tapi... cinta? belum hadir untuk mana-mana lelaki pun..
sukar untuk cinta bertandang...

PUISI :: indah laku


kini aku dititian
persimpangan antara pilihan
bukan bersambut kehendak
bukan menepis ganjaran
cuma kusutkan ilham
pada jasa dihambat
pada janji dileka
hampir jatuh dalam lautan
berombak bergelora berbadai
taufan berpusing dihayat
takdir semalam umpama sumpahan
ya, aku lena
ya, aku lupa
ya, aku hindarinya
apa ada ruang lagi?
bila laungan syahdu memikat
alirannya deras merintih
tika lafaz memuji
aku terpukul sendiri
benar, aku sedar
kini, aku berdiri
tiada lagi penantian bosan
akan ditutup kehendak
biar bersambut laungan
moga disana ada hamparan
buat jiwa yang hina
kosong dan berdarah.

sehari bersama mama

assalamualaikum.. fuh, dah tengah malam nak pagi dah baru nak buat entri.. tak apa, tak ada yang marah.. 
hari ni tak ada yang istimewa tapi saja nak kongsi apa yang aku buat hari ni.. mula-mula bangun, pastu... kah kah kah.. melampau tu..
taklah.. mula-mula gi 1borneo, masuk ja terus pergi Mcdonald walaupun pada asalnya nak makan donut di big apple tapi masuk Mcd, apa kejadah? haha.. makan burger, twister fries.. maaf tak sempat gambar sebab ada minah ni asyik tengok aku ja.. entahlah sama ada aku perasan sendiri ja tapi biarlah tu.. lupakan.. sebab lapar jadi tak fikir nak gambar ni.. lepas makan, bawa adik pergi tempat permainan tingkat 2.. 
ni lah dia muka bertuah... haha.. aku bergambar ni pun bukan sebab apa sebab bosan ja.. tak ada mood nak main-main permainan tu..nak tengok ja.. luculah budak-budak ni kalau diperhatikan gelagat dorang.. pendekkan cerita kami hantar adik balik sebab kami nak tengok wayang khurafat tu.. tapi makan tengah hari dulu lepas beli tiket sebab jam 1pm dan 2pm sudah penuh.. jadi terpaksa la tengok jam 4.20pm.. dimana? centre point ja.. 

mula-mula masuk restoran tu, betul-betul bikin panas lah, dahlah sempit lagu entah apa... sekali dia pasang lagu ST12.. fuh, makanan tak sedap mana pun jadi sedap.. yang kat atas tu nasi ayam ya.. tak payahlah bagitahu restoran mana... bukan setakat direstoran tu ja sempit... centrepoint tu memang sesak.. masuk panggung tak sangka penuh.., biasanya kalau cerita melayu dikk ni, jarang penuh.. tapi ni penuh.. yalah dah jam1 & 2 penuh.. tak hairanlah kan?... tahniah kepada Syamsul Yusuf.. dia pandai putar belit cerita tu.. ingatkan yang tu jahat.. rupanya... jeng... jeng... jeng... tak nak cerita.. kah kah kah.. gi tengok ja.. 
gambar kat atas ni diambil masa memandu keluar dari 1b tempat letak kereta bahagian C (atas)... entah kenapa aku ambil gambar masa memandu.. hahah.. tapi ok gak.. hidup lagi.. hehe... sekian.. tapi yang malasnya aku tak juga dapat makan donut.. tak pa.. tunggu.. heheh...

APA ITU KITAR SEMULA?

ASSALAMUALAIKUM..
hehe.. terima kasih kepada Gedung Rasa sebab beritahu tentang pertandingan ni di Shoutbox saya.. sebelum saya mulakan entri ni, pada sesiapa yang berminat untuk turut serta dalam pertandingan ni sila klik sini => http://gedungrasa.blogspot.com/2011/01/pertandingan-apa-itu-kitar-semula.html

apa itu kitar semula? Saya pernah diberitahu tentang kitar semula ni masa disekolah menengah. Biru untuk ni, coklat untuk ni.. setakat tu saja lah. Tak pernah lah dididik untuk kitar semula, biasalah manusia nak senang ja, buang semua sekali dalam satu bakul, biasa la tu. Dalam kawasan perumahan ni pun tak ada langsung tong kitar semula tu. 

kebaikan dari mengitar semula ni banyak cuma orang tak ambil kisah. Boleh buat duit pun antara kebaikannya. Surat khabar ada orang guna untuk bungkus nasi lemak, tin boleh guna untuk isi barang kecik macam syiling tapi guna botol lebih elok lebih selamat. Tin-tin tu boleh jual, kotak pun boleh jual, surat khabar pun.. hehe.. macam mata duitan pula..

kebersihan terjaga kalau kitar semula ni diamalkan, taklah air bertakung macam sengaja nak pelihara aedes ja. Saya paling banyak kitar semula ni kotak dan kertas la.. macam ada ketagihan ke arah kertas, pantang ada sah kumpul. pertama kertas tu boleh guna balik kalau kat pejabat tu boleh dijadikan penanda, kotak kecik untuk isi pin kertas macam-macam saiz ada. botol macam biasalah isi duit syiling, apa-apa yang kecik, batu berwarna, kertas yang buat bentuk bintang pun boleh dijadikan koleksi al-kisahnya jadi perhiasan. 

saya pernah ternampak dalam satu rancangan yang mana orang tu buat barang dari barang terpakai, senang cakap dia ubah suai jadi lebih menarik. Sekali lagi 'boleh buat duit'.. hehe.. kira macam kitar semula lah juga..

apa-apa kesedaran macam kitar semula ni kena beri pendedahan pada kanak-kanak, sebab dia boleh la bising-bising dekat ibu bapa dia pasal kitar semula ni, boleh ajak sekali. komuniti perlu diberi pendedahan tentang kitar semula. mungkin kena buat pertandingan pasal kitar semula la juga agaknya baru orang ramai mula ambil tindakan ni, yalah nak dapat hadiah percuma kan? buat pertandingan tu dua kali setahun jadi kurang-kurang diorang buat kitar semula ni dua kali setahun daripada tak ada langsungkan?

sebenarnya kalau nak kitar semula buka setakat pada 3 bahan tu ja, kain pun boleh kitar semula macam kat kampung nenek, ada bantal yang da nipis sangat macam tak rasa pakai bantal dia gabung semua bantal yang nipis tu dia masukkan dalam sarung bantal peluk.. hehe.. mantap bantal tu, berat.. kan namanya kitar semula? bekas tempurung daripada bertakung boleh jadikan mangkuk, bekas barang-barang(hias bagi cantik), kalau rajin tempurung tu boleh jadi tempat permainan congkak, jadi alat muzik pun boleh. gayung atau baldi kecik boleh jadi pasu bunga. tayar boleh jadi perhiasan.. atau bagi yang ada kolam ikan jadi tempat ikan main-main.. hehe

senang cakap dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Tak tahu bukan alasan yang boleh diterima, sekarang kan barang apa-apa pun mahal, nak jimat duit kitar semula adalah cara yang bijak. Macam yang saya taip awal tadi ' orang tak ambil kisah '... nak jalan mudah ja.. sama-sama kita renungkan dan selamat beramal.. hahaha.. iklan kejap.. 


baiklah, setakat itu sahaja saya membebel dientri ni... kalau berminat tekan di link kat atas ya...

Sabtu, 15 Januari 2011

CABUTAN BERTUAH SEMPENA PEMBUKAAN BLOG


sedang asyik jalan-jalan kat blog.. hehe.. jumpa la satu entri pasal ni cabutan bertuah.. yang wat aku semangat nak join sebab aku antara pencinta coklat.. HIDUP COKLAT! HIDUP COKLAT!.. ok.. lau minat joinlah... => klik sini

Puisi :: Salut Sutera

tinta itu berwarna merah,
nadanya sinis,
tajam umpama pisau,
apakah pernah dia terluka,
hati itu lebam kesakitan,
jauh dari pandangan,
senyum indah menjadi perisai,
bagai pelakon hebat,
lagaknya tersimpan,
dia terus berlayar,
bahtera ceritanya,
yang belum ada penutup,
kisah silam pahit,
umpama hempedu,
rapi dikalung,
menanti pecah,
tika jarum kehidupan,
menyucuk menjemput,
lafaz bersambut.

KISAH WANITA :: 04 ;; Dia Nyawaku

hasil lukisanku sendiri... hehe
          Ana terfikir sendiri apa agaknya yang telah ayah lakukan sehingga kakaknya seakan benci terhadap ayah mereka. 'Apakah kerana ayahnya menghilang selama 5 tahun?' Kata hatinya begitu ingin berjumpa dengan ayahnya. Ketika ini Ana berjalan kaki balik ke rumah dari sekolah kerana ada aktiviti sukan seperti biasa bersama rakan sekelas. Setibanya dirumah kelihatan Kak Ayu duduk di tangga dengan wajah yang sugul. Ana menghampirinya dan bertanyakan kenapa dia kelihatan muram.
         "Ayah balik!,"begitu ringkas jawapan yang Ayu berikan. Ana berlari menaiki tangga untuk menemui ayah mereka. Akan tetapi ruang tamu kosong! Ana hairan, mana ibu dan ayah? Farid juga tidak ada. Dia bergegas kebilik ibunya, disebalik pintu dia dapat melihat ibunya duduk dihujung katil memandang ke lantai manakala ayahnya berdiri menghala ke tingkap. Keadaan ini tidak seperti yang dia bayangkan. Tiada hilai tawa mahupun kemesraan.
         Khabar bahawa suami Makcik Kalsom pulang setelah menyepi selama 5 tahun menjadi bualan orang kampung. Perkara ini sampai ke pengetahuan Makcik Melor. Tanpa berfikir panjang dia menuju ke rumah Makcik Kalsom untuk mengetahui cerita sebenar.
        "Ya, semalam dia pulang,"balas Makcik Kalsom.
        "Kau tak nampak macam gembira pun! Ada kau tanya ke mana dia pergi selama 5 tahun tu? Ada bini lainkah?," soal Makcik Melor bertalu-talu. Makcik Kalsom tetap memandang kelangit mengharap panas sampai ke petang.
        "Napa kau masih dengan dia? Kau boleh minta cerai sebab dia tak jalankan tanggungjawabnya sebagai suami dan ayah. Sanggup dia biar kau sendiri harungi kesusahan selama ini! laki apa macam tu?," semakin tinggi suara Makcik Melor kerana telah lama menyimpan rasa geramnya.
       "Dia tetap suami aku. Aku masih cintakan dia. Aku masih perlukan dia. Kau nak aku terus susah? Aku tak kisah tapi anak-anak aku? Bukankah dia sinar harapan kami? Aku......... rindu dia," Makcik Kalsom memandang Makcik Melor tepat ke anak matanya mengharap jirannya itu memahami keadaannya. 
      "Dia masih cintakan kau? Dia masih perlukan kau?,"soal Makcik Melor lagi.
       "Kalau tak, dia tak pulang,kan?,"Makcik Kalsom membalas pertanyaan Melor dengan pantas.
      "Habis tu, kenapa kau masih tak gembira? Bukan sepatutnya dialah berita gembira yang kau nantikan selama ni?,"Makcik Kalsom tidak menjawab pertanyaan itu. Dia biarkan persoalan itu sepi tanpa jawapan. Dia tidak sanggup untuk menyetakannya. Masih teringat lagi perbualan mereka suami isteri semalam.
      "berapa lama kali ni abang balik? Abang akan pergi lagi?,"
      "Tak,abang akan kekal disini,"
      "Abang pergi mana selama ni? Kalsom rindukan abang,"
      "Maafkan abang,"
      "Hutang dikedai Ah Wong bertambah banyak,"
      "Maafkan abang,"
      "Kenapa asyik minta maaf ja'?,"
       "Sebab abang berdosa dengan kamu semua," Makcik kalsom seraya memeluk suami yang tercinta. Namun begitu, wajah suaminya menggambarkan 100 sesalan. Seakan ada cerita disebalik kepulangannya yang dia rahsiakan.