Mengenai Saya

Foto saya

Hanya seorang wanita yang biasa, dengan kerja yang biasa, belum ada bakat yang luar biasa dengan minat yang biasa. Jadi, biasa-biasakanlah diri menjenguk blog biasa ini.
sila-silalah 'suka' dengan blog facebook saya: https://www.facebook.com/elieynzBlog
sebahagian daripada wsb mania community (we are sabahan blogger mania) http://wearesabahanbloggermania.blogspot.com/
jemputlah ke laman twitter saya:https://twitter.com/elieynzlin
harap anda-anda tak sesat dalam blog saya, silalah datang lagi ya. Jangan lupa komen yang membina.

Jumaat, 7 Januari 2011

KISAH WANITA :: 02 :: DIA NYAWAKU

NI SAMBUNGAN HARI TU...

      "Aku mengganggu kau, Kalsom?," Makcik Melor memegang bahu Makcik Kalsom dan seraya duduk disisinya sambil mengipas-ngipas mukanya yang kepanasan & keletihan. 
     "Tidaklah, aku cuma termenung. Kau dari mana? Lawa aku tengok," Makcik Kalsom menghulurkan sebiji kuih apam kepada Makcik Melor dan diterimanya.
    "Aku dari pekan, laki aku bawa jalan-jalan,"Makcik Melor makan sedikit kuih apam itu. Makcik Kalsom mengeluh didalam hati kerana mengenang dirinya yang ketiadaan suami hampir 5 tahun. Sunyi begitu menghambat jiwanya pada ketika itu.
    "Aku tengok kau sejak akhir-akhir ni asyik menangis, bersedih, termenung. Kau fikirkan apa?," Makcik Melor menegur Makcik Kalsom yang dilihatnya termenung lagi. Dia juga simpati dengan keadaan jirannya itu. Sering juga dia menghulurkan bantuan tetapi ditolak oleh Makcik Kalsom kerana sudah terlalu banyak terhutang budi.
    "Aku fikirkan nasib anak-anak aku, entah bagaimana nanti..."
    "Si Ayu dah nak habis spm, kau risaukan apa? Aku yakin dia mampu membantu kau nanti. Kau kena kuatkan semangat," Makcik Kalsom hanya dapat memberikan senyuman dengan hati yang berat dia terpaksa mengakui kata-kata jirannya. Namun seboleh-bolehnya dia mahu Ayu sambung belajar hingga ke peringkat universiti. Dia sangat berharap agar nasib anaknya tidak semalang dirinya. Mereka berdua meninggalkan pondok usang itu yang terletak dihadapan rumah makcik Kalsom menuju kerumah masing-masing kerana perlu menyiapkan makanan buat keluarga tercinta. Saki baki kuih yang tidak habis dijual diletakkan ditengah-tengah meja makan. Kelihatan Ayu dan Ana sudah pun berada di dapur memasak untuk makan malam.Si bungsu Farid entah ke mana, berkemungkinan merayau disekitar kampung mencari tin-tin kosong untuk dijual seperti hari-hari yang sebelumnya. Memandangkan anak daranya sudah sibuk di dapur, dapatlah dia berehat untuk seketika. Tapi dia tidak mahu berehat lama kerana tidak sanggup membiarkan Ayu menyibukkan dirinya di dapur, dia lebih mahu anaknya itu menyibukkan diri menelaah pelajaran kerana kini sedang menghadapi peperiksaan spm.
      "Ayu, sudahlah. Pergilah belajar, mak dan Ana boleh buat semua ni. Dah pergilah," Ibunya memegang bahunya dengan lembut. Ayu sekadar mengangguk, mencuci tangan dan beredar ke bilik. Setelah mereka sekeluarga selesai makan malam, Makcik Kalsom sambung menyiapkan jahitannya. Tanpa disedari jam sudah menunjukkan pukul 11.00pm, dia melihat lampu di bilik Ayu masih lagi bernyala, dia bangun perlahan-lahan dan berjalan menuju ke bilik Ayu. Dia ketuk pintu dengan perlahan, menyelak pintu kerana tiada sahutan balas diterima. Ayu nampaknya tertidur di atas meja.
ini mama kucing tido atas pahaku... hehe

2 ulasan:

n0n0i♥a'n'l berkata...

Tiba-tiba plak ada mama kucing tido atas paha.. ingatkan itulah si Ayu.. EKEKEKE

elieynz berkata...

taklah... hehehe... kucing tu sama macam ayu... tertidor... hahaha