RM0.00 untuk kos kebahagian...

Berminat ka dengan tawaran RM0.00 untuk kebahagiaan. Siapalah di muka bumi ni yang tak suka dengan barang percuma. Pasti ramai yang berebut sampai berbaris panjang kerana 'percuma'. Tapi kenapa agaknya masih ramai yang sukar untuk mendapatkan barang percuma ini? Kenapa ya lebih suka mengerutkan dahi daripada senyum? Senyuman ini baik dari segi kesihatan dan juga agama.. malah mampu mengeratkan pelbagai kaum. Dengan hanya sebuah senyuman anda juga seolah berkata-kata dan menyampaikan kebahgiaan. Mengapa dibiar berkumpul beribu masalah dalam kepala sampai kerut di muka menjadi kekal.. senyuman boleh membuatkan seseorang awet muda.

Mulakanlah hari anda dengan senyuman, maka hari anda akan bermula dengan ceria. Semua manusia punya masalah, itu adalah kenyataan hidup. Namun, anda tak mungkin mampu memikirkan jalan penyelesaian dalam keadaan buntu, marah atau mungkin dalam fikiran anda kusut. Senyumlah, moga fikiran anda beransur tenang. Apabila anda tenang, insyaallah anda akan berfikiran rasional dan tidak membuat keputusan terburu-buru yang anda akan sesalkan di kemudian hari. Bukankah manis sekiranya anda senyum. Keindahan seseorang bukan pada paras rupa tapi pada hati dan budi. Kecantikan dan kekayaan tak akan kekal. Janganlah biarkan kehidupan duniawi menguasai keseluruhan kehidupan anda.

Ulasan

seyra . berkata…
hye. do visit mine (:
Unknown berkata…
senyum selalu... :)
elieynz berkata…
selalu-selalulah menjenguk blog saya ya... :)