Kisah Wanita :: 03 :: dia nyawaku ::

Saya tak ingat gambar ni ambil dimana...
       Makcik Kalsom memanggil nama Ayu dengan lembut, Ayu bergerak sedikit dan menoleh mencari suara yang memanggil namanya, Ayu ternampak ibunya berada di muka pintu sambil senyum kepadanya.
     "Ayu tertidur, mak. Napa mak tak tidur lagi?,"soal Ayu sambil menggosokkan matanya. Makcik Kalsom mendekati Ayu dan mengusap lembut rambut anak kesayangannya itu seraya berkata:
    "mak masih ada kerja nsk buat. Tapi mak nak Ayu tidur sekarang, sambung esok.Lusa baru ada ujiankan? Ayu perlu berehat,"Ayu tidak membantah pesanan ibunya,dia lantas mengemaskan buku-buku dan alat tulis dia atas meja. Setelah pasti anaknya benar-benar telah tidur, barulah makcik Kalsom sambung menyiapkan jahitan. Lain pula halnya dengan Ana yang pada ketika itu sedang berusaha untuk menjahit beg sekolahnya yang telah koyak di bahagian atas. Dia tidak mahu menambahkan beban ibunya, selagi beg itu boleh menampung buku-buku dan alat tulis, selagi itulah beg itu akan digunakan.Setelah sekembalinya dari sekolah dan mendapati bahawa beg sekolahnya itu koyak, seminggu dia bingung sendiri kerana tidak tahu macam mana hendak khabarkan pada ibunya. Dia putuskan untuk mendiamkan diri dan mencari idea untuk menampal lubang yang agak besar itu. Dalam pada dia sedang berusaha untuk menampal dan menjahit begnya itu, hatinya berkata;"Mak tak akan nampak ni, kalau dia nampak mesti dia nak belikan aku beg baru, duit tak banyak,"sedang dia melayan kata hatinya, air mata mengalir tanpa disedari. Dia tidak menyalahkan bapanya yang entah berada di mana ketika ini. Dia cuma berasa sedih kerana ibunya begitu susah payah untuk menyekolahkan mereka tiga beradik. Dia sering bertanya pada dirinya sendiri"bapa masih hidup?" Kuat keinginannya untuk bertanyakan hal itu pada Kak Ayu, risau nanti Kak Ayu marah sebab dia tidak suka soalan itu berbangkit!

Ulasan

elieynz berkata…
sebenarnya cerita ni dah siap! tinggal dua sahaja. Tapi kisah wanita ini tidak tamat disini, ada lagi kisah lain dikawasan yang sama. Harap anda semua berminat untuk membacanya. Saya masih baru dalam penulisan, harap boleh bagi komen yang membina. Kisah wanita yang seterusnya akan saya sambung selepas 'Dia Nyawaku' ini tamat.