kau , aku, cinta

cerita cinta: kau, aku, cinta

Kali ini, aku tetap dengan pendirianku, akan aku tegakkan walau dicaci sekalipun. 

"Mira, aku nak cakap sikit," aku berdiri sedang Mira duduk disofa memandangku sekilas.
"Apa dia?," Mira sibuk membelek majalah.
"pasal Doni, aku...," belum sempat aku menghabiskan ayatku, Mira sudah berdiri mencekak pinggangnya
"Aku tau, kau nak halau Doni kan? Apa salahnya dia tinggal sini? dia susahkan kau? kami bayar berapa pun yang kau nak," begitu lantang suara Mira, aku menggeleng kecil.
"Ini bukan soal susah, bukan soal duit, tapi soal halal haram,"Mira berpaling
"kamu tak boleh bersekedudukan macam ni, aku tak boleh biarkan. kau juga yang susah nanti," Mira segera berlalu tanpa menoleh sekalipun. Aku sudah menduga, dia tak akan mendengar kata. 

Hani pernah berkata kepadaku, 
"kau dah tegur, diorang tak dengar juga jadi tanggungjawab kau dah lepas'" begitu mudah mereka meletakan nilai tanggungjawabku. 
Takkan aku nak biarkan, ini bukan setakat cakap orang, tapi soal agama yang tak boleh dipandang ringan. Macam mana lagi dia tak mendengar kata kalau keluarganya pun tidak menghalang, aku hanya mampu mengeluh kecil. jam sudah menunjukkan pukul 10.00 pagi, aku harus keperpustakaan untuk berjumpa dengan        Salmi. Hendak memberitahu aku sesuatu.Sebaik sahaja aku tiba diperpustakaan, kelihatan Salmi sudah menanti kehadiranku.

"Assalamualaikum, apa khabar? Lama tunggu?," 
"Waalaikumussalam. Aku sihat. Baru juga sampai. Aku dengan sepupu, entah kemana sudah dia pergi,"
"Apa hajat kau hendak berjumpa dengan aku? Hal pentingkah?,"
"Hal kecil. Aku sebenarnya baru diperkenalkan dengan seorang lelaki oleh seorang kenalan,"
"lantas?,"
"Aku nak kahwin dengan dia,"
"Apa? Kau baru sahaja kenal, kau dah nak kahwin? Kau bergurakah ni?,"
"Aku tidak bergurau, lelaki tu akan hantar pinangan dalam waktu terdekat, aku nak kau ada sama pada waktu tu, boleh?," Niat suci takkan aku nak halang.
"Baiklah. Insyaallah aku akan berada disana. Tapi aku nak tanya, kau yakin dengan keputusan kau? Tidak terburu-uru kah?,"
"Lelaki tu adalah anak kepada kawan bapa aku, keluarga aku yang nak sangat perkahwinan kami disegerakan, takkan aku nak tolak," kalau sudah keluarga yang pilih, mana mungkin pilihan itu silap. 

Sedang asyik kami bercerita, seorang lelaki duduk bersebelahan dengan salmi. Salmi memperkenalkan lelaki itu adalah sepupunya yang bernama Johan. Kami sekadar berbalas senyuman. Salmi ketandas sebentar meninggalkan aku dan Johan sendirian. Aku merasa sangat kekok.

"Nama kamu lina?,"
"ya,"
"umur 25?,"
"ya,"
"Sudah lama kenal Salmi?,"
"ya,"
"kekok ka?,"
"ya," 
aku terkejut lantas memandangnya. Kami tersenyum kerana merasa lucu. Aku kembali menundukkan kepalaku kerana segan hendak memandang matanya. Aku semakin kekok kerana dia merenungku tanpa berkata apa-apa. Tidak senang duduk jadinya sehingga perbuatanku menjadi tak keruan.

sampai sini cerita cinta ni, akan disambung... harap anda suka.. 


Ulasan

kindergartenlibrary berkata…
wah ..boleh buat cerpen or novel ..:)
elieynz berkata…
NELLY: hehe.. dah lama disimpan, sebelum berkarat, eloklah dikeluarkan.. hehe
Encik MamaT berkata…
menarik... pandai awak karang....

boleh buatkan perenggan... hehe.. bg nampak selang sikit.. supaya tak bosan.. apa2 pun memang best...
elieynz berkata…
encik mamat: terima kasih sebab bagi cadangan tu. sekarang juga saya ubah..
~mY LiFe~ berkata…
terbaek.......... cpat la wat smbungnya... besh la cite ni... :)
elieynz berkata…
tak sangka sampai begitu sekali.. ya.. saya akan sambung.. hehe tunggu ja..
Tanpa Nama berkata…
wokay,ada cerita di balik cerita..ada unsur2 nasihat..cuma perbaiki lg la jalan ceritanya,ada sedikit kekeliruan dan tidak mesra pada ceritanya..
elieynz berkata…
tanpa nama: terima kasih ya sebab beri pendapat.. saya akan perbaiki lagi dari masa ke masa