Dia istimewa

dia tidak punya rupa yang memikat,
tidak berkata manis ibarat pujangga,
tidak berjanji setia,
dia sekadar senyum ramah,
berbaik tingkah dan layanan mesra,
sudah cukup memikat hati,
kini seperti tiada galang ganti,
hati cuba untuk merubah angin,
kerana hatinya sudah dimiliki,
aku akur dengan ketentuan dari-Nya,
kita hanya sahabat baik,
aku buang semua harapan,
tapi kenapa?....
hingga kini dia kekal di hati,
punya sudut yang istimewa,
perkenalan yang sekelip waktu cuma,
mampu mengikat hatiku padanya,
aku doakan kebahagiaanmu,
walau siapa pun pasanganmu,
moga dia yang terbaik buatmu,
kerana sayang dan cintaku,
aku lepaskan kau pergi,
kau tetap sahabat sejati,
moga disuatu masa nanti,
akan ada yang istimewa bertakhta dihati,
padamu ya Allah aku serahkan segalanya...

Ulasan