Mengenai Saya

Foto saya

Hanya seorang wanita yang biasa, dengan kerja yang biasa, belum ada bakat yang luar biasa dengan minat yang biasa. Jadi, biasa-biasakanlah diri menjenguk blog biasa ini.
sila-silalah 'suka' dengan blog facebook saya: https://www.facebook.com/elieynzBlog
sebahagian daripada wsb mania community (we are sabahan blogger mania) http://wearesabahanbloggermania.blogspot.com/
jemputlah ke laman twitter saya:https://twitter.com/elieynzlin
harap anda-anda tak sesat dalam blog saya, silalah datang lagi ya. Jangan lupa komen yang membina.

Ahad, 12 Disember 2010

Berbaloikah Pengorbanan kerana CINTA??

Apakah benar cinta itu buta? Kalau benar, salah cintakah membutakan mata dan hati sehingga yang hitam kelihatan putih, yang sumbang kedengaran merdu, yang jelik menjadi cantik malah yang busuk menjadi wangi. Namun, apabila cinta itu di duakan dan di nodai kecurangan, segalanya menjadi jelas dan nyata bahawa seolah selama ini ia hanya penipuan semata. Tiada lagi kesetiaan, kesefahaman kerana yang tinggal hanya kelukaan yang terlalu dalam hingga bertahun-tahun parutnya masih berdarah lagi.
Ada yang sanggup menamatkan riwayat sendiri atau mungkin riwayat orang lain hanya kerana cinta. Tidak lupa yang juga sanggup merosakkan diri kerana cinta. Cinta yang kekal abadi dan sejati hanya untuk Allah s.w.t kerana sesungguhnya cinta-Nya setia, cinta-Nya menenangkan jiwa, cinta-Nya tidak memungkiri. Maka benarlah cinta itu buta kerana mata dan hati tidak mampu untuk melihat dan menilai cinta yang sebenar. Bukanlah manusia namanya jika tidak melakukan kesilapan.
Cinta yang sebenar hanya dinilai di hati, buktikan dengan kesetiaan. Badan bukan nilai cinta tapi badan adalah kurniaan daripada Allah yang harus dijaga dan dipelihara. Tidak salah menegakkan maruah diri, andai telah tercalar, jangan biar ia dicalar lagi. Belum terlambat untuk bertaubat, balik kepangkal jalan. Semua manusia melakukan salah. Sama-samalah kita melihat diri sudahkah di basuh kekotoran di hati? Jangan biar ia membusuk selagi ruang kebenaran masih terbuka.

2 ulasan:

Shaheila Malek berkata...

KAlau nak korban sebab cinta Allah xper ;)

elie di tag: http://xtrayaku.blogspot.com/2010/12/segmen-jom-berkenalan.html

elieynz berkata...

shaheila saya dah follow awak.. terima kasih di atas ulasan / komen anda.