aiskrim? nyum nyum...



assalamualaikum.. balik dari makan tengah hari di RUMAH tadi, sampai tempat kerja terus ternampak anak bos yang masih sekolah rendah membantu pekerja.. haha..


bagus-bagus.. kecik lagi sudah rajin. Ngamlah, kalau pekerja kurang nanti, bolehlah dicukupkan. hehe apa aku merepek ni.. entah kenapa macam gembira dua macam ja aku, jadi aku belilah aiskrim sempena kegembiraan nda bertempat ni.. mula-mula aku cari aiskrim Walls frutti orange. 
sumber gambar dari article.wn.com
kamu pernah makan? kegemaranku itu.. mau setahun sudah aku tak makan sebab selama setahun ni lah aku cari aiskrim tu tak pandai jumpa. sedihnya rasa di hati macam mau nyanyi lagu P.Ramlee ja ni "apalah nasib diriku yang malang, oh Tuhan".. adess..

oleh kerana fokus utama disini adalah aiskrim jadi mana boleh nda makan. Mencarilah ni dengan perasaan hampa bertambah hampa bila diperhatikan jenama walls langsung tiada. amboi! ini melampau. mambawa hati yang lara, dibeli ja la aiskrim Mag A cone perisa Coklat. 
sumber gambar dari new.fndairies.com

sebenarnya dari kelmarin(semalam) aku teringin mau makan aiskrim. Cerita ni lagi sandi. Dengan lenggang kangkung aku berjalan menuju ke tempat Kak hajrah (pekerja) mau beli yang dalam cawan tu. sekali tengok, asyik dia bercerita. Aku nda la mau menunjukkan sikap kurang ajar, jadi aku tunggu lah. Tapi memandangkan aku ni paling nda suka kalau terpaksa menunggu. Boleh pula dia bercerita asyik betul, kecik sangatkah aku ni sampai dia nda perasan. Nda jauh ya aku berdiri. Dekat ja. 5 langkah ja tu.

Oleh kerana masa aku ni berharga sangat (chewah, tembarang pula), aku jalan ja. Malas mau tunggu. tapi aku tidaklah sampai berdendam gara-gara aiskrim. Gila tu! kakak tu baik dengan aku, dia nda sengaja lah tu. jadi kesimpulannya entri kali ni setakat buang masa ja.. hehe (mana sudah masa berharga kunun tu?)

Ulasan

eyida berkata…
saya pun terasa mau makan aiskrim juga ni..tapi mau cari geng dulu mau p makan aiskrim..huhu..baru best..
elieynz berkata…
haha.. teruskan ja makan.. bagus tu untuk menceriakan hari.. hehe