KISAH WANITA :: 05 ;; Dia Nyawaku (Akhir)

Ini adalah episod terakhir bagi kisah wanita : dia nyawaku. rasanya macam tak ada yang minat nak baca ja, ah, lantak koranglah. Aku akan terus berkarya walau apa yang berlaku sekalipun.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Abang?,"
"ya,"
"kenapa abang sedih ja ni? Abang tak gembira jumpa kami semua?,"
"taklah. Abang ada benda nak bagitahu Kalsom. Penting sangat,"
"Apa dia?,"
"Abang pulang ni sebab...," Terlalu sukar untuk dirinya meluahkan segala.
"Sebab apa lagi kalau bukan rindukan kami?,"
"sebab abang dah ada..," Berdebar Makcik Kalsom mendengar kata-kata suaminya.
"Ada apa? Ada isteri baru? Itu yang abang nak bagitahu? Isteri baru?,"
"Tapi abang tak bermaksud nak menduakan Kalsom. Abang tak ada pilihan,"
"Apa maksud abang tak ada pilihan? Jadi untuk apa abang kembali? Nak tambah parut dihati Kalsom? Tak puas lagi abang seksa Kalsom selama ni? Sampai hati abang buat Kalsom macam ni. Abang tau macam mana susahnya Kalsom nak menyara anak-anak kita? Abang senang-lenang dengan perempuan lain?," Kemarahan Makcik kalsom tidak tertanggung lagi. Air matanya mengalir. Sakit dihatinya bukan kepalang.
"Tapi kamiu dah cerai, sebab abang ada aids," Bagaikan halilintar menyambar tubuhnya, Makcik kalsom memandang suaminya tanpa sebarang kata.


Makcik Kalsom tidak tahu hendak diluahkan atau disimpan sahaja kelukaannya itu. Mereka suami isteri tidak berkata apa-apa sehingga pagi. Fikiran Makcik kalsom sangat kusut ketika ini. Dia kembali kebiliknya dan dia melihat suaminya sedang mengemas pakaian. Makcik kalsom hanya berdiri kaku. Tidak tahu harus menghalang atau tidak.

"Perlukah abang pergi?,"
"Abang hanya akan menyusahkan Kalsom dan anak-anak. Abang sangat berdosa. Abang tak salahkan Kalsom kalau tak terima abang semula. Abang faham," pertama kali seumur hidupnya melihat suaminya menangis.
'Apakah aku bodoh kerana lemah dengan tangisan itu? Begitu rendahkah nilai cintaku selama ini? Dengan begitu mudah aku melepaskan dia pergi? Apalah ertinya perkahwinan kami, apabila dia ditimpa musibah lalu aku berpaling dan tidak menghulurkan  tangan? Siapakah yang berdosa sebenarnya? Dia suami aku. Biarlah apa orang lain hendak kata. Buruk baiknya aku terima. Susah senang hadapi bersama. Inilah namanya pengorbanan. Aku redha dengan ujianmu ya Allah,' Tiba-tiba kata hati Makcik Kalsom menggerakkan tubuhnya menghampiri suaminya. Dia genggam erat tangan suaminya, dikucup dan dikesat air mata yang mengalir dipipi cinta hatinya itu. Dia hadiahkan sebuah senyuman tanda kekuatan cinta dan semangatnya.

"Kita harungi bersama. Kalsom terima abang dalam keadaan apa sekalipun. Maafkan Kalsomkerana tinggikan suara semalam,"Hanya dengan kata-kata itu suaminya memeluk dengan erat. Betapa dia menyesal akan perbuatannya. Isterinya adalah permata yang sangat bernilai, begitu lama baru dia menyedari hakikat itu.

Bukankah Allah menjanjikan ganjaran buat hambanya yang taat dan sabar? Setiap penderitaan itu, pasti ada kebahagiaan disebalik. Yakinlah, Allah tidak akan memungkiri janjinya. Pelangi pasti akan hadir, tidak perlu ditangisi duka.

Ulasan

Isya Ismail berkata…
nice story beb hehehehehe
elieynz berkata…
isya: terima kasih sahabat.. hehe.. kau ja mungkin yang baca tu.. hehe