Mengenai Saya

Foto saya

Hanya seorang wanita yang biasa, dengan kerja yang biasa, belum ada bakat yang luar biasa dengan minat yang biasa. Jadi, biasa-biasakanlah diri menjenguk blog biasa ini.
sila-silalah 'suka' dengan blog facebook saya: https://www.facebook.com/elieynzBlog
sebahagian daripada wsb mania community (we are sabahan blogger mania) http://wearesabahanbloggermania.blogspot.com/
jemputlah ke laman twitter saya:https://twitter.com/elieynzlin
harap anda-anda tak sesat dalam blog saya, silalah datang lagi ya. Jangan lupa komen yang membina.

Selasa, 28 Disember 2010

Di hadapan pulau (A Samad Said)

ini adalah muka hadapan ya..
buku ini mengisahkan penderitaan hidup rakyat di sebuah kampung pada awal penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Aziz dan Afidah yang merupakan kanak-kanak pada ketika itu harus mengharungi suka duka pada ketika itu sehingga pada keadaan mereka kelaparan kerana kekurangan sumber makanan. Ramai juga yang mati penangan bom begitu juga dengan penyakit malaria dan sebagainya dek kerana kurangnya sumber makanan. Apa lagi ubat-ubatan, kerana peperangan kanak-kanak dan dewasa terpaksa melalui kesan peperangan. Hidup yang aman pada sebelumnya hilang sekelip mata. Desakan hidup yang melampaumenyebabkan manusia sanggup melakukan apa sahaja sehingga Mokmeng iaitu seekor monyet pelihataan mak Ketong dimakan sebelah kaki dan sebelah tangannya. Begitulah dasyatnya pengelaman mereka, namun begitu mereka masih memegang harapan untuk mengecapi keamanan walaupun ianya masih kabur lagi...

Dia sahabatku...

dia sahabatku,
yang tahu buruk dan kurangku,

dia sahabatku,
yang tahu siapa diriku,

dia sahabatku,
yang memahamiku,

dia sahabatku,
yang dekat dihatiku,

dia sahabatku,
yang kekal menjadi sahabatku,

dia sahabatku,
yang tak bosan menasihatiku,

dia sahabatku,
yang mendoakan kebaikanku,

dia sahabatku,
kebahagiannya juga kebahagiaanku,

dia sahabatku,
kedukaannya adalah kedukaanku,

dia sahabatku,
tawa dan tangis bersamaku,

dia sahabatku,
pada Allah ku pohon segala kebaikan buatmu,

dia sahabat dunia dan akhiratku,
selamanya istimewa buatku...

Isnin, 27 Disember 2010

grab my button ...

saya baru juga buat button ni... keh keh keh... pada yang nak ambil button tu dipersilakan... harapnya untuk tujuan yang baik ya... apa-apa pun... terima kasih pada yang follow ... pada yang beri komen juga terima kasih ya... InsyaAllah saya akan buat button yang lebih kiut-miut ya... hehe.. (perasan plak)...

Rabu, 22 Disember 2010

Nantikan - Coming soon

Assalamualaikum... saya akan tambah page kalau sempat dalam minggu ni juga. Page apa? ikutkan hati BAHASA disitu saya akan letak ulasan buka yang telah saya baca maknanaya ulasan sendiri lah ni setakat yang saya faham.. hehe.. dan mungkin saya letak perkataan yang saya baru jumpa bersama maksudnya dan penggunaan perkataan itu untuk dikongsikan bersama. selepas tu kira-kira nak tambah page untuk ruangan cerita hasil nukilan saya sendiri tapi memandangkan karya tu dah asyik ditangguh ja jadinya tak siap-siap. Harapnya dapatlah disiapkan kerana idea sudah berlonggok dalam otak ni. tinggal nak bagi keluar ja.. saya sangat berharap para pembaca blog saya akan terhibur dan suka dengan isi blog saya. kalau ada luahan isi hati, pendapat, cadangan mahupun komen, sila-silalah ikhlas jari tu dan taip ya? hehe.. kritikan juga saya terima seikhlas hati ya... Sekarang saya sedang mengumpul bahan.. sehingga bertemu lagi di lain masa.. tiada kejayaan tanpa pengorbanan, tiada kebahagiaan tanpa penderitaan...

Isnin, 13 Disember 2010

RM0.00 untuk kos kebahagian...

Berminat ka dengan tawaran RM0.00 untuk kebahagiaan. Siapalah di muka bumi ni yang tak suka dengan barang percuma. Pasti ramai yang berebut sampai berbaris panjang kerana 'percuma'. Tapi kenapa agaknya masih ramai yang sukar untuk mendapatkan barang percuma ini? Kenapa ya lebih suka mengerutkan dahi daripada senyum? Senyuman ini baik dari segi kesihatan dan juga agama.. malah mampu mengeratkan pelbagai kaum. Dengan hanya sebuah senyuman anda juga seolah berkata-kata dan menyampaikan kebahgiaan. Mengapa dibiar berkumpul beribu masalah dalam kepala sampai kerut di muka menjadi kekal.. senyuman boleh membuatkan seseorang awet muda.

Mulakanlah hari anda dengan senyuman, maka hari anda akan bermula dengan ceria. Semua manusia punya masalah, itu adalah kenyataan hidup. Namun, anda tak mungkin mampu memikirkan jalan penyelesaian dalam keadaan buntu, marah atau mungkin dalam fikiran anda kusut. Senyumlah, moga fikiran anda beransur tenang. Apabila anda tenang, insyaallah anda akan berfikiran rasional dan tidak membuat keputusan terburu-buru yang anda akan sesalkan di kemudian hari. Bukankah manis sekiranya anda senyum. Keindahan seseorang bukan pada paras rupa tapi pada hati dan budi. Kecantikan dan kekayaan tak akan kekal. Janganlah biarkan kehidupan duniawi menguasai keseluruhan kehidupan anda.

ELIEYNZ LAND... my life: Berbaloikah Pengorbanan kerana CINTA??

ELIEYNZ LAND... my life: Berbaloikah Pengorbanan kerana CINTA??

Ahad, 12 Disember 2010

Berbaloikah Pengorbanan kerana CINTA??

Apakah benar cinta itu buta? Kalau benar, salah cintakah membutakan mata dan hati sehingga yang hitam kelihatan putih, yang sumbang kedengaran merdu, yang jelik menjadi cantik malah yang busuk menjadi wangi. Namun, apabila cinta itu di duakan dan di nodai kecurangan, segalanya menjadi jelas dan nyata bahawa seolah selama ini ia hanya penipuan semata. Tiada lagi kesetiaan, kesefahaman kerana yang tinggal hanya kelukaan yang terlalu dalam hingga bertahun-tahun parutnya masih berdarah lagi.
Ada yang sanggup menamatkan riwayat sendiri atau mungkin riwayat orang lain hanya kerana cinta. Tidak lupa yang juga sanggup merosakkan diri kerana cinta. Cinta yang kekal abadi dan sejati hanya untuk Allah s.w.t kerana sesungguhnya cinta-Nya setia, cinta-Nya menenangkan jiwa, cinta-Nya tidak memungkiri. Maka benarlah cinta itu buta kerana mata dan hati tidak mampu untuk melihat dan menilai cinta yang sebenar. Bukanlah manusia namanya jika tidak melakukan kesilapan.
Cinta yang sebenar hanya dinilai di hati, buktikan dengan kesetiaan. Badan bukan nilai cinta tapi badan adalah kurniaan daripada Allah yang harus dijaga dan dipelihara. Tidak salah menegakkan maruah diri, andai telah tercalar, jangan biar ia dicalar lagi. Belum terlambat untuk bertaubat, balik kepangkal jalan. Semua manusia melakukan salah. Sama-samalah kita melihat diri sudahkah di basuh kekotoran di hati? Jangan biar ia membusuk selagi ruang kebenaran masih terbuka.