KISAH WANITA :: 04 ;; Dia Nyawaku

hasil lukisanku sendiri... hehe
          Ana terfikir sendiri apa agaknya yang telah ayah lakukan sehingga kakaknya seakan benci terhadap ayah mereka. 'Apakah kerana ayahnya menghilang selama 5 tahun?' Kata hatinya begitu ingin berjumpa dengan ayahnya. Ketika ini Ana berjalan kaki balik ke rumah dari sekolah kerana ada aktiviti sukan seperti biasa bersama rakan sekelas. Setibanya dirumah kelihatan Kak Ayu duduk di tangga dengan wajah yang sugul. Ana menghampirinya dan bertanyakan kenapa dia kelihatan muram.
         "Ayah balik!,"begitu ringkas jawapan yang Ayu berikan. Ana berlari menaiki tangga untuk menemui ayah mereka. Akan tetapi ruang tamu kosong! Ana hairan, mana ibu dan ayah? Farid juga tidak ada. Dia bergegas kebilik ibunya, disebalik pintu dia dapat melihat ibunya duduk dihujung katil memandang ke lantai manakala ayahnya berdiri menghala ke tingkap. Keadaan ini tidak seperti yang dia bayangkan. Tiada hilai tawa mahupun kemesraan.
         Khabar bahawa suami Makcik Kalsom pulang setelah menyepi selama 5 tahun menjadi bualan orang kampung. Perkara ini sampai ke pengetahuan Makcik Melor. Tanpa berfikir panjang dia menuju ke rumah Makcik Kalsom untuk mengetahui cerita sebenar.
        "Ya, semalam dia pulang,"balas Makcik Kalsom.
        "Kau tak nampak macam gembira pun! Ada kau tanya ke mana dia pergi selama 5 tahun tu? Ada bini lainkah?," soal Makcik Melor bertalu-talu. Makcik Kalsom tetap memandang kelangit mengharap panas sampai ke petang.
        "Napa kau masih dengan dia? Kau boleh minta cerai sebab dia tak jalankan tanggungjawabnya sebagai suami dan ayah. Sanggup dia biar kau sendiri harungi kesusahan selama ini! laki apa macam tu?," semakin tinggi suara Makcik Melor kerana telah lama menyimpan rasa geramnya.
       "Dia tetap suami aku. Aku masih cintakan dia. Aku masih perlukan dia. Kau nak aku terus susah? Aku tak kisah tapi anak-anak aku? Bukankah dia sinar harapan kami? Aku......... rindu dia," Makcik Kalsom memandang Makcik Melor tepat ke anak matanya mengharap jirannya itu memahami keadaannya. 
      "Dia masih cintakan kau? Dia masih perlukan kau?,"soal Makcik Melor lagi.
       "Kalau tak, dia tak pulang,kan?,"Makcik Kalsom membalas pertanyaan Melor dengan pantas.
      "Habis tu, kenapa kau masih tak gembira? Bukan sepatutnya dialah berita gembira yang kau nantikan selama ni?,"Makcik Kalsom tidak menjawab pertanyaan itu. Dia biarkan persoalan itu sepi tanpa jawapan. Dia tidak sanggup untuk menyetakannya. Masih teringat lagi perbualan mereka suami isteri semalam.
      "berapa lama kali ni abang balik? Abang akan pergi lagi?,"
      "Tak,abang akan kekal disini,"
      "Abang pergi mana selama ni? Kalsom rindukan abang,"
      "Maafkan abang,"
      "Hutang dikedai Ah Wong bertambah banyak,"
      "Maafkan abang,"
      "Kenapa asyik minta maaf ja'?,"
       "Sebab abang berdosa dengan kamu semua," Makcik kalsom seraya memeluk suami yang tercinta. Namun begitu, wajah suaminya menggambarkan 100 sesalan. Seakan ada cerita disebalik kepulangannya yang dia rahsiakan.

Ulasan