kau , aku, cinta (penamat)

 cerita cinta :: kau, aku, cinta bahagian 6 (penamat)

''kenangan bersimpul mati''

Aku masih lagi teringat tika aku dan mira leka bermain sehingga senja kerana mira begitu keras hati ingin belajar berdandan. Habis barang dandanan ibunya di bawa ke pondok permainan kami. Mengamuk ibunya kerana barang dandanannya hilang semuanya, kerana takut dimarahi Mira mereka cerita dan apabila ibunya bertanya padaku, aku mengiyakan sahaja. Tidakku sangka bermula dari itu Mira sering mereka cerita bagi mengelak dari dimarahi. Sehingga kami dewasa aku sering menutup kesalahannya.



Aku bersalah dalam hal itu, dia patut dimarahi agar dia sedar akan kesalahannya. Namun syukur kerana Allah masih memberinya peluang untuk berubah. Setelah aku dan Johan menjumpai Mira dalam keadaan parah berdarah, kami bergegas ke hospital dalam keadaan badanku menggigil takut kehilangan sahabatku. Mujur Johan menenangkanku, kalau tak pasti sahaja aku pitam kerana begitu tertekan dengan ibu Mira yang memarahiku kerana membiarkan Mira sehingga parah sebegitu.

Hanya Allah sahaja yang tau betapa tekanan itu seumpama sebuah bangunan menghempap jantungku. Ibu Mira melarang aku dari menjenguk anaknya sebaik sahaja pembedahan selesai. Seharian Mira tidak sedarkan diri, aku hanya dapat menunggu dikedai berhampiran. Sebaik sahaja Johan memberitahuku bahawa Mira sudah sedarkan diri dan ingin berjumpa denganku, aku segera menemuinya dengan harapan ibunya tidak memarahiku lagi. Menurut Mira, dia telah menerangkan hal yang sebenarnya kepada ibunya agar tidak menyalahkan aku. 

Aku menemankan Mira sehingga pulih. Johan memberi penerangan kepada pihak polis berkenaan serangan terhadap Mira, moga Doni dihumban ke lokap secepat yang mungkin. Sikapnya itu tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Walaupun Mira lega dia sudah lepas dari genggaman Doni, dia sering termenung. Katanya, macam mana sekalipun dia tetap rindukan Doni. Dia masih mengharap agar Doni berubah. Mira tak mahu berehat lama di hospital. Setelah keluar dari hospital dia ingin tinggal dengan ibunya untuk sementara waktu. Mudah-mudahan Mira juga akan berubah jadi lebih baik dan tak mengulangi kesilapanya.

Aku dan Johan? Sepanjang Mira berada di hospital, Johan datang menjenguk kami hampir setiap hari. Setelah Mira berehat dirumahnya, Johan sering mengajakku untuk menjenguk Mira dirumahnya. Aku mengajak Salmi sekali bagi mengeruhkan keadaan diantara mereka berdua. Rina pula tak putus-putus menanyakan hal diantara aku dan Johan. Aku jadi bingung sendiri. Apa tidaknya, empunya diri (Johan) tak cakap apa-apa pun tentang hubungan kami. Takkan aku yang terkinja-kinja nak mengaku hubungan yang tak ada. 

Seperti faham akan kebingunanku, barangkali Salmi bertanyakan hal yang sama kepada Johan tentang soalan Rina tempoh hari, Johan duduk disebelahku ketika aku di ruang tamu rumah Mira dan seperti sukar hendak membuka bicara, dia berdehem berulang kali.
"kenapa? Sakit tekak ka?''Soalku kerana merasa kurang selesa mendengar Johan berdehem terus-terusan.
"t..tt.. taklah,"balas Johan sambil memandang ke lantai. Gagap pula mamat ni jadinya. Aku tersenyum melihatnya yang seperti tidak keruan.
"kalau ada nak cakap, katakanlah. Saya sedia mendengar. Tapi kalau tak sedia, lain kali pun boleh''
"Tak! Saya kena cakap sekarang atau..."Johan berdiri dan memandang tepat kemataku.
"atau?"
"Atau saya kehilangan awak. Saya tahu awak pun faham maksud saya. Saya bukan nak lamar terus atau apa.. cuma nak awak bagi saya peluang untuk menghuni hati awak. Benarkan saya jadi buah hati awak, atau.."
degupan jantungku semakin kuat setelah mendengar buah bicaranya. Malu ada, segan ada, gembira pun ada juga.
"okay," aku membalas kata-katanya dengan hanya satu perkataan tanpa menoleh kearahnya.
"okay? jadi okaylah ni?,"
"ehem" kedengaran suara Mira berdehem kami berdua berpaling dan terlihat MIra tersenyum memandangku. Dah agak dah, mesti curi dengar ni. 
"bahagia nampak," Mira mengusikku sambil melihat kearah Johan. Aku mencubit paha Mira kerana malu dengan telatah Mira. 

Aku tidak menjanjikan bahagia, kiranya hanya mampu setia.
aku tidak menjanjikan pelangi, kiranya hanya mampu memandangnya bersamamu...

kisah ini tamat disini, maaf jika ada bahasa mahupun perkataan yang kurang menyenangkan. maaf kerana terlalu lambat menyudahkan cerita ini. Aku masih baru dalam penulisan, harap faham jika cerita ini kurang dimengertikan. Aku akan terus berkarya lagi, dan ingin mencuba cerpen pula, doakan aku berjaya ya! 

Ulasan

yaya3 berkata…
cerita cinta ni.. hihi.. tapi kata2 yg last tu cantik... xjnji bahagia kiranya hnya mmpu setia.. :)
elieynz berkata…
yaya3 : kata2 dari hati tu
yaya3 berkata…
ya ka.. hihihi... jiwa penulis la katakan hihi