membaca...

buku apa yang anda suka baca? komik? novel? majalah? atau mungkin surat khabar... berapa kali dalam sehari anda membaca sebarang jenis bahan bacan? berapa buah buku habis dalam sehari?...
rasanya saya banyak mengutarakan soalan... takpalah... bagaimana agaknya hendak membuat kanak-kanak membaca buku selain dari komik? adik saya hanya baca buku komik... buku pelajaran tak disentuh langsung... katanya dia suka melihat gambar... nampaknya kenalah beli buku yang banyak gambar... bermain permainan komputer? adik saya yang berusia 8 tahun sudah mahir bermain permainan komputer... jadinya, kegiatan bersukan atau aktiviti yang melibatkan fizikal ini tidak diendahkan... aik, lari topik pula...
sewaktu disekolah dahulu ada aktiviti membaca, bila mana pelajar disuruh membaca sebarang jenis buku dan menulis sinopsis didalam buku yang disediakan, dan pelajar yang membaca buku paling banyak akan diberikan saguhati...
adakah sekolah yang lain mempraktikkan kaedah yang sama? saya rasa kaedah ini sangat baik kerana manusia sekarang sukakan hadiah apalagi barangan percuma... pasti berebut... tapi adakah pelajar kini sanggup membaca puluhan buku untuk hadiah? persoalan lagi...

tengoklah betapa kusyuknya adik saya ni membaca komik... sambil menunggu bas untuk kesekolah agama tu...

Ulasan

Roy_mustang berkata…
baca komik sin chan lagi hahaha...
elieynz berkata…
biasalah tu.. kegemarannya tu..