entah.. tak faham..

assalamualaikum... 
lama betul aku tak update blog. blogger semakin bertambah, semakin baik isi persembahan diorang. aku tetap juga macam ni.. maaflah ya. macam menyemak ja blog ni.. huhu.. sedihnya..

aku tak kemana, masih juga di bumi Sabah ni. saja nak menikmati hidup selama masih bernafas ni. chewah, bunyi serius ja. 

yalah, aku akuilah, aku rindu blog ni.. tambah kiutkan? edeh, perasannya. 

aku tiada idea ni sebenarnya nak post apa. main taip ja ni. aku bukan jenis manusia yang ilmu luas, aku tak rajin sangat nak baca surat khabar atau rajin cari cerita untuk dikongsi. seperti biasalah, blog aku ni isi dia sembarangan ja. entah apa-apa ja aku rasa. 

keluar pula muzik video 2PM.. kenalkan? kalau tak kenal, pergi ja lah cari di internet siapa mereka tu. hehe.. malas nak cari gambar diorang. 
sedang asyik tengok ni, aku terfikir tentang sesuatu. 
FESYEN!

cuba korang fikir dan perhati betul-betul.
kenapa bila artis korea bergaya dengan entah apa jenis kain, baju, seluar dan kain tapi nampak menarik dan menjadi ikutan. tapi kenapa bila orang 'kita' pakai seperti diorang, adakala nampak pelik. macam tak kena. apa bezanya? diorang makan nasi juga kan? walaupun nasi diorang macam lain sikit. apa yang membezakan kita dan mereka? itu belum sentuh soal muzik video yang sangatlah menarik perhatian. alunan melodi cuma sebahagian tarikan. 



bila dilihat pada usaha mereka bermula dari pelatih di mana-mana syarikat hiburan masing-masing, sehinggalah bergelar artis. mereka memberikan 100% tenaga dan usaha. bila teringat anak melayu kita ni, dengan adabnya entah kemana, boleh pulak duduk baik punya di jalan raya depan rumah macam tak ada rumah ja. 

aik? jadinya macam merungut pula. taklah, dah lama nak luah tu. 

berbalik pada soal 'usaha' tadi. bila difikirkan balik, aku tak pernah berusaha 100% untuk capai apa-apa pun dalam hidup ni. biasanya usaha yang aku bagi hanya separuh jalan, ibarat kata orang hangat-hangat taik ayam ja. mula-mula nak buat tu, semangat memang setinggi gunung. kalau ada ja yang ganggu, atau menyebabkan terpaksa menunda usaha tu, habislah... tak dibuat teruslah jawabnya atau asal siap ja.

malu nak mengaku kelemahan diri, begitulah sikap sesetangah orang dewasa agaknya. merasa diri sentiasa betul, sehingga lupa kita ni cuma manusia biasa. sesempurna macam mana pun seseorang tu, kenalah terima hakikat bahawa diri punya kekurangan.. 
eh, macam lari topik, tapi macam menyindir diri sendiri pula. entahlah, aku pun tak faham entri ni.. merepek dah..

dahlah, malas nak menaip, esok2 lagi aku mengarut., macam biasalah.. selamat sejahtera semua.. 

Ulasan

eyida berkata…
lamanya aku tak buka blog ni...
elieynz berkata…
eyida: hehe.. nasib baik tak berhabuk blog ni jadinya..