kau, aku, cinta (5)

 cerita cinta :: kau, aku, cinta bahagian 5

"apa yang aku patut buat sekarang? Takkan aku nak terus-terusan tak endahkan Mira? Walau apa yang dia buat sekalipun, dia sahabat aku. Tapi,...," aku duduk membatu dihadapan longgokan stok.
"aku tak nak jadi batu api tapi sudah berulang kali dia tak dengar nasihat kau!  Sudah berulang kali kau beri dia peluang! Sudah berulang kali juga kau maafkan dia dan kau buat seolah-olah benda tu tak berlaku. Sampai bila kau nak buat macam tu? Aku tau kau sayang Mira macam ahli keluarga kau sendiri tapi dia macam tak belajar apa-apa dari kesilapan dia. Bagi dia masa untuk fikirkan kesalahan dia, kalau dia tak mau berubah juga aku tak tau apa nak cakap lagi. Kau ikut ja lah kata hati kau," Aku mengangguk tanpa bersuara. Benar kata-kata Rina, sepupu ku ini sentiasa tahu apa yang hendak diperkatakan. 
 perutku berbunyi! urgh, dari
pagi sampailah ketengah hari ni aku tak jamah apa-apa pun. Sarapan tadi tak sempat nak makan, aku dah mengamuk. Aku menekan perut yang berbunyi lagi. Tapi aku tak ada selera nak makan.
"Lina!!!," terdengar suara Johan memanggilku. Aik? Macam mana dia tahu kedai aku ni? Aku tak pernah beritahu pun. Hurm.. mesti kerja si Salmi lah ni... Aku segera keluar dari stor dan menuju keruang depan kedai. Pekerja yang lain tersenyum sinis. Amboi!! nak mengejek lah tu. Melihat wajah Johan, hati ku sedikit riang.
"Salmi telefon aku tadi, katanya kamu mengamuk, betulkah?," Johan berkata sambil matanya liar memandang sekeliling.
"tadi ja, sekarang tak. macam mana kamu tau saya ada disini, Salmi yang beritahu?," Johan mengangguk sambil membelek buku-buku yang ada.
"saya tak sangka pula kedai yang selalu saya kunjung ni empunya si cantik manis. Tapi kenapa saya tak pernh nampak?," 

"Dia suka betul duduk dalam stor tu lama-lama. Dia lebih suka periksa stok-stok yang ada berbanding di depan ni," Rina menjawab pertanyaan Johan tanpa sempat aku mengeluarkan bicara. 
"Aku biasa di depan kedai bila waktu petang itu pun sekejap sahaja. Sebab nak ikut pemandu hantar barang-barang pesanan," Aku membalas sedikit dan kembali menatap senarai stok.
"kalau macam tu, boleh saya bawa Lina makan tengah hari? Rina boleh ikut sama," Johan mengambil senarai stok dari tanganku dan memberikan kepada pekerja yang ada. Rina mengangguk tanda setuju. Kami bergerak menuju ke kedai makan yang berhampiran. Sebaik sahaja kami selesai memesan makanan, Mira menelefonku buat kali yang ke-10 pada hari ini. Aku hanya mampu menatap telefon itu tanpa menjawab panggilannya.

"Lina nak mendiamkan diri dari dia sampai bila? Biasalah manusia melakukan kesalahan, yang penting dia sedar akan kesalahan dia. kalau dia belum sedar juga, Lina jangan putus asa. Insyaallah, hidayah Allah akan sampai padanya," Johan menunjukan jarinya kearah telefon yang aku genggam kemas. Aku mengangguk dan mendail nombor Mira dengan tangan yang menggeletar. Entah apa yang membuatkan aku sebegini gementar. Aku buntu hendak mengatakan apa kepada Mira, nak teriak? nak maki hamun? atau buat macam biasa.
"Hello, Lina. Kau telefon juga aku akhirnya," kedengaran suara Mira ditelefon dalam pada aku sibuk melayan anganku.
"ya, kalau ikutkan aku tak nak telefon kau. Tapi aku tak boleh buat tak tau ja. Aku bingung sebenarnya dengan perangai kau yang tak sudah-sudah buat masalah," Lancar sahaja kata-kata itu keluar dari bibirku.
"Aku tau, aku manusia yang lemah. Aku malu sebenarnya nak telefon kau tapi aku rasa bersalah,"
"Semua manusia itu lemah, Mira. Manusia itu sendiri yang harus kuatkan dirinya sendiri. Aku sentiasa maafkan kau tapi aku sukar nak terima perbuatan kau kali ni," kelopak mataku bergenang kini.
"Maafkan aku sahabat. Kalau kau nak tau, aku balik kerumah cuma nak bagi kata putus pada Doni. Atau lebih tepat aku minta putus. Dia mengamuk, lebam pipi aku ditumbuknya. Tapi, syukur dia sudah keluar dari rumah ni. Aku harap kau kembali ke rumah ni,"Mira segera tutup panggilan sebaik sahaja selesai dia menghabiskan kata-katanya namun aku sempat mendengar tangisannya. 

"Aku juga rasa bersalah,"aku berkata di dalam hati. Aku tahan tangisku sekuat yang mungkin. Tak mahu pamerkan dihadapan Johan. Johan dan Rina berdiam diri, mungkin tak mahu mengganggu emosiku. Kami makan dengan senyap, tiada suara dari sesiapa pun. Sebaik sahaja kami selesai makan, Johan menghantar kami ke kedai. 
"Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya, Lina tahu apa yang harus dilakukan?,"Johan bertanya dengan memandang aku tepat keanak mata.
"Ya, aku memaafkan Mira, aku akan pulang kerumahku, dan aku harap dia sedar akan kesalahannya. Aku tak akan berputus asa, aku hamba-Nya yang tak punya kuasa untuk menghakimi makhluknya,"aku senyum memandang Johan.
"Keputusan yang tepat, kalau dia buat kesalahan lagi, jangan bosan untuk menegur. Suatu masa dia akan sedar, yakin ja. Saya balik dulu, pulang nanti saya jemput Lina dan Rina ya? Assalamualaikum," Aku menghantar Johan dengan pandangan mata.
"Rasanya, dia bakal sepupu ipar aku lah ni," Rina terus masuk kedalam kedai. Aku terpinga mendengar katanya. Aku mengambil senarai stok yang sudah diberikan kepada pekerja sebentar tadi dan kembali ke stor. Tanpa aku sedari Rina mengekoriku dari belakang dan mengejutkan aku dengan berkata:
"kau tak menyesal dengan keputusan kau?," aku mengurut dadaku sedikit.
"Insyaallah, tak. Aku akan bertanggungjawab diatas keputusan aku, semua manusia berhak diberi peluang. Sedang pintu taubat itu sentiasa terbuka,"
"Baiklah, aku terima keputusan kau. Kau pun tau aku sentiasa juga ada untuk kau, ya?," Rina berlalu keluar dari stor. Aku menarik nafas dalam-dalam, melepaskannya seolah-olah melepaskan bebanan dibenak.

Setibanya waktu kedai ditutup, Johan sudah sedia menunggu didalam kereta. Sebelum menghantar Rina pulang, kami singgah dirumah Salmi terlebih dahulu untuk mengambil barang-barangku. Apabila Salmi tahu keseluruhan cerita mengenai kepulanganku, dia bising dan memarahiku. Puas aku memujuknya sehinggalah Johan mengeluarkan bicara.
"Habis tu, kau nak Lina ni buat apa? Tunggu sampai si Mira tu buat benda-benda yang bodoh baru dia nak maafkan? Kita ni pun manusia biasa, pernah juga buat kesalahan. Kau tu pun termasuk juga, tak ada yang sempurna. Cubalah faham. Takut-takut nanti si Doni tu balik lagi, macam mana Mira nak selamatkan diri dia kalau dia sendirian?," Salmi terdiam seketika. tanpa berkata apa, dia masuk ke dalam bilik. Johan mengangkat beg dan mengarah aku agar masuk kedalam kereta, katanya Salmi perlu masa juga untuk berfikir. Aku mengangguk. Aku berdoa moga Salmi akan mengerti. 

Johan menghantar Rina pulang sebelum menghantar aku kerumahku. Mujur lif berfungsi, tidaklah payah hendak membawa begku itu. Aku membuka pintu dengan debaran yang kencang. Entah kenapa hatiku sedikit resah. Sebaik aku membuka pintu, rumahku kelihatan bersepah. Aku masuk perlahan-lahan, khuatir sekiranya sesuatu buruk sudah berlaku kepada Mira. Aku terlihat setompok darah diruang tamu, aku segera ke bilik Mira. Terbaring tubuh Mira diatas lantai dengan darah yang masih mengalir. Aku menghampirinya, mujur dia masih bernafas. Aku meminta agar Johan mengangkat Mira. Kami segera kehospital yang berdekatan. Tanganku terketar-ketar mendail nombor. 

 sekian cerita cinta kali ini.. debarannya akan disusuli kemudian.. harap terhibur..

Ulasan

Roy_mustang berkata…
nice cite ni tapi lambat update cuba cepatkan update mesti ok punya hehe