Mengenai Saya

Foto saya

Hanya seorang wanita yang biasa, dengan kerja yang biasa, belum ada bakat yang luar biasa dengan minat yang biasa. Jadi, biasa-biasakanlah diri menjenguk blog biasa ini.
sila-silalah 'suka' dengan blog facebook saya: https://www.facebook.com/elieynzBlog
sebahagian daripada wsb mania community (we are sabahan blogger mania) http://wearesabahanbloggermania.blogspot.com/
jemputlah ke laman twitter saya:https://twitter.com/elieynzlin
harap anda-anda tak sesat dalam blog saya, silalah datang lagi ya. Jangan lupa komen yang membina.

Rabu, 29 Februari 2012

entah.. tak faham..

assalamualaikum... 
lama betul aku tak update blog. blogger semakin bertambah, semakin baik isi persembahan diorang. aku tetap juga macam ni.. maaflah ya. macam menyemak ja blog ni.. huhu.. sedihnya..

aku tak kemana, masih juga di bumi Sabah ni. saja nak menikmati hidup selama masih bernafas ni. chewah, bunyi serius ja. 

yalah, aku akuilah, aku rindu blog ni.. tambah kiutkan? edeh, perasannya. 

aku tiada idea ni sebenarnya nak post apa. main taip ja ni. aku bukan jenis manusia yang ilmu luas, aku tak rajin sangat nak baca surat khabar atau rajin cari cerita untuk dikongsi. seperti biasalah, blog aku ni isi dia sembarangan ja. entah apa-apa ja aku rasa. 

keluar pula muzik video 2PM.. kenalkan? kalau tak kenal, pergi ja lah cari di internet siapa mereka tu. hehe.. malas nak cari gambar diorang. 
sedang asyik tengok ni, aku terfikir tentang sesuatu. 
FESYEN!

cuba korang fikir dan perhati betul-betul.
kenapa bila artis korea bergaya dengan entah apa jenis kain, baju, seluar dan kain tapi nampak menarik dan menjadi ikutan. tapi kenapa bila orang 'kita' pakai seperti diorang, adakala nampak pelik. macam tak kena. apa bezanya? diorang makan nasi juga kan? walaupun nasi diorang macam lain sikit. apa yang membezakan kita dan mereka? itu belum sentuh soal muzik video yang sangatlah menarik perhatian. alunan melodi cuma sebahagian tarikan.