Mengenai Saya

Foto saya

Hanya seorang wanita yang biasa, dengan kerja yang biasa, belum ada bakat yang luar biasa dengan minat yang biasa. Jadi, biasa-biasakanlah diri menjenguk blog biasa ini.
sila-silalah 'suka' dengan blog facebook saya: https://www.facebook.com/elieynzBlog
sebahagian daripada wsb mania community (we are sabahan blogger mania) http://wearesabahanbloggermania.blogspot.com/
jemputlah ke laman twitter saya:https://twitter.com/elieynzlin
harap anda-anda tak sesat dalam blog saya, silalah datang lagi ya. Jangan lupa komen yang membina.

Selasa, 2 November 2010

daerah zeni

baru-baru ni saya baca buku karya A. Samad Said.. ceritanya mengisahkan tentang manuskrip ayah kepada dua beradik yang merupakan seorang penulis.. mereka telah kehilangan ibu yang tersayang yang menyebabkan perubahan mendadak ayah mereka... ayah mereka menjadi seorang yang pendiam, perahsia dan sering menyepikan diri serta menghilangkan diri... melalui manuskrip itulah mereka cuba untuk menyelongkar isi hati lelaki itu yang semakin misteri... manuskrip ini walau bagaimanapun belum ada penamatnya lagi, dalam mereka menyelami manuskrip itu berbagai perkara yang terjadi... manuskrip itu menceritakan kisah penjajahan british suatu ketika dahulu... karya A Samad Said ini banyak menceritakan tentang suasana sekeliling dengan teliti...
..... begitulah halnya apabila kehilangan sesuatu yang berharga dan tidak ternilai, umpama sibuta yang kehilangan tongkat, dia kehilangan cermin dirinya, ibarat si pekak menunda si bisu... masing-masing mencari sesuatu umpama permata dalam hidup untuk dijadikan sinar dan panduan... tika itu, janganlah ada yang kehilangan arah, jalan sentiasa  berada dihadapan... bukalah mata dan hati, selamilah erti kehidupan yang sebenarnya... perjalanan harus diteruskan walau apa rintangan... tanpa cabaran, tiadalah erti hidup ini... tanda dugaan kuranglah warna ceria dan corak dalam hari-hari kita...

membaca...

buku apa yang anda suka baca? komik? novel? majalah? atau mungkin surat khabar... berapa kali dalam sehari anda membaca sebarang jenis bahan bacan? berapa buah buku habis dalam sehari?...
rasanya saya banyak mengutarakan soalan... takpalah... bagaimana agaknya hendak membuat kanak-kanak membaca buku selain dari komik? adik saya hanya baca buku komik... buku pelajaran tak disentuh langsung... katanya dia suka melihat gambar... nampaknya kenalah beli buku yang banyak gambar... bermain permainan komputer? adik saya yang berusia 8 tahun sudah mahir bermain permainan komputer... jadinya, kegiatan bersukan atau aktiviti yang melibatkan fizikal ini tidak diendahkan... aik, lari topik pula...
sewaktu disekolah dahulu ada aktiviti membaca, bila mana pelajar disuruh membaca sebarang jenis buku dan menulis sinopsis didalam buku yang disediakan, dan pelajar yang membaca buku paling banyak akan diberikan saguhati...
adakah sekolah yang lain mempraktikkan kaedah yang sama? saya rasa kaedah ini sangat baik kerana manusia sekarang sukakan hadiah apalagi barangan percuma... pasti berebut... tapi adakah pelajar kini sanggup membaca puluhan buku untuk hadiah? persoalan lagi...

tengoklah betapa kusyuknya adik saya ni membaca komik... sambil menunggu bas untuk kesekolah agama tu...

bahasa...

apa nilai bahasa pada diri? adakah cuma perkataan yang keluar daripada mulut? maka manusia sesuka hati merosakkan bahasa... bukankah sepatutnya bahasa menyatukan kita semua?... perpecahan seolah sudah menjadi rasmi dalam kehidupan... adakah kita terlupa bahawa bahasa adalah nadi dalam kehidupan... jika bahassa inggeris dimuka hadapan barisan... dimana bahasa malaysia? terlalu banyak persoalan yang belum ada jawapan... penat rasanya mata melihat, penat juga telinga mendengar.. bahasa malaysia dianak tirikan... bahasa inggeris diakui kepentingannnya... tapi janganlah dilupa pada bahasa ibunda... lihatlah kepada negara Jepun... tetap menjadi negara yang kuat berpegang pada bahasanya... masih belum terlewat... harapnya masih belum terlewat...