APA ITU KITAR SEMULA?

ASSALAMUALAIKUM..
hehe.. terima kasih kepada Gedung Rasa sebab beritahu tentang pertandingan ni di Shoutbox saya.. sebelum saya mulakan entri ni, pada sesiapa yang berminat untuk turut serta dalam pertandingan ni sila klik sini => http://gedungrasa.blogspot.com/2011/01/pertandingan-apa-itu-kitar-semula.html

apa itu kitar semula? Saya pernah diberitahu tentang kitar semula ni masa disekolah menengah. Biru untuk ni, coklat untuk ni.. setakat tu saja lah. Tak pernah lah dididik untuk kitar semula, biasalah manusia nak senang ja, buang semua sekali dalam satu bakul, biasa la tu. Dalam kawasan perumahan ni pun tak ada langsung tong kitar semula tu. 

kebaikan dari mengitar semula ni banyak cuma orang tak ambil kisah. Boleh buat duit pun antara kebaikannya. Surat khabar ada orang guna untuk bungkus nasi lemak, tin boleh guna untuk isi barang kecik macam syiling tapi guna botol lebih elok lebih selamat. Tin-tin tu boleh jual, kotak pun boleh jual, surat khabar pun.. hehe.. macam mata duitan pula..

kebersihan terjaga kalau kitar semula ni diamalkan, taklah air bertakung macam sengaja nak pelihara aedes ja. Saya paling banyak kitar semula ni kotak dan kertas la.. macam ada ketagihan ke arah kertas, pantang ada sah kumpul. pertama kertas tu boleh guna balik kalau kat pejabat tu boleh dijadikan penanda, kotak kecik untuk isi pin kertas macam-macam saiz ada. botol macam biasalah isi duit syiling, apa-apa yang kecik, batu berwarna, kertas yang buat bentuk bintang pun boleh dijadikan koleksi al-kisahnya jadi perhiasan. 

saya pernah ternampak dalam satu rancangan yang mana orang tu buat barang dari barang terpakai, senang cakap dia ubah suai jadi lebih menarik. Sekali lagi 'boleh buat duit'.. hehe.. kira macam kitar semula lah juga..

apa-apa kesedaran macam kitar semula ni kena beri pendedahan pada kanak-kanak, sebab dia boleh la bising-bising dekat ibu bapa dia pasal kitar semula ni, boleh ajak sekali. komuniti perlu diberi pendedahan tentang kitar semula. mungkin kena buat pertandingan pasal kitar semula la juga agaknya baru orang ramai mula ambil tindakan ni, yalah nak dapat hadiah percuma kan? buat pertandingan tu dua kali setahun jadi kurang-kurang diorang buat kitar semula ni dua kali setahun daripada tak ada langsungkan?

sebenarnya kalau nak kitar semula buka setakat pada 3 bahan tu ja, kain pun boleh kitar semula macam kat kampung nenek, ada bantal yang da nipis sangat macam tak rasa pakai bantal dia gabung semua bantal yang nipis tu dia masukkan dalam sarung bantal peluk.. hehe.. mantap bantal tu, berat.. kan namanya kitar semula? bekas tempurung daripada bertakung boleh jadikan mangkuk, bekas barang-barang(hias bagi cantik), kalau rajin tempurung tu boleh jadi tempat permainan congkak, jadi alat muzik pun boleh. gayung atau baldi kecik boleh jadi pasu bunga. tayar boleh jadi perhiasan.. atau bagi yang ada kolam ikan jadi tempat ikan main-main.. hehe

senang cakap dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Tak tahu bukan alasan yang boleh diterima, sekarang kan barang apa-apa pun mahal, nak jimat duit kitar semula adalah cara yang bijak. Macam yang saya taip awal tadi ' orang tak ambil kisah '... nak jalan mudah ja.. sama-sama kita renungkan dan selamat beramal.. hahaha.. iklan kejap.. 


baiklah, setakat itu sahaja saya membebel dientri ni... kalau berminat tekan di link kat atas ya...

Ulasan

Unknown berkata…
Kitar Semula ialah 4R: Rethink, Reduce, Reuse, dan Recycle

Setuju dengan apa yang Elieynz tulis tu.. Tu lah masalah utama Kitar Semula.. ^^,
elieynz berkata…
mama jnj: makaceh... sama2 kasih.. heheh

samizul: thanks sebab komen... ya.. betul... hehe
GR berkata…
terima kasih turut serta. nantikan apa-apa kemaskini daripada saya. semoga berjaya :)