kau, aku cinta (2)

cerita cinta : kau, aku, cinta bahagian 2

Kini sudah hampir seminggu Mira tidak menegurku. Aku sentiasa mencari jalan agar Mira mengeluarkan bicara namun usahaku ibarat mencurah air ke daun keladi, sia-sia. Lebih teruk lagi, Mira tidak memandangku langsung. 
Aku sekadar menegur untuk kebaikannya, namun dia hanya mengendahkan nafsunya sahaja. Aku berdiri diberanda memandang kehadapan, namun fikiranku melayang mengenangkan Mira. Tanpa aku menyedari ada tangan yang melingkari pinggangku, aku terdiam membatu terkesima diperlakukan sebegitu rupa. Aku menolak tangan itu sekuat yang aku mampu, aku lihat ianya Doni! 

"Apa kau mahu? Bersikap sebegitu kurang ajar," Dia hanya senyum sinis seolah-olah dia tidak melakukan salah.
"Kau suka? Aku suka. Sinilah," pandangan matanya menakutkan, aku melarikan diri keruang tamu namun dihalang dengan pantas.
"Kau nak lari kemana?," Belum sempat dia hendak mengucup pipiku, ketukan  dipintu berbunyi. Dia leka seketika lantas aku mengambil peluang itu berlari ke arah pintu dan membukanya dengan cepat kerana seluruh badanku kini sedang menggigil. Ketika pintu itu berjaya aku buka, Salmi dan Johan dimuka pintu senyum kepadaku namun senyuman mereka bertukar rupa kerana terlihat aku seperti ketakutan. Aku segera memeluk Salmi dan berbisik kepadanya.
"Bawa aku keluar dari rumah durjana ini,"


Seharian aku tidak menghidupkan telefonku, jalan mundar mandir diruang tamu rumah Salmi. Beg baju dan segala barang kepunyaanku telah aku bawa keluar dari rumah itu ke rumah Salmi.
"kenapa kau ni? Macam risau ja.,"
"Risaulah, apa kata si Mira, dahlah dia tak mahu menegur aku, memandang pun tidak. Tambahlah dia dingin kepadaku," 
"kalau kau takut dia semakin dingin, lalu kenapa kau keluar dari rumah tu," berat rasanya soalan itu, bagaimana hendakku ceritakan. 
"tadi sebelum kamu sampai, Doni...," aku terhenti kerana tidak sanggup hendak mengungkit kembali peristiwa yang menakutkan itu.
"Doni kenapa?Jangan-jangan dia... kurang ajar punya lelaki," Salmi memahami ceritaku tanpa perlu aku menghuraikannya. 
"Kau patut beritahu Mira pasal semua ni, dia patut tahu bagaimana binatangnya si Doni tu," Salmi memberiku keyakinan
"Dia percayakah nanti?,"
"Cuba dulu," aku mengangguk kecil.

PANG!! Satu tamparan hinggap dipipiku, Mira menangis menyalahiku.
"Doni tidak macam tu, sampai hati kau," Begitu dalam sekali cintamu padanya hingga kebenaran kabur dipandanganmu. Aku bangun perlahan sambil dibantu Salmi. kami hanya mampu mendiamkan diri, sudah pasti Mira akan memihak kekasihnya. Siapalah kami kini dimatanya.
"Bengap betul perempuan tu. Kau kan kawan baik dia, dia lebih memilih untuk percaya lelaki keparat tu?," Aku juga geram dan marah kepada Mira. Namun aku lebih sedih kerana mengenangkan Mira tidak menghargai lagi persahabatan kami. 

"Sabarlah. Pasti ada hikmah. Suatu masa dia akan tahu juga siapa yang benar,"Johan bersuara dengan lembut sambil menghulurkan sapu tangan miliknya kepadaku. Aku mengangkat kepalaku dengan perlahan memandangnya yang duduk melutut dihadapanku. Dia senyum, hatiku kembali hangat. Senyumannya melegakan hati.
"jangan sedih ya?," 
Dia mengambil sapu tangannya dari tanganku dan mengesat air mataku kerana dilihatnya aku hanya menggenggamnya sahaja.Salmi berdehem kecil, Johan teragak-agak bangun dari posisinya. salmi tersenyum kecil kearahku. Punya maksud yang tersirat.
"Ada-ada saja kau ni," kataku sambil tersenyum. Apabila senja semakin hampir, Johan meminta izin untuk pulang kerumah kerana tidak manis dia berada dirumah perempuan sebegitu lama. Dia membuka pintu dengan perlahan sambil matanya memandang kearahku. Kasihan mungkin dengan keadaanku. 
Malam itu aku mendapat satu sms yang berbunyi "Jangan sedih-sedih ya, saya bawa awak jalan esok-Johan". Aku terkejut.'Bila masa dia dapat nombor telefon aku?' Soalku didalam hati. 

cerita cinta ini berhenti disini.. nantikan sambungannya..



Ulasan

Encik MamaT berkata…
tgh asyik sambung lagi.. :p
~mY LiFe~ berkata…
menarek!!!!!!!!! :)
elieynz berkata…
ni yang aku tambah semangat nak sambung ni.. tapi bacalah juga kisah wanita di page 'bahasa terindah' ya.. terima kasih kalian..
Tanpa Nama berkata…
gantung la cik elieynz
elieynz berkata…
tanpa nama: bawa2 lah bersabar ya,.. hehe