Di hadapan pulau (A Samad Said)

ini adalah muka hadapan ya..
buku ini mengisahkan penderitaan hidup rakyat di sebuah kampung pada awal penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Aziz dan Afidah yang merupakan kanak-kanak pada ketika itu harus mengharungi suka duka pada ketika itu sehingga pada keadaan mereka kelaparan kerana kekurangan sumber makanan. Ramai juga yang mati penangan bom begitu juga dengan penyakit malaria dan sebagainya dek kerana kurangnya sumber makanan. Apa lagi ubat-ubatan, kerana peperangan kanak-kanak dan dewasa terpaksa melalui kesan peperangan. Hidup yang aman pada sebelumnya hilang sekelip mata. Desakan hidup yang melampaumenyebabkan manusia sanggup melakukan apa sahaja sehingga Mokmeng iaitu seekor monyet pelihataan mak Ketong dimakan sebelah kaki dan sebelah tangannya. Begitulah dasyatnya pengelaman mereka, namun begitu mereka masih memegang harapan untuk mengecapi keamanan walaupun ianya masih kabur lagi...

Ulasan