:: Aku ini wanita ::

'''aku ini wanita'''


ni kali pertama aku ikut segmen Ben Ashaari ni... memandangkan segmennya adalah berkenaan "aku ini wanita" pada 'wanita' yang berminat nak join, tekan ja ni => http://www.benashaari.com/2011/01/segmen-aku-ini-wanita.html ....

aku bukan ibu, bukan isteri dan ketika ini bukan teman wanita sesiapa.. 
aku pernah bercinta, pernah menyintai dan dicintai...
pernah mengecewakan dan dikecewakan... dari yang bernama lelaki...
aku tak salahkan lelaki 100%.. aku pun keras kepala juga... haha
tapi luahan hati ni lebih kepada penyesalan lah sikit-sikit... 
kenapa? sebab bila aku dah putuskan untuk berubah.. bekas teman lelaki ni tak faham.. dia kata dia faham, tapi nak tu nak ni.. lembap ka apa lelaki tu aku tak taulah.. 
beza umur kami 13 tahun... hehe.. tapi dia nampak awet muda.. 
aku fikir bila da berusia macam tu, aku anggap dia matang... 
aku anggap dia boleh memahami kehendak aku yang tak mahu tunduk kepada nafsu...
tapi aku silap.. rupanya itulah yang dia pandang pada aku.. nafsu semata..
semakin lama dia semakin jauh sebab aku asyik tolak ja..
padan dengan muka dia.. apa ingat aku ni tester ka? nak cuba ja.. wah... marah nampak!.. memanglah... alkisahnya putus ja lah.. setahun jugalah aku membujang sehingga kini lah..
tapi aku gembira lepaskan dia.. macam beban kalah-kalah gunung kinabalu ni rasanya manusia bertuah tu.. tapi syukurlah.. aku menang... menang apa? faham-fahamlah..
sekarang aku tak kisah dengan yang namanya cinta.. tipulah kalau aku tak cemburu..
tapi daripada dosa bertimbun, pahala setakat tu ja buat apa...
kenapa ya? mana-mana lelaki yang baru kenal mesti nak ajak tengok wayang? bila aku kata nak bawa mak sekali, terkejut pula... salahkah aku nak jalan dengan kau bawa mak?
ada dalam undang2 malaysia yang larang?... dalam kitab, hadis, ada?
nampak sangat lah nak berdua ja.. nak buat maksiat lah tu.. mengada-ngada.. jadi baik tak payah jumpa.. aku tak nak 'berdua' sahaja.. kata konon tempat terbuka.. ya pokok persoalannya 'BERDUA' faham tak bahasa malaysia ni? nak guna bahasa apa supaya faham? buku lima?... macam mana tak bosan dengan lelaki.. aku wanita yang ada 99 nafsu boleh kawal tapi korang yang cuma ada satu nafsu ja payah betul nak kawal.. tak fikir ka? 
aku tahu.. ada yang baik.. tapi berpunya dah.. kalau ada pun.. aku dah tak nak fikir cinta sekarang.. kawan ja lah.. ada jodoh.. masuk ja meminang.. mak aku kata 'ya'.. hah.. jadilah.. macam tu ja.. kalau sebelum dah habis buku kehidupan aku yang kau tau.. dah habis belek dah perangai baik buruk aku, bila dah kahwin tak ada lah misterinya lagi.. sebab dah tau semua.. jadi... biarlah rahsia.. haha ...sekian coretanku.. 

Ulasan

||aLeaSaRa|| berkata…
go..go..girls!best n3 suka!
elieynz berkata…
aleasara: terima kasih ya...
FaKArePa!n berkata…
terjebak kat sini dari segmen ben ashaari... heeh
Lulu Caldina berkata…
makan angin sini...ngee..
ni cite psl GK dah naik ke? (gunung kinabalu)
elieynz berkata…
haha.. belum lagi naik itu gunung kinabalu.. hah..
Unknown berkata…
salam, singgah baca kisah dari segmen Ben Ashaari...
elieynz berkata…
hehe,... singgah ja...