Kisah Wanita :: 01 :: dia nyawaku ::

Kisah ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau telah meninggal dunia. Ia adalah rekaan semata-mata.. harap terhibur..

Andai kau beri aku cinta,
aku hadiahkan selautan setia,
andai kau beri aku pendustaan,
aku hadiahkan selautan tangisan.

     Seorang ibu tua duduk di pondok usang setelah penat seharian membawa jualan kuihnya yang tidak seberapa. Suaranya yang tidak selantang dahulu tidak mampu melaungkan dan tidak mampu lagi untuk memanggil pelanggan. Senyumnya yang tidak semanis dahulu tidak dapat memikat para teruna dan dara. Keluhan kecil akhirnya keluar dari tekak suaranya yang sedari tadi menahan rasa. Hari ini jualan sama seperti hari sebelumnya, tidak begitu menguntungkan juga tidak merugikan. Cukup sekadar untuk dia membeli barang dapur di kedai Ah Wong. Sekiranya hendak dikira, hutangnya dikedai itu sudah memenuhi 3 muka surat buku 555. Namun syukur dia panjatkan pada Illahi kerana Ah Wong tidak mendesaknya melangsaikan hutang. Oleh kerana itu juga adakalanya ibu tua yang dikenali dengan Makcik Kalsom itu akan mengambil upah menjahit dari Ah Wong tanpa mengenakan sebarang bayaran bagi membayar hutangnya dikedai yang sudah membukit.

          Makcik Kalsom mengeluh lagi kerana memikirkan nasib masa depan 3 orang anak bujangnya yang sudah masuk sekolah menengah. Yang sulung berumur 17 tahun, yang kedua berumur 15 tahun dan yang bungsu satu-satunya lelaki berumur 14 tahun. Sekarang sudah hampir ke penghujung tahun, tahun depan perlu membayar yuran sekolah anak-anaknya, pasti bertambah lagi hutangnya. Air matanya mengalir di pipi tua yang tidak mampu untuk ditahan lagi. Bagaimana hendak menyambung pelajaran anaknya yang sulung setelah habis spm tidak lama lagi? Makcik kalsom sudah buntu, nampaknya dia terpaksa bersengkang mata lagi untuk mengambil upah jahitan dan membuat kuih untuk dijual. Walaupun dia terpaksa tidur hanya dua jam setiap hari, dia sanggup menghadapinya demi anak-anak. Begitulah besarnya pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu. Namun anak-anak jarang sekali menghargainya. sedang dia asyik melayan perasaan, makcik Melor iaitu jiran disebelah rumahnya datang menghampiri. Perlahan-lahan dia menegur makcik kalsom kerana dilihatnya sedang bersedih.

Ulasan

Ayuni berkata…
awk, x nmpklh tulisan....
elieynz berkata…
maaf... hehe.. dah diperbetulka.. hehe